backup og meta

Pro Dan Kontra Pembedahan Kosmetik, Ini Yang Anda Perlu Fahami Sebelum Buat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    Pro Dan Kontra Pembedahan Kosmetik, Ini Yang Anda Perlu Fahami Sebelum Buat

    Satu perkara yang jelas, pembedahan kosmetik berpunca daripada tahap keyakinan diri yang rendah dan kesulitan dalam menerima diri seadanya.

    Para wanita terutamanya, ingin sentiasa kelihatan baik dan cantik. Terdapat begitu banyak ‘‘dorongan’ untuk menjadi cantik dan kurus yang mampu menyebabkan tekanan emosi dan rasa benci pada diri.

    Rasa rendah diri dan insecurities yang membuak-buak seringkali menyebabkan golongan individu ini membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kosmetik.

    Apa itu pembedahan kosmetik?

    pembedahan kosmetik

    Jika anda menganggap pembedahan kosmetik dan pembedahan plastik adalah prosedur yang sama, tetapi menggunakan istilah yang berbeza- ternyata anda silap!

    Terdapat perbezaan yang jelas yang harus anda ketahui sebelum mula memahami mengenai kelebihan dan kekurangan pembedahan kosmetik.

    Tujuan utama pembedahan kosmetik adalah untuk meningkatkan penampilan seseorang. Prosedur ini hanya tertumpu pada penampilan estetik.

    Antara contoh prosedur pembedahan kosmetik yang paling biasa dilakukan adalah:

  • Kontur muka (Dagu, pipi dan Rhinoplasty)
  • Pembesaran payudara
  • Kontur badan (Liposuction dan Tummy Tuck)
  • Keremajaan kulit (Laser Resurfacing, Filler Treatment dan Botox)
  • Keremajaan muka (Menaikkan kelopak mata, leher dan kening)
  • Apa itu pembedahan plastik?

    Sebaliknya, pembedahan plastik tidak menumpukan pada hasil estetik semata-mata.

    Pembedahan plastik memperbaiki kecacatan kelahiran atau menangani kesan luka bakar dan penyakit.

    Antara contoh prosedur pembedahan plastik adalah:

    • Pembedahan pembaikan akibat luka bakar
    • Pembedahan tangan
    • Pembedahan menghilangkan parut
    • Pembentukan semula payudara

    Kelebihan melakukan pembedahan kosmetik

    kosmetik

    • Membantu mengembalikan keyakinan diri seseorang

    Individu yang tidak berpuas hati dengan rupa paras dan bentuk badan yang dikurniakan akan mengalami tekanan dan masalah keyakinan diri yang rendah.

    Ini boleh mempengaruhi mereka secara emosional dan boleh mendorong mereka untuk berfikir akan kekurangan diri sendiri.

    Pembedahan kosmetik sebegini mampu untuk memberikan mereka penyelesaian yang diidamkan selama ini.

  • Ia diperlukan untuk penampilan yang menawan
  • Perasaan ingin berasa baik tentang diri dan bagaimana penampilan mereka memberikan impak pada pandangan adalah faktor kepuasan terbesar bagi individu yang ingin melakukan prosedur pembedahan kosmetik.

    Pembedahan kosmetik semestinya dapat memberikan peningkatan dalam penampilan fizikal dari segi rupa paras mahupun bentuk badan.

    Individu yang memilih untuk menjalani prosedur ini kebiasaannya akan mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik dan mampu menarik mata-mata yang memandang!

    Kekurangan jika melakukan prosedur pembedahan kosmetik

    • Prosedur ini berisiko dan boleh membawa komplikasi

    Sama seperti prosedur lain, pembedahan kosmetik, sama ada kecil atau besar, mempunyai kemungkinan untuk mendatangkan komplikasi yang tidak diingini.

    Persiapan dan pertimbangan harus difikirkan secara cukup mendalam sebelum membuat sebarang keputusan mengenai prosedur pembedahan sebegini.

    Seorang pesakit harus bersedia secara fizikal dan mental sebelum menjalani sebarang jenis prosedur kosmetik mahupun plastik.

    Dalam beberapa kes, kemalangan teruk berpotensi untuk berlaku, justeru, pesakit harus berhati-hati dalam memilih pakar bedah kosmetik yang akan melakukan prosedur.

    Ini kerana kesalahan yang sedikit sudah cukup untuk menyebabkan komplikasi serius.

    • Pembedahan ini melibatkan jumlah duit yang banyak

    Antara kekurangan lain bagi pembedahan ini adalah jumlah wang yang diperlukan untuk melakukannya.

    Bergantung pada jenis prosedur, ia boleh melibatkan ribuan ringgit dan perkara ini boleh menjadi masalah bagi mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk dibelanjakan bagi merealisasikan prosedur pembedahan berkenaan.

    Ada juga yang tidak dilindungi oleh sebarang insurans kesihatan. Bahkan ada syarat di mana beberapa prosedur diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

    • Ia boleh jadi menyakitkan dan berpotensi menyebabkan penyalahgunaan ubat-ubatan

    Kebimbangan lain mengenai pembedahan ini adalah risiko kesakitan bagi pesakit.

    Ada kalanya pemulihan memerlukan masa yang lama dan kesakitan serta ketidakselesaan adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.

    Walau bagaimanapun, jangan risau kerana pesakit sering diberi ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan.

    Namun, terdapat individu yang mempunyai toleransi terhadap rasa sakit yang rendah sehingga mereka terbiasa dalam mengambil ubat pain killer dan ubat-ubatan lain sekali gus terlalu bergantung kepadanya.

    Sekiranya masalah ini tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan masalah ketagihan terhadap ubat-ubatan yang teruk.

    Rumusan

    Kelihatan cantik menawan sememangnya menjadi impian semua orang di atas muka Bumi ini.

    Namun begitu, apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman, bukan bergantung pada kecantikan luaran semata-mata.

    Walau bagaimanapun, jika anda sedang menimbang tara untuk melakukan prosedur pembedahan kosmetik, adalah dinasihatkan agar anda meluangkan masa lebih untuk meneliti, memikir dan mempersiapkan diri bagi sebarang jenis kemungkinan.

    Dengan mengetahui kebaikan dan keburukan yang boleh berlaku dalam prosedur kosmetik, lebih mudah bagi seseorang individu untuk membuat keputusan yang tepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan