Apabila muncul tompokan gelap atau lebih dikenali sebagai jeragat, pastinya anda akan mula mencari produk hilangkan jeragat, betul tak?
Tetapi adakah terdapat sebarang produk yang efektif untuk membantu menangani masalah anda itu?
Tidak dinafikan terdapat banyak jenis produk penjagaan muka yang ditawarkan di pasaran, namun tidak semuanya berkesan sehingga mempertimbangkan untuk hilangkan jeragat degil cara tradisional.
Sebenarnya, perkara penting ketika membeli produk adalah untuk melihat kandungan di dalamnya.
Dalam perkongsian artikel ini anda akan mengetahui kandungan bahan perlu ada dalam produk untuk hilangkan jeragat yang ingin dibeli.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan jeragat?
Sebelum terus ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat, eloklah sekiranya anda mengetahui puncanya terlebih dahulu.
Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda.
Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia mungkin boleh memenuhi setiap ruang pada wajah anda.
Punca jeragat ialah disebabkan oleh penghasilan komponen melanin secara berlebihan pada kulit anda.
Melanin bertanggungjawab dalam proses pigmentasi atau penghasilan warna pada kulit dan juga rambut.
Produk hilangkan jeragat: Fahami punca jeragat
Mengetahui punca kemunculan jeragat juga penting sebelum menentukan produk untuk hilangkan jeragat yang bersesuaian.
Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:
#1. Ephelides
Ia disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut.
Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.
Jeragat ini biasanya muncul pada bahagian badan yang terdedah kepada matahari seperti:
- Muka
- Lengan
- Bahagian atas dada
- Leher
- Belakang badan
Individu yang lebih berisiko untuk mengalami jeragat jenis ini adalah mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.
#2. Lentigin solar
Jenis jeragat ini biasanya muncul disebabkan faktor penuaan – khususnya pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Pendedahan berulang kepada sinaran matahari menjadi antara faktor mendasari kemunculan jeragat ini, terutamanya pada bahagian kulit terdedah seperti:
- Muka
- Bawah lengan
- Belakang tangan
- Dada
- Belakang badan
- Bahu
- Betis
Bahan perlu ada dalam produk hilangkan jeragat
Setiap produk krim jeragat pastinya mempunyai ramuan yang berbeza. Namun untuk menjadikan ia berkesan, sesuatu produk itu perlu mengandungi komponen seperti:
1. Hidrokuinon
Bahan aktif hydroquinone akan menyerap sinaran UV sambil menghalang kulit daripada menghasilkan terlalu banyak melanin. Ia juga berperanan untuk memutihkan kulit bagi mengekalkan tona sekata.
2. Asid alfa hidroksi dan beta hidroksi
Merupakan agen pengelupasan yang hebat dengan menyingkirkan zarah kulit lama dan kusam.
Kesannya, lapisan kulit lebih muda dan berseri akan kelihatan – kulit tampak lebih cerah dan bercahaya.
3. Retinoid, bahan penting dalam produk hilangkan jeragat
Merupakan kelas sebatian kimia yang berkait rapat dengan vitamin A. Ia membantu memudarkan hiperpigmentasi dan jeragat.
Dalam masa yang sama bahan ini juga membantu mengurangkan perkembangan melanin, mengembalikan ketegangan kulit sambil menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
4. Antioksidan mesti ada dalam produk hilangkan jeragat
Antioksidan adalah bahan yang membantu melindungi permukaan kulit daripada kerosakan oksidatif disebabkan oleh radikal bebas dan pencemaran.
5. Vitamin C juga kena ada dalam produk untuk hilangkan jeragat
Vitamin C merupakan vitamin untuk hilangkan jeragat dan agen pencerahan kulit yang sangat membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.
6. BHA, antara bahan perlu ada dalam produk hilangkan jeragat
BHA (asid salisilik) berfungsi memperbaiki penampilan liang pori yang membesar. Komponen pengelupasan ini boleh melarutkan zarah kulit mati dan kusam serta membersihkan pori tersumbat.
7. Niacinamide mesti ada dalam produk untuk hilangkan jeragat
Gabungan niacinamide dan vitamin C dapat mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat.
8. Asid kojic
Komponen ini berfungsi sama seperti hidrokuinon, niacinamide dan vitamin C, iaitu menghentikan pembentukan pigmen.
Pemilihan produk untuk hilangkan jeragat
Memilih menggunakan produk seperti krim bukanlah penyelesaian pantas seperti pengelupasan kulit kimia dan rawatan laser. Tetapi dengan krim anda tidak memerlukan masa pemulihan selepas rawatan.
Pastikan produk tersebut bebas daripada:
Jangan lupa untuk membeli dan gunakan produk yang terbukti selamat dan telah diuji secara klinikal yang boleh didapati di farmasi.
Elakkan penggunaan sebarang produk yang tidak berdaftar.
Sebagai langkah pencegahan pula, pemakaian krim pelindung matahari (sunblock) 30 SPF ke atas juga amat digalakkan!