Kulit wajah merupakan satu aset yang sangat penting buat individu terutamanya bagi wanita.
Kemunculan kedutan di wajah pula dianggap sebagai satu masalah besar yang boleh membuatkan emosi terganggu.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Kulit wajah merupakan satu aset yang sangat penting buat individu terutamanya bagi wanita.
Kemunculan kedutan di wajah pula dianggap sebagai satu masalah besar yang boleh membuatkan emosi terganggu.
Jadi artikel di bawah akan berkongsi beberapa petua tegangkan kulit muka agar kelihatan 10 tahun lebih muda & ayu!
Untuk menjaga kulit agar sentiasa kelihatan muda, mulakan dengan perkara asas seperti:
Sesetengah posisi tidur, cenderung membuatkan munculnya ‘garisan tidur’ – kedutan yang terukit di lapisan kulit dan tidak hilang sebaik anda bangun.
Tidur secara mengiring boleh membuatkan munculnya kedutan di bahagian pipi dan dagu.
Salmon serta beberapa jenis ikan air sejuk yang lain, adalah sumber protein hebat yang baik untuk kulit.
Ia juga mempunyai banyak asid lemak omega-3 yang dapat menyuburkan kulit, menjadikan kulit lebih gebu dan muda.
Ekspresi wajah seperti berkerut, mengecilkan mata yang dilakukan berulang kali boleh membuatkan otot di wajah banyak bergerak dan menghasilkan garisan halus di permukaan kulit, yang akhirnya akan menjadi kedutan.
Oleh itu, jaga pergerakan mata sebaiknya.
Pakai cermin mata jika anda memerlukannya.
Jika perlu, pakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit sekeliling mata dari kerosakan matahari.
Merupakan sejenis asid semula jadi yang dapat menyingkirkan sel kulit mati, membantu memudarkan pori, garis halus, dan kedutan di permukaan kulit, terutama sekitar mata.
Produk yang mengandungi AHA yang lebih kuat dapat membantu meningkatkan penghasilkan kologen kulit.
Air paip akan menyingkirkan kelembapan kulit dan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kedut.
Mencuci wajah terlalu kerap bermakna anda menghilangkan perlindungannya.
Pastikan anda menggunakan pencuci wajah yang mengandungi pelembap, atau pencuci wajah jenis gel dan krim.
Kajian menunjukkan krim yang mengandungi vitamin C dapat membantu meningkatkan jumlah kolagen yang dihasilkan kulit.
Vitamin C berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB, membantu mengurangkan kemerahan, bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
Tukarkan kopi dengan coklat. Ia merupakan satu minuman enak yang dapat mengurangkan kedut di wajah.
Kajian menunjukkan koko dengan 2 antioksidan tinggi (epicatechin dan catechin) dapat melindungi kulit daripada kerosakan matahari, meningkatkan aliran darah ke sel kulit, mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut.
Anda memiliki kulit wajah berkedut? Apa tunggu lagi? Sudah boleh cuba petua tegangkan kulit muka yang kami senaraikan ini!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.