1. Cuka epal
Antara petua cara hilangkan bau ketiak adalah dengan menggunakan cuka epal. Ia pada awalnya mungkin akan mengeluarkan bau yang agak masam, tetapi cuka dipercayai cara hilangkan bau ketiak yang berkesan untuk anda.
Jika anda berminat untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk. Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan ke bahagian ketiak anda. Atau cara lain, anda boleh bilas ketiak anda dengan cuka ketika mandi.
2. Bicarbonate soda
Ia merupakan antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih atau kek. Tetapi ia juga merupakan antara salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak.
Untuk menggunakan petua ini, anda boleh mencampurkan 1 sudu jus lemon bersama 1 sudu bicarbonate soda atau serbuk penaik.
Sapukan campurkan pes ini pada ketiak anda dan biarkan ia seketika sebelum membilasnya dengan air. Jika anda tidak mempunyai jus lemon, anda boleh menggantikannya dengan tepung jagung bersama air.
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan jus lemon atau tepung jagung, anda boleh terus mencampurkan serbuk penaik dengan air dan menyapunya pada ketiak selepas mandi.
3. Serbuk sandalwood
Ia merupakan sejenis herba yang boleh di dapati di kedai yang menjual herba. Atau jika anda bernasib baik, anda boleh mendapatkannya di pasaraya dan dijual secara pek komersial di kedai kecantikan.

Untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara hilangkan bau ketiak, anda boleh mencampurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes. Dan sapukan ia pada ketiak. Biarkan ia sehingga kering sebelum membilasnya dengan air bersih.
4. Sengkuang
Sekuang dianggap sebagai makanan yang dapat menyejukkan badan anda. Tetapi ia juga merupakan satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak.
Caranya adalah dengan mengisar halus sengkuang sehingga menjadi jus dan disapukan pada ketiak. Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya. Menarik bukan? Jadi tidak salah untuk mencubanya.
5. Lemon
Lemon merupakan satu bahan semula jadi yang menawarkan pelbagai manfaat seperti membantu dalam mengurangkan berat badan.
Selain itu, lemon juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan bagi cara hilangkan bau ketiak yang dihadapi. Anda hanya perlu menghiris lemon dan menggosoknya secara perlahan-lahan pada ketiak.
Anda juga boleh gunakan perahan jus lemon dan disapukan kepada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon. Sapukan juga pada ketiak selepas mandi.
Untuk pengetahuan anda, selain dapat membantu menghilangkan bau busuk ketiak, lemon juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit yang kehitaman pada bahagian ketiak.

Cubalah…
Adalah penting untuk seseorang individu itu menjalani gaya hidup sihat agar kesihatan, kebersihan dan kecantikan diri sentiasa pada tahap yang baik.
Jika anda berdepan dengan masalah bau ketiak, cubalah petua di atas. Walaupun mungkin tidak dapat dibuktikan keberkesanannya, tidak ada salahnya untuk mencuba sebagai cara hilangkan bau ketiak.