backup og meta

Kuku Warna Hitam? Jangan Pandang Remeh! Ini Petanda 5 Penyakit

Kuku Warna Hitam? Jangan Pandang Remeh! Ini Petanda 5 Penyakit

Kebiasaannya, kuku di jari tangan dan kaki itu berwarna merah jambu dengan tona berbeza mengikut individu. Namun, bayangkan jika ia berubah warna lebih gelap atau hitam, anda pasti akan mula terfikir dan tertanya jika kuku hitam tanda penyakit apa. Kuku kaki hitam tanda penyakit apa?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kuku jadi petunjuk masalah?

Sebelum pergi lebih dalam, anda perlu tahu bahawa kuku manusia tercipta untuk menutupi serta melindungi lapisan kulit di bawahnya yang sangat lembut dan mungkin mudah tercedera.

Lapisan kulit di bawah kuku ini turut penuh dengan salur darah, hujung saraf serta kelenjar yang mempunyai sistem atau fungsi deria sama ada terhadap sentuhan, tekanan, suhu dan kesakitan.

Dalam pada itu, lapisan ini juga akan mempengaruhi warna kuku di atasnya. Asalnya, ia mungkin berwarna merah jambu dan boleh berubah warna lain seperti putih, kuning, biru dan lain-lain.

Perubahan warna, bentuk dan tekstur kuku itu boleh jadi petunjuk masalah kesihatan. Contohnya, kuku akan berubah warna kuning jika ada infeksi kulat kuku dan warna lain untuk kondisi lain.

kuku hitam tanda penyakit apa
Masalah kesihatan yang boleh dilihat menerusi kuku.

“Selain boleh menggambarkan tahap kebersihan, warna kuku juga mencerminkan tahap kesihatan seseorang individu daripada infeksi kulat yang biasa sehingga kondisi bahaya seperti kanser kulit!”, jelas Pakar Perubatan Dalaman, Dr Pankaj Pahwal.

Persoalannya, bagaimana pula jika ia berubah gelap atau hitam? Jadi, kuku hitam tanda penyakit apa? Apa penyebab warna kuku gelap?

Kuku hitam tanda penyakit apa?

Penyebab warna kuku gelap? Kehitaman di hujung kuku anda itu adalah akibat daripada kumpulan kotoran seperti:

  • daki
  • debu
  • sel kulit mati

Berita baiknya, ia boleh dipotong dan dibuang.

Tetapi jika bahagian badan atau plat pula yang hitam, maka ia mungkin petanda penyakit berikut:

#1. Infeksi kulat kuku antara tanda hitam di kuku kaki

Jika di atas tadi, dikatakan bahawa infeksi kulat akan buat kuku berubah warna kekuningan. Pun begitu, ramai individu yang pandang remeh jangkitan itu lantas dibiarkan tanpa rawatan.

Akibatnya, ia akan membuat warna kuku berubah jadi kegelapan, kusam dan hitam. Dalam usaha untuk merawat kondisi ini, anda perlu ambil ubat antikulat dan beri perhatian pada aspek kebersihan.

kuku hitam tanda penyakit apa
Kuku tangan berwarna hitam.

Kuku hitam tanda penyakit apa #2. Trauma

Pernahkah kuku anda terhentak atau tertimpa dengan objek keras lagi berat? Kesannya, ia bakal buat lapisan dalam kuku tercedera lantas menyebabkan pembuluh darah di jari itu pecah.

Angkara pendarahan dalaman akibat pembuluh darah yang pecah, maka darah akan mengalir dan merebak ke sekitar kawasan jari anda sekali gus membuat permukaan kuku jadi hitam.

Bagi merawatnya, doktor mungkin terpaksa membuang kuku yang rosak untuk elak darah beku.

Kuku hitam tanda penyakit apa #3. Melanoma

Melanoma adalah sejenis kanser kulit dan ia juga boleh mengakibatkan timbul tompok hitam di kuku kaki atau tangan. Ia mungkin antara kes yang jarang terjadi namun tidak mustahil.

Apa yang lebih menakutkan, melanoma boleh wujud tanpa anda sedar serta boleh jadi lebih teruk tanpa sebarang gejala. Memandangkan ia juga sejenis kanser, maka sila beri perhatian.

Peringatan!

Segera berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor tentang rawatan atau ubatan yang diperlukan.
kuku hitam tanda penyakit apa
Kuku kaki yang berwarna hitam.

#4. Tanda hitam di kuku kaki: Kesan ubat yang tertentu

Bukan hanya disebabkan oleh kondisi itu sendiri, kuku yang gelap itu juga diakibatkan oleh kesan pengambilan ubatan tertentu terutama jika ia berdos tinggi dan berjangka masa panjang.

Antara jenis ubat yang boleh jadi punca masalah ini adalah antiviral, antibiotik, ubat kimoterapi serta lain-lain. Ini mungkin hanya kesan sampingan ubatan yang ringan sahaja tetapi jika masih kekal lama, dapatkan nasihat daripada pakar tentangnya.

#5. Pigmen kulit yang terkesan

Pigmen kulit boleh terkesan akibat kondisi-kondisi tertentu seperti diabetes, anemia dan penyakit berkaitan organ seperti ginjal dan jantung. Akibatnya, kulit anda boleh jadi lebih gelap.

Termasuk warna kuku, perubahan pada warna kulit ini akan kekal dari saat anda mula menghidap penyakit-penyakit di atas dan sukar untuk menjadi normal semula.

Sebaiknya, rawat kondisi tersebut terlebih dahulu untuk menormalkan kembali kuku anda.

Konklusinya, jawapan untuk soalan kuku hitam tanda penyakit apa mungkin sudah ada di atas. Sebarang kekeliruan dan keresahan tentang kuku kaki hitam tanda penyakit apa perlu dibawa ke doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Nail Discoloration – Green, Blue, Black, White or Yellow, Why ?, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/nail-changes-dermatologist-should-examine, Accessed Jun 24 2022.
  2. Surprising Things Your Fingernails Can Reveal About Your Health, https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2021/what-your-nails-can-tell-you.html, Accessed Jun 24 2022.
  3. Black Toenails, https://www.vascularhealthclinics.org/institutes-divisions/podiatry-foot-and-ankle-surgery/nail-problems/black-toenails/, Accessed Jun 24 2022.
  4. Fingernails Are a Window to Your Health, https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/fingernails-are-a-window-to-your-health/, Accessed Jun 24 2022.
  5. 6 Things Your Nails Say About Your Health, https://health.clevelandclinic.org/6-things-your-nails-say-about-your-health/, Accessed Jun 24 2022.

Versi Terbaru

08/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Celah Jari Kaki Mengelupas? Ini Namanya Kulat Air! Rawatnya Dengan 6 Cara Ini

Dari Kuku, Anda Boleh Kenal Pasti Masalah Kesihatan? Ini 7 Tanda Boleh Dilihat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan