home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ini 5 Masalah Kuku Kaki Yang Biasa Terjadi, Cagu Antara Yang 'Popular'!

Ini 5 Masalah Kuku Kaki Yang Biasa Terjadi, Cagu Antara Yang 'Popular'!

Kebanyakan individu mungkin lebih peka atau peduli dengan kondisi kuku tangan kerana sangka ia mungkin lebih penting. Namun, bagaimana pula dengan masalah kuku kaki?

Sebenarnya, kedua-dua kuku kaki dan tangan itu adalah sama penting di mana ia berfungsi untuk melindungi jari-jemari anda. Tanpanya, maka anda akan terdedah dengan bahaya!

Persoalannya, apakah antara masalah kuku kaki yang biasa terjadi? Ayuh terus baca artikel ini.

Bagaimana cara kuku kaki itu berfungsi?

Untuk pengetahuan anda semua, kuku di jari tangan dan kaki itu diperbuat daripada keratin iaitu sejenis protein yang sama dalam aspek penghasilan kulit dan rambut individu.

Keratin inilah yang akan membuat bentuk dan tekstur itu menjadi lebih kental, keras dan tahan lasak agar ia mampu menahan dari segala anasir jahat yang bakal membahayakan.

Seperti mana yang telah kami nyatakan di awal artikel tadi, kuku kaki berfungsi untuk melindungi jari kaki anda dari pelbagai aspek yang bakal membahayakan seperti berikut:

  • Trauma pada jari kaki
  • Aktiviti fizikal serba lasak
  • Kerengsaan daripada kasut atau stoking
  • Kepanasan
  • Kesejukan
  • Kelembapan

Disebabkan itu, kita semua harus lebih peka dan peduli dengan perubahan yang berlaku pada kuku kaki seperti kegatalan, kesakitan atau kehilangannya untuk halang ia daripada mengalami masalah.

Apa masalah kuku kaki yang biasa terjadi?

Berbeza dengan kuku tangan, individu cenderung untuk tidak perasan akan masalah kuku kaki yang mereka alami kerana kebanyakan masa ia mungkin hanya tersorok di bawah.

#1. Jangkitan kuman

masalah kuku kaki

Masalah kuku kaki yang pertama adalah akibat jangkitan kuman atau turut dikenali dengan nama onychomycosis. Ia adalah amat popular dan biasa terjadi kepada masyarakat.

Golongan yang mungkin agak tinggi risiko mengalaminya adalah mereka dengan kondisi kencing manis, atlet atau pemain sukan lasak, salah guna kasut atau gemar berkaki ayam.

Maka, sila segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut jika ada simptom seperti berikut:

  • Perubahan warna di bawah kuku menjadi coklat, kuning atau putih
  • Kuku kaki berbau agak busuk
  • Kuku kaki jadi tebal
  • Kuku kaki mula rosak

#2. Kuku kaki yang tumbuh ke dalam

masalah kuku kaki

Bukan sahaja rambut, kuku kaki juga mungkin boleh tumbuh ke dalam lantas menyebabkan rasa sakit apabila bahagian sisi atau bucu kuku mula mencucuk daging di jari kaki.

Masalah cagu ini adalah akibat kesalahan ketika potong kuku atau kecederaan akibat trauma lain lantas jadi punca bahagian sisi atau bucu kuku itu lebih tajam daripada sepatutnya.

Selain akan jadi punca kesakitan, masalah kuku kaki ini juga mungkin menyebabkan kemerahan, kebengkakan atau kewujudan nanah daripada bahagian kuku yang telah terjejas.

#3. Kuku kaki yang cedera atau trauma

Buat anda yang mungkin belum tahu, kuku kaki juga boleh mengalami trauma atau cedera angkara banyak hal seperti geseran, gesekan, tekanan atau hentakan langsung terhadapnya.

Akibatnya, kuku di jari kaki anda itu mungkin akan mengalami perubahan pada warna, bentuk atau tekstur yang lebih gelap, tebal atau dalam kes lebih teruk tercabut daripada ‘soket’.

Ada juga risiko di mana wujud darah beku (subungual hematoma) angkara kecederaan di kuku kaki. Maka sila segera jumpa doktor untuk diagnosis dan rawat dengan lebih cepat.

masalah kuku kaki

#4. Kondisi Clubbed nails

Clubbed nails mungkin akan jadi punca perubahan bentuk dan tekstur pada kuku kaki sehingga ia akan mula kelihatan seperti sebuah belantan akibat masalah kesihatan yang lain.

Ia mungkin lebih berisiko buat individu dengan penyakit jantung, penyakit paru-paru, gangguan gastrousus atau kanser. Selain itu juga, kondisi ini turut disebabkan oleh genetik.

Masalah pada kuku kaki ini akan jadi lebih teruk jika dibiarkan begitu sahaja, justeru perhatikan gejala berikut:

  • Kuku kaki mula melebar dan membulat
  • Kuku kaki akan membengkok ke bawah
  • Kuku kaki akan membonjol di depan
  • Kuku kaki akan melembut di atas
  • Kuku kaki kelihatan seperti sedang terapung
  • Sudut kuku dan kutikula yang tidak selari

#5. Sindrom Nail-patella

Akhir sekali, sindrom ini mungkin agak jarang berlaku dan hanya akan menjejaskan kira-kira 1 dalam 50,000 orang namun tetap membahayakan jika dibiarkan begitu sahaja.

Sindrom ini akan mengakibatkan individu mengalami kecacatan atau kehilangan kuku tangan atau kuku kaki serta menjejaskan sendi tulang lain seperti lutut, siku atau pinggul.

Ia adalah disebabkan oleh mutasi genetik dan penyakit ini masih lagi tiada penawar yang dapat ditemui. Jika anda juga mengalaminya, maka sila rujuk pada doktor segera.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Toenail Problems, https://www.health.harvard.edu/skin-and-hair/toenail-problems, Accessed Dec 29 2021.
  2. 12 Nail Changes A Dermatologist Should Examine, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/nail-changes-dermatologist-should-examine, Accessed Dec 29 2021.
  3. Nail Problems and Injuries, https://www.uofmhealth.org/health-library/nails, Accessed Dec 29 2021.
  4. Nails – fingernail and toenail problems, https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/nails-fingernail-and-toenail-problems, Accessed Dec 29 2021.
  5. Toenail infection, https://www.healthdirect.gov.au/toenail-infection, Accessed Dec 29 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 4 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor