backup og meta

Penjagaan Kuku Yang Salah Membawa Risiko Pada Pesakit Diabetes, Elak Kesan Buruk Ini Dari Berlaku!

Ditulis oleh Dr. How Kang Nien · Dermatologi · Hello Health Group


Disemak pada 07/07/2022

    Penjagaan Kuku Yang Salah Membawa Risiko Pada Pesakit Diabetes, Elak Kesan Buruk Ini Dari Berlaku!

    Tahukah anda, salah satu gejala kencing manis yang sangat perlu dipantau oleh pesakit diabetes adalah jangkitan kulat di kuku (onychomycosis)?

    Mungkin ramai pesakit kencing manis yang mengambil berat tentang bacaan gula dalam darah mereka, namun tidak penjagaan kuku. Tanpa penjagaan kuku yang rapi, ia menambah risiko untuk pesakit diabetes mendapat jangkitan kulat kuku!

    Gejala kencing manis: Perhati tanda jangkitan kulat kuku

    Jangkitan kulat kuku berlaku dengan lagi kerap jika/ pada 4:

    • Anda sudah berusia 60 tahun dan ke atas 11
    • Anda seorang lelaki
    • Anda mempunyai bacaaan HbA1c yand tinggi di dalam darah  
    • Kuku di bahagian kaki 
    • Anda mengalami ulser di bahagian kaki 4

    Simptom jangkitan kulat kuku pada pesakit diabetes

    Ini antara simptom awal jangkitan kulat kuku pada pesakit diabetes yang harus dipantau:

  • Kuku menebal, rosak, hancur, atau hujung kuku menjadi bergerigi dan pecah 1
  • Kuku dalam bentuk yang aneh, tidak sekata, dan bertukar menjadi kusam
  • Kuku rapuh atau mudah pecah
  • Kuku berwarna keputihan hingga kuning-coklat 1
  • Kuku berbau busuk
  • Berwarna gelap, disebabkan serpihan yang tumbuh di bawah kuku 1
  • Punca jangkitan kulat kuku pada pesakit diabetes

    gejala kencing manis

    Kulat tidak memerlukan cahaya matahari untuk hidup, maka ia boleh membiak di kawasan gelap dan tertutup, lebih-lebih lagi tanpa penjagaan kuku dan kaki yang baik. Kulat yang kebiasaannya menyebabkan jangkitan kulat kuku dikenali sebagai dermatophyte 1.

    Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Namun, orang tua lebih cenderung mengalaminya 1. Mengapa pesakit diabetes lebih berisiko mendapat jangkitan kulat kuku? Jawapannya terdapat pada gejala kencing manis itu sendiri. 

    Apabila aliran darah kurang mengalir ke bahagian kaki, ia boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dengan mudah 3. Selain itu, paras gula darah yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kuku kaki menjadi lebih tebal 9.

    Berikut antara beberapa faktor risiko lain yang harus diperhatikan bagi pesakit diabetes:

  • Kulit atau kuku pernah mengalami kecederaan yang boleh menggalakkan pertumbuhan kulat, contohnya seperti psoriasis 1
  • Kerap berpeluh 1
  • Mempunyai habit berkaki ayam di kawasan yang lembap 
  • Mempunyai sistem imun badan yang lemah 4
  • Pernah mengalami jangkitan kulat air (kaki makan air) 1
  • Sering melakukan kerja rumah yang melibatkan air, atau berkebun
  • Pesakit diabetes yang juga menghidap penyakit vaskular perifer 
  • Komplikasi jika pesakit diabetes menghidap jangkitan kulat kuku

    Kewujudan jangkitan kulat kuku juga boleh menggalakkan berlakunya ulser pada kaki. Kuku kaki yang rapuh dan tebal boleh menyebabkan kerosakan pada kulit di sekitar jari kaki 10

    Hal ini agak sukar untuk disedari oleh pesakit diabetes kerana keadaan neuropati yang dialami mereka, yang menyebabkan rasa mati pada kaki 10. Keadaan kuku kaki yang semakin menebal ini boleh menyekat aliran darah pada jari kaki lalu menyebabkan kejadian ulser 10

    Apabila pesakit diabetes cuba untuk mengetip kuku kaki yang menebal, ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kaki secara tidak sengaja. Ditambah pula dengan faktor kaki yang tidak dijaga dengan bersih, ia seolah-olah menggalakkan pembiakan bakteria dan juga kulat 10.

    Sekiranya jangkitan kulat kuku ini tidak dirawat di peringkat awal, ia sememangnya boleh merisikokan kaki anda untuk mendapat jangkitan yang teruk yang sukar untuk dirawat. Tidak hairanlah jika jangkitan kulat kuku yang teruk seperti ini boleh menyebabkan komplikasi lain yang merisikokan kaki anda untuk mengalami amputasi kelak 10. 

    Rawatan jangkitan kulat kuku buat pesakit diabetes

    gejala kencing manis

    Walaupun ramai individu yang memandang enteng masalah jangkitan kulat, namun ia tidak sewajarnya dipandang ringan oleh pesakit diabetes. Malah, kebergantungan terhadap remedi di rumah sahaja tidak mencukupi.

    Rawatan topikal jangkitan kulat kuku

    Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat kuku, rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang boleh didapati di farmasi sudah memadai untuk merawat dan menghilangkan jangkitan 5 . Ia hanya perlu dipakai sekali sehari. Terdapat juga rawatan topikal yang tersedia dalam bentuk tiub bagi mencepatkan proses pengaplikasian pada kuku yang terjejas. 

    Rawatan topikal ini bukan sahaja mudah untuk diaplikasi, malah pesakit juga tidak perlu mengikis permukaan kuku sebelum menggunakannya. Rawatan topikal jangkitan kulat kuku ini juga tidak memerlukan preskripsi doktor 2, dan hasil keberkesanannya boleh dilihat seawal tempoh satu minggu!

    Rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol dapat membantu menipiskan kuku yang menebal, tanpa kehadiran sebarang kulat. Selain itu, kandungan urea dan asid laktik juga boleh membantu membuang tisu mati, lalu melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan 2

    Kandungan urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol juga disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 8, menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi

    Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 8

    Dengan mengamalkan pengambilan rawatan topikal jangkitan kulat kuku sepanjang tempoh rawatan, kuku tangan dan kaki yang dijangkiti kulat boleh tumbuh semula dalam tempoh 3 ke 6 bulan sahaja. 

    Pesakit kencing manis harus mengambil serius penjagaan kuku

    Sekarang anda sudah faham bagaimana sebagai penghidap diabetes, penjagaan kuku adalah amat penting untuk dititik beratkan. Kuku yang dijangkiti kulat boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kaki, seterusnya mengakibatkan komplikasi jangkitan yang lebih buruk 5

    Dalam menjaga kesihatan kuku, jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom awal seperti kuku berubah ke warna kekuningan. Risau jika ia dibiarkan berterusan, kulit di sekitar kuku boleh menjadi rosak dan menjadi lokasi utama jangkitan kulat dan bakteria. 

    Sekiranya ini berlaku, ia boleh menyebabkan masalah lain yang lebih teruk seperti selulitis dan fasciitis nekrotik. Malah lebih teruk lagi, anda mungkin terpaksa berhadapan dengan risiko amputasi 5.

    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang kesihatan kuku anda, dapatkan pandangan doktor bertauliah. Tidak dilupai, jangan bertindak melulu cuba merawat masalah kuku dengan cara tradisional, sebaliknya dapatkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku di farmasi berdekatan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. How Kang Nien

    Dermatologi · Hello Health Group


    Disemak pada 07/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan