backup og meta

Asyik Tergaru-garu Masa Nak Tidur? Ini 6 Punca Kenapa Badan Gatal-gatal Waktu Malam

Asyik Tergaru-garu Masa Nak Tidur? Ini 6 Punca Kenapa Badan Gatal-gatal Waktu Malam

Alangkah tersiksa jiwa dan raga apabila baru sahaja mahu tertidur, terasa seperti perlu menggaru kulit angkara kegatalan melampau. Persoalannya, kenapa badan gatal-gatal waktu malam sahaja? Teruskan baca artikel untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Adakah situasi ini tanda sejenis penyakit?

Sekiranya anda juga pernah atau masih mengalami tetapi tidak tahu kenapa badan gatal-gatal waktu malam, tenang dulu! Ini kerana ia adalah keadaan kesihatan yang agak umum dan biasa berlaku.

Untuk pengetahuan anda semua, keadaan kesihatan ini dikenali dengan istilah nocturnal pruritus (NP) di mana kegatalan pada kulit badan anda berlaku serta bertambah teruk di waktu malam.

Mungkin ada yang menyangka jika badan rasa gatal miang itu mudah untuk dihilangkan dengan cara menggaru atau menyapu krim pada kulit sedangkan ia tidak memberi kesan ketika sudah di tahap kronik.

Akibatnya, ia bukan sahaja boleh membuat kulit badan rasa gatal mencucuk dan merah, bahkan akan terluka angkara tabiat menggaru yang terlalu ekstrem. Dalam pada itu, kualiti dan kuantiti tidur anda juga bakal terjejas dengan teruk lantas memudaratkan kesihatan tubuh badan.

masalah tidur lewat
Kesan kurang tidur.

Jadi, adalah begitu penting untuk individu tahu apa punca kenapa badan gatal-gatal waktu malam!

Ini punca kenapa badan gatal-gatal waktu malam!

Walaupun badan rasa gatal miang boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi ada individu yang mungkin hanya atau lebih kerap mengalaminya pada waktu malam sahaja akibat daripada kondisi di atas tadi.

NP mungkin akan didalangi oleh punca serta faktor risiko tertentu termasuk perkara yang berikut:

#1. Kondisi kulit yang tertentu

Pertama dan paling utama, punca kenapa badan gatal-gatal waktu malam adalah diakibatkan oleh kondisi kulit yang tertentu termasuk:

Ini kerana kondisi seperti ekzema atau dermatitis boleh memicu flare-up, situasi di mana simptom termasuk kegatalan dan keradangan kulit menjadi lebih teruk pada waktu yang tertentu sahaja.

Kebiasaannya, flare-up itu akan berlaku di waktu malam sekali gus menjejaskan waktu tidur anda.

Penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan #2. Perubahan mekanisme

Tubuh badan manusia mempunyai sistem dan fungsi mekanisme secara semula jadi yang memicu setiap perubahan yang berlaku. Fokus pada waktu malam, mekanisme ini akan mula berubah.

Angkara cuaca yang agak sejuk di waktu malam, tubuh badan bakal meningkatkan aliran di dalam saluran darah dalam usaha menaikkan suhu. Kesannya, kulit anda akan mengalami kegatalan.

punca gatal badan
Ekzema adalah salah satu punca gatal pada badan.

Badan rasa gatal miang angkara #3. Rembesan hormon

Di malam hari yang merupakan waktu ‘rehat’ tubuh badan, ia akan merembeskan hormon tertentu termasuk sitokin iaitu sekumpulan protein yang amat penting demi membaiki sistem imun manusia.

Dalam masa yang sama, rembesan hormon kortikosteroid yang bertindak melawan keradangan juga akan berkurang. Akibatnya, kulit individu mungkin lebih mudah mengalami masalah gatal-gatal.

#4. Badan rasa gatal mencucuk disebabkan gigitan serangga atau haiwan kecil

Serangga seperti nyamuk dan semut atau haiwan kecil termasuk kutu atau hama biasa menjadikan tempat tidur anda sebagai habitat. Maka, risiko untuk ia menjelajah dan menggigit ketika individu berada di atas tilam dan katil juga adalah lebih tinggi di waktu malam!

#5. Kulit kekurangan air dan kering

Adakah anda perasan bahawa kulit cenderung untuk jadi lebih kering di waktu malam? Alasannya, cuaca yang mungkin agak sejuk tidak akan memerlukan tubuh badan mengeluarkan air peluh.

Peluh akan lebih banyak keluar pada waktu siang berbanding waktu malam akibat suhu yang lebih panas. Kesannya, kuantiti peluh yang kurang atau tiada bakal membuat kulit kering lalu gatal.

kenapa badan gatal-gatal waktu malam
Penyebab badan rasa gatal dan miang.

#6. Tahap kebersihan diri kurang baik

Ada ketika di mana kita terlupa untuk mandi atau membersihkan diri pada waktu malam dan terus sahaja berbaring untuk tidur. Tentu sahaja ini adalah tabiat yang tidak bagus untuk diteruskan.

Selepas seharian tubuh badan bekerja terutama di luar rumah, ia mungkin terdedah dengan variasi jenis mikrob termasuk bakteria dan virus lantas meningkatkan risiko kulit badan anda terjejas.

Konklusi

Ada banyak punca dan faktor risiko kenapa badan gatal-gatal waktu malam dan benar jika ia adalah penyakit yang sangat mengganggu. Namun, tidak sukar bagi anda merawat kondisi ini kerana ada banyak ubatan dan rawatan klinikal yang boleh membantu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Reasons Your Skin Itches Uncontrollably And How To Get Relief, https://www.aad.org/public/everyday-care/itchy-skin/itch-relief/relieve-uncontrollably-itchy-skin, Accessed Sep 28 2022.
  2. Causes of itching, https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/physically/skin-problems/dealing-with-itching/causes, Accessed Sep 28 2022.
  3. Pruritis: Symptoms, Causes & Treatment, https://familydoctor.org/condition/pruritus/, Accessed Sep 28 2022.
  4. The differential diagnosis of itchy skin, https://dermnetnz.org/topics/differential-diagnosis-of-itchy-skin, Accessed Sep 28 2022.
  5. Itchy Skin at Night. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24338-itchy-skin-at-night. Accessed Sep 28 2022.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Gatalnya Badan... Ikut 6 Tip Mandi Dengan Betul Ini Agar Ekzema Tak Melarat!

Badan Selalu Gatal-Gatal Walaupun Sudah Mandi, Ia Mungkin Sebab 7 Masalah Kulit Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan