Punca gatal celah peha #3. Masalah berat badan
Masalah berat badan berlebihan atau obesiti akan mengakibatkan perlanggaran atau pergeseran di antara kulit yang menggeleber. Akibatnya, sentuhan pada kawasan kulit seperti di celah paha bakal menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan yang menjengkelkan.

#4. Jangkitan di kulit akibat mikrob
Selain itu, kegatalan itu mungkin angkara mikrob seperti kulat, bakteria atau virus yang mendiami lantas menjangkiti kawasan celah paha sekali gus menimbulkan banyak lagi gejala buruk lain.
Antara infeksi yang biasa berlaku di kawasan kulit ini adalah jangkitan kulat iaitu tinea cruris atau candidiasis. Kedua-duanya juga biasa terjadi pada kawasan kulit lain dan perlu segera dirawat.
#5. Alahan pada kulit akibat alergen
Kadangkala, reaksi alergi juga boleh memicu kegatalan pada kulit khususnya gatal celah peha. Ada dua jenis alahan yang biasa dikaitkan dengan kawasan kulit ini iaitu dermatitis kontak dan seborea.
Dermatitis kontak dipicu oleh bahan atau fabrik pakaian anda yang tidak mampu menyerap peluh dengan baik manakala seborea dipicu akibat sensitiviti di kawasan kulit berbulu atau berambut.
Baca lagi artikel berkaitan:
#6. Ia mungkin petanda pelbagai jenis penyakit
Jangan sangka gatal di celah peha hanya akibat gigitan, jangkitan, alahan dan masalah pada kulit anda sahaja ya? Kadangkala, ia juga mungkin adalah petanda pelbagai jenis penyakit berkaitan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen