backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Gatal Celah Kangkang Sebab Kurap, Kenal Pasti Simptom & Cara Rawatannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

Gatal Celah Kangkang Sebab Kurap, Kenal Pasti Simptom & Cara Rawatannya

Gatal pada celah kangkang boleh terjadi disebabkan banyak faktor, salah satunya kurap dan ia harus dirawat atau boleh merebak ke bahagian tubuh lain. Jom ketahui ubat kurap paling berkesan untuk mengatasi situasi anda ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kurap celah kangkang

Apakah penyebab kurap?

Sebelum anda mengetahui apakah ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini, jom kita fahami mengapa kurap celah kangkang ini berbahaya.

Terdapat pelbagai jenis kurap dan untuk kurap celah kangkang ini, ia disebut sebagai jock itch – boleh menyebabkan ruam gatal, menyengat, sensasi terbakar sekitar pangkal paha, bahagian dalam paha dan celahan punggung (gluteal cleft).

Kurap celah kangkang ini dalam istilah perubatan dikenali sebagai Tinea cruristinea nama lain untuk kurap dan cruris bermaksud pangkal paha.

Punca kurap 

Jangkitan kulat merupakan penyebab kurap yang utama, menyebabkan wujudnya iritasi kulit yang berbentuk seperti bulatan.

Ubat kurap: Siapa yang berisiko?

Penyebab kurap ini lebih mudah menjangkiti remaja dan lelaki dewasa.

Namun risiko untuk wanita mengalami jangkitan ini tetap wujud, cuma jarang berlaku.

Kanak-kanak juga amat jarang mengalami kurap pangkal paha ini.

Tetapi jika wanita dijangkiti tinea cruris, ia jarang untuk menyebabkan kegatalan pada bahagian vulva (kemaluan).

Individu dengan masalah kesihatan berikut lebih cenderung mengalami penyebab kurap ini:

Pentingnya ubat kurap: Ini simptom jock itch

Jock itch biasanya menjejaskan kulit sekitar pangkal paha, bahagian dalam paha dan celahan punggung.

Seperti wanita juga, jangkitan kurap ini pada lelaki tidak akan menjejaskan alat kelamin – zakar, skrotum.

Kulit mungkin akan mengalami ruam gatal berbentuk seakan cincin (kerana itu kurap dalam bahasa Inggeris disebut ringworm), berubah warna, pecah, mengelupas atau bersisik.

Benjolan atau lepuh kecil mungkin muncul sekitar tepi ruam.

Kurap boleh menjangkiti

Kurap celah kangkang amat mudah menular.

Ia adalah kulat yang ada pada atau dalam kulit anda – memerlukan suhu hangat dan kelembapan untuk berkembang.

Seluar dalam atau seluar ketat boleh menyebabkan haba terperangkap dan mewujudkan kelembapan sekitar pangkal paha – punca kurap berlaku.

Cara ia merebak

Ia merebak melalui sentuhan kulit ke kulit atau dengan permukaan yang tercemar.

Anda juga boleh mengalami kurap ini melalui hubungan seksual, berkongsi tuala atau pakaian dengan individu dijangkiti.

ubat kurap
Cara kurap merebak.

Dalam sesetengah kes, jock itch boleh terjadi jika anda mempunyai penyakit kaki atlet (tinea pedis), di mana ia boleh merebak apabila anda tersentuh pangkal paha selepas menyentuh kaki yang dijangkiti.

Ubat kurap paling berkesan

Ubat seperti krim, salap, gel, semburan atau bedak antikulat yang dijual di farmasi (over the counter, OTC) dan preskripsi amat berkesan dalam merawat kurap ini.

Ia mengandungi clotrimazole, miconazole, tolnaftate atau terbinafine.

Sesetengah ubat preskripsi diberikan dalam bentuk pil – mengandungi fluconazole, itraconazole atau terbinafine.

Penggunaan alkohol gosok, sebagai ubat kurap paling berkesan?

Rubbing alcohol boleh membantu menyembuhkan kegatalan ringan, menghalang atau menghentikan pembiakan kulat pada permukaan kulit.

Pun begitu, ia boleh menyebabkan kulit kering dan menegang, sekali gus memburukkan lagi kerengsaan.

ubat kurap
Kurap boleh berjangkit dengan sentuhan.

Rawatan rumah selain menggunakan ubat

Selain itu, beberapa bahan di rumah juga boleh membantu mencegah atau merawat kurap.

Sebatian ajoene dalam bawang putih dan sesetengah minyak pati boleh menghalang atau menghentikan pertumbuhan bakteria – minyak pokok teh, bitter oren, pudina dan minyak kayu putih, namun mungkin tidak dapat menyingkirkan sepenuhnya jangkitan kulat.

Untuk pemulihan yang lebih cepat, penting untuk memastikan bahagian dijangkiti bersih, kering dan sejuk.

Gunakan bedak atau semburan untuk menyerap kelembapan sekitar pangkal paha.

Elakkan menggaru celah kangkang atau ia akan meningkatkan risiko penularan ke bahagian tubuh lain.

ubat kurap
Periksa jika ada kurap di celah kemaluan.

Boleh ke jock itch hilang sendiri tanpa ubat kurap?

Tidak. Tanpa rawatan dan ubat kurap, ia boleh merebak ke anggota tubuh lain, seperti:

  • Kuku – Jangkitan kulat pada kuku lebih sukar dirawat kerana lebih kuat rintangan terhadap ubatan
  • Tangan. Berlaku apabila anda menggaru pangkal paha dengan tangan atau menggunakan tuala yang sama untuk mengeringkan kedua-dua bahagian ini
  • Kaki. Disebut penyakit kaki atlet. Boleh merebak melalui seluar dalam atau penggunaan tuala yang sama untuk mengelap kedua-dua bahagian ini

Langkah pencegahan

Berikut antara cara selain menggunakan ubat yang boleh anda lakukan sebagai langkah pencegahan:

  • Basuh pangkal paha anda dengan sabun antibakteria
  • Keringkan pangkal paha anda selepas berenang atau mandi
  • Sapu bedak talkum atau antikulat ke pangkal paha untuk menyerap kelembapan
  • Pakai seluar dalam dan seluar longgar yang membolehkan kawasan itu bernafas
  • Pakai seluar dalam kapas untuk menyerap kelembapan atau yang diperbuat daripada bahan sintetik untuk menghilangkan lembapan
  • Basuh pakaian selepas digunakan, khususnya yang dipakai semasa bersenam
  • Elakkan berkongsi tuala atau pakaian

Mengalami jangkitan kurap celah kangkang atau jock itch pastinya menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi ia boleh dirawat menggunakan ubat antikulat atau rawatan rumah.

Elakkan daripada menggaru kerana ia merupakan pantang larang kulat yang boleh menyebabkan jangkitan merebak ke bahagian tubuh lain.

Kesimpulan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan