backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Habis Satu Badan Gatal Sebab Tilam Penuh Pepijat! Apa Anda Perlu Buat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    Habis Satu Badan Gatal Sebab Tilam Penuh Pepijat! Apa Anda Perlu Buat?

    Sudah tentu anda akan sukar untuk tidur lena pada waktu malam jika masih belum tahu cara menghapuskan pepijat yang sebenar, bukan?

    Lebih-lebih lagi jika tilam, cadar atau selimut yang kalian gunakan itu sering sahaja akan mengakibatkan badan gatal-gatal gara-gara pepijat.

    Meskipun telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskannya secara total, namun ia masih lagi wujud dan mengganggu tidur anda pada waktu malam.

    Oleh itu, jom ikuti artikel ini untuk tahu apa sebenarnya yang anda perlu lakukan.

    Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Alahan, anda juga boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan pepijat?

    Pepijat (bed bug) atau turut dikenali dengan nama kutu/hama katil, adalah sejenis serangga kecil yang bergantung hidup dengan memakan darah manusia dan haiwan.

    Ia akan menjadi aktif pada waku malam dan di dalam gelap, inilah sebab mengapa mereka gemar mendiami kawasan tilam yang menjadi tempat tidur manusia.

    Saiznya juga adalah sangat kecil lantas menyebabkan ia sukar untuk dilihat dengan mata kasar sekali gus memudahkannya untuk bersembunyi di mana-mana.

    Apa yang lebih membimbangkan, ia bukan sahaja berisiko menumpang di tilam tempat tidur, malahan juga di seluruh tempat dalam kediaman anda.

    pepijat

    Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika anda digigit pepijat ini?

    Apa akan berlaku jika digigit serangga ini?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, pepijat ini akan aktif pada waktu malam dan biasanya menggigit mangsa ketika mereka sedang tidur.

    Hampir seakan serangga nyamuk, ia akan menyuntik muncungnya ke dalam lapisan kulit dan menyedut darah manusia selama beberapa saat atau minit.

    Kebiasaannya, gigitan pepijat ini pada awalnya tidak sakit namun akan beransur menjadi gatal dan merah selepas beberapa ketika.

    Pun begitu, ia mungkin disebabkan oleh kebanyakan gigitan pepijat ini biasa berlaku ketika kita sedang tidur.

    Sekiranya badan anda kerap gatal-gatal gara-gara pepijat ini, jangan hanya biarkan ia berlanjutan bagi mendapatkan tidur malam yang lebih selesa!

    Bagaimana cara menghapuskan pepijat?

    Buat mereka yang mungkin tidak mahu berfikir panjang, jalan termudah untuk menghapuskan pepijat ini adalah dengan membuang dan menukar tilam.

    pepijat

    Ya, tidak dinafikan ia adalah antara cara yang paling efektif namun berapa kali pula anda perlu melakukannya hanya kerana gangguan kutu atau hama, bukan?

    Sebenarnya, ada beberapa cara menghapuskan pepijat yang mungkin boleh membantu, iaitu:

    Cara menghapuskan pepijat #1. Vakum

    Sekadar menyapu dengan penyapu atau bulu ayam pada kawasan dipercayai terjejas adalah sama sekali tidak mencukupi.

    Oleh itu, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah vakumkan seluruh kawasan kediaman anda itu dengan bersih dan teliti.

    Antara kawasan yang perlu diberi perhatian paling penting adalah di sekitar tilam yakni cadar, selimut, bantal dan lain-lain.

    Pastikan juga anda vakum di setiap celah perabot yang wujud di kawasan tempat tidur anda itu ya!

    #2. Gunakan serbuk penaik

    Serbuk penaik (baking soda) yang kita semua gunakan untuk membuat kek sebenarnya boleh jadi senjata untuk membunuh pepijat.

    Caranya, taburkan sahaja beberapa gengam serbuk penaik di seluruh kawasan tempat tidur anda dan biarkan selama sekitar 24 jam.

    Jangan lupa juga untuk taburkan ia di setiap celah-celah tempat yang tersorok di mana pepijat mungkin boleh bersembunyi.

    #3. Gunakan cuka buatan

    cara menghapuskan pepijat

    Satu lagi bahan masakan yang boleh digunakan untuk menghapuskan pepijat adalah cuka buatan yang boleh dibeli di pasar raya.

    Disebabkan ia bersifat asidik, maka ia mampu dijadikan sebagai ‘racun serangga pepijat’ artifisial yang boleh dibuat sendiri.

    Caranya, masukkan sahaja cuka ke dalam bekas penyembur dan campurkan dengan air sebelum disembur di seluruh kawasan yang terlibat.

    Cara menghapuskan pepijat #4. Alkohol

    Selain itu, antara cara yang berkesan untuk membunuh pepijat adalah dengan menggunakan cecair alkohol yang boleh dibeli di farmasi.

    Cara penggunaannya adalah dengan menyapukan atau menyemburkan ia dalam kuantiti sedikit pada kawasan yang banyak pepijat.

    Namun harus diingatkan bahawa anda perlu menggunakannya secara berhati-hati ekoran sifatnya yang mudah terbakar ya?

    Sebenarnya, terdapat banyak lagi petua atau cara menghapuskan pepijat yang wujud termasuklah menggunakan kulit durian, limau nipis, serai wangi dan sebagainya.

    Konklusinya, apa yang paling penting adalah anda perlu senantiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar demi kesihatan tubuh badan yang lebih kuat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan