backup og meta

Kelopak Garam, Gegata, Ludah Jin Sama Ke? Ini Punca Dan Cara Merawatnya!

Kelopak Garam, Gegata, Ludah Jin Sama Ke? Ini Punca Dan Cara Merawatnya!

Anda pernah terdengar atau terbaca tentang penyakit kulit kelopak garam? Jika belum lagi, anda tidak keseorangan kerana ia ada banyak nama namun semuanya adalah penyakit yang sama.

Di laman web Google, ada satu kata kunci yang agak tinggi jumlah cariannya – kelopak garam cara hilangkan. Ini bermakna bahawa penyakit kulit ini mungkin berbahaya.

Persoalannya, apa itu dan bagaimana rawat penyakit kulit kelopak garam ini? Kenapa gegata terjadi? Berapa lama gegata akan hilang? Kenapa gegata naik pada waktu malam?

Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Gegata, penyakit kulit dengan banyak nama?

Kenapa gegata terjadi? Berapa lama gegata akan hilang? Kenapa gegata naik pada waktu malam?

Penyakit kulit dengan nama kelopak garam, sopak garam, gegata, urtikaria, ludah jin – ia sama!

Untuk pengetahuan anda semua, gegata adalah sejenis kondisi di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, merah dan gatal serta boleh terjadi di seluruh tubuh badan.

Kebiasaannya, kondisi ini berpunca akibat alergi atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain dan mungkin boleh pulih dengan sendiri selepas 24 ke 48 jam jika tidak serius.

Terdapat dua kategori urtikaria yang utama iaitu sopak garam akut serta sopak garam kronik:

kelopak garam
Contoh gegata pada kulit.
  • Urtikaria akut: Ia terjadi dengan begitu tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik: Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ia mungkin boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa hari serta tidak akan membahayakan kesihatan tubuh badan.

Apa punca yang menjadi dalang kelopak garam?

Menurut Pakar Alergi, Dr Miriam Anand, kondisi urtikaria ini mungkin berpunca akibat reaksi alergi yang terjadi kepada kulit disebabkan pelbagai lagi faktor risiko termasuk:

  • Infeksi bakteria atau virus – Angkara bakteria seperti Heliobacter pylori serta virus hepatitis dan norovirus
  • Kerap menggaru kulit badan – Terlalu kerap menggaru kulit boleh merengsakan lantas meradangkan kulit, sekali gus menjadi salah satu punca urtikaria
  • Kerap bersenam dan berpeluh – Terlalu kerap bersenam pula akan membuat anda lebih banyak berpeluh dan ia juga boleh jadi punca kondisi urtikaria
  • Suhu terlalu sejuk – Iklim atau persekitaran yang sangat sejuk mungkin adalah salah satu daripada punca gegata
  • Suhu terlalu panas – Iklim atau persekitaran yang sangat panas mungkin adalah salah satu daripada punca sopak garam
kelopak garam
Antara alahan yang disebabkan oleh cuaca.
  • Haiwan peliharaan – Bendasing seperti bulu, air liur, atau najis daripada si comel anda boleh melekat pada kulit dan mengakibatkan badan ditumbuhi sopak garam
  • Stres – Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam pelbagai jenis penyakit sama ada melibatkan mental atau fizikal

Dalam erti kata lebih mudah, memang banyak punca dan faktor risiko yang boleh jadi penyebab kepada penyakit kulit ini. Jadi, sila elakkannya jika tidak mahu ia terjadi.

Bagaimana cara untuk rawat kondisi ini?

Meskipun penyakit kulit ini mungkin ada banyak nama seperti mana yang telah kami katakan di atas tadi, namun cara untuk merawatnya tetap sama dan menggunakan satu ubat sahaja.

Jadi, jawapan kepada carian kata kunci ‘kelopak garam cara hilangkan’ adalah ubat antihistamin!

Segala punca dan faktor risiko tadi akan menyebabkan tubuh badan anda secara semula jadi mengeluarkan hormon histamin dengan banyak dan akan jadi punca gegata.

Bagi mengelakkan kondisi ini daripada menjadi lebih teruk, maka pengambilan ubat antihistamin adalah sangat penting untuk elak gejala seperti kulit bengkak, merah dan gatal.

Sekiranya anda sudah terlambat dan ia telah jadi terlalu teruk, maka ubat ini perlu diambil pada setiap hari selama beberapa bulan bergantung kepada situasi kondisi itu.

Alternatif ubat antihistamin yang efektif!

kelopak garam
Gegata pada belakang badan.

Dalam pada itu, mungkin anda juga sudah tahu bahawa ada banyak kaedah tradisional yang boleh dicuba bagi merawat masalah kulit gegata ini dan antaranya adalah dengan air mandian.

Anda mungkin boleh mandi dengan air garam atau air bunga walaupun tiada jaminan untuk rawatan ini. Cuma, ia mungkin berkesan kerana perubahan suhu pada kulit.

Apa yang paling penting, adalah wajar untuk anda mengelakkan setiap punca dan faktor risiko yang dinyatakan di atas di samping menjaga kebersihan dan kesihatan kulit serta tubuh badan.

Kesimpulan

Sila berjumpa doktor dengan segera untuk informasi dan nasihat lebih lanjut!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urticaria – an overview, https://dermnetnz.org/topics/urticaria-an-overview, Accessed Apr 11 2022.
  2. Hives, https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/skin-allergy/hives/, Accessed Apr 11 2022.
  3. Hives (Urticaria) and Swelling (Angiodema), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8630-urticaria-hives-and-angioedema, Accessed Apr 11 2022.
  4. Urticaria: Evaluation and Treatment, https://www.aafp.org/afp/2011/0501/p1078.html, Accessed Apr 11 2022.
  5. 10 Ways To Get Relief From Chronic Hives, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/hives-chronic-relief, Accessed Apr 11 2022.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Berdiri Lama Di Dapur Punca Tumit Kaki Pecah, Usah Risau, Atasinya Dengan 5 Bahan Ini

Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan