backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-Jaga Dengan Penyakit Kulit Berjangkit, Ini 7 Jenis Yang Anda Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/01/2024

    Jaga-Jaga Dengan Penyakit Kulit Berjangkit, Ini 7 Jenis Yang Anda Perlu Tahu!

    Tahukah anda, ada jenis jenis penyakit kulit yang berjangkit? Jika kulit anda bengkak, menjadi merah dan lembut ketika disentuh, ini mungkin tanda jangkitan kulit.

    Apabila bercakap mengenai masalah kulit, pasti kita akan terfikir masalah yang sering berlaku seperti jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea.

    Namun, ada ribuan lagi penyakit kulit yang berbahaya lain yang wujud. Malah, ada juga yang boleh menjangkiti dari satu individu ke individu yang lain.

    Sebab itulah kita perlu sentiasa peka mengenai tanda penyakit kulit berjangkit serta cara untuk merawatnya.

    Kulit merupakan organ manusia yang terbesar. Ia mempunyai pelbagai fungsi, termasuklah melindungi badan daripada jangkitan.

    Walau bagaimanapun, kadangkala bakteria, kulat atau virus masih boleh menembusi kulit dan menyebabkan penyakit.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Jenis jenis penyakit kulit berjangkit

    jenis jenis penyakit kulit
    Parasit biasa sebabkan penyakit kulit.

    Kulit merupakan lapisan perlindungan utama badan. Ia melindungi kita daripada anasir luar yang berbahaya.

    Jangkitan ini turut dikenali sebagai penyakit kulit berjangkit.

    Ada beberapa jenis jenis penyakit kulit berjangkit yang lazim seperti jenis-jenis penyakit kulit gatal di bawah ini:

    1. Penyakit kulit impetigo

    Impetigo merupakan sejenis penyakit kulit yang amat mudah berjangkit, terutamanya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

    Penghidap impetigo mempunyai ruam yang berwarna kemerah-merahan di kawasan hidung, mulut, tangan dan kaki.

    Selepas seminggu, ruam ini akan pecah dan membentuk kuping yang berwarna seakan-akan madu.

    Impetigo perlu dirawat menggunakan antibiotik. Penghidapnya juga perlu dikuarantin sehingga sembuh.

    2. Molluscum contagiosum

    Molluscum contagiosum merupakan sejenis penyakit jangkitan kulit yang disebabkan oleh poxvirus. Jangkitan ini selalunya tidak dapat dikesan awal kerana ia bersifat benigna.

    Namun, simptom seperti lesi di seluruh badan akan mulai timbul dalam masa 6 hingga 12 bulan.

    Lesi ini turut dikenali dengan nama Mollusca. Ia bersaiz kecil, timbul sedikit pada kulit dan berwarna putih atau merah jambu.

    Selain itu, lesi ini juga boleh menjadi gatal, menyakitkan, berwarna merah dan bengkak.

    Virus ini bertindak menjangkiti orang lain melalui sentuhan. Selain itu, ia juga boleh merebak melalui hubungan seks.

    3. Jangkitan kulat

    Kulat merupakan sejenis organisma kecil seperti kulapuk.

    Kulat boleh ditemui di mana-mana sahaja – di udara, di dalam air dan juga pada permukaan kulit manusia. Hampir separuh kulat di dunia ini adalah berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan.

    Individu yang mempunyai daya tahan yang rendah amat berisiko untuk mengalami jangkitan kulat. 

    Selalunya, kulit akan rasa gatal-gatal dan naik ruam setelah bersentuhan dengan kulat yang wujud di persekitaran kita.

    4. Kaki makan air (Athlete’s foot)

    Kaki makan air merupakan jangkitan yang amat lazim berlaku. Ia merupakan salah satu jenis jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

    Jangkitan ini merebak apabila seseorang berjalan berkaki ayam di tandas atau kolam renang awam.

    Kulit di sekitar kaki akan bertukar menjadi putih dan mulai terkopek. Kaki makan air juga boleh terbentuk di kawasan tapak kaki.

    Selain itu, individu yang sering berpeluh di kawasan tapak kaki dan sering pakai kasut yang ketat juga terdedah dengan kaki makan air.

    Athlete’s foot juga boleh menjangkiti orang lain melalui perkongsian tuala dan baju.

    Jenis jenis penyakit kulit #5. Kudis buta

    jenis jenis penyakit kulit
    Ruam pada kulit.

    Kudis buta merupakan sejenis penyakit kulit yang berlaku disebabkan kutu Sarcoptes scabiei var. hominis

    Kutu ini akan masuk ke dalam kulit dan tinggal pada lapisan paling atas. Kemudian, ia akan bertelur pada kawasan kulit tersebut.

    Individu yang menghidap kudis buta akan mengalami kegatalan yang amat sangat. Malah, kulit juga akan dipenuhi ruam yang seakan-akan jerawat.

    Ia boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan dan juga perkongsian barang seperti tempat tidur dan baju.

    6. Penyakit kulit kurap

    jenis jenis penyakit kulit
    Jenis-jenis kurap.

    Kurap atau ringworm juga merupakan salah satu jenis jenis jangkitan kulit yang berlaku disebabkan kulat. Kurap boleh dirawat menggunakan ubat dari farmasi.

    Tanda utama kurap ialah ruam berbentuk cincin, berwarna merah atau perak pada kulit. Kadangkala, ruam ini boleh merebak dan membentuk tompokan pada kulit.

    Sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan kurap. Selalunya ia berlaku melalui jangkitan daripada individu atau haiwan yang dijangkiti.

    7. Kayap, salah satu jenis jenis penyakit kulit

    Kayap merupakan penyakit kulit atau jangkitan virus yang disebabkan oleh varicella-zoster, virus yang sama menyebabkan chicken pox.

    Jangkitan kayap sangat menyakitkan. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

    Kayap bukanlah penyakit yang berbahaya atau boleh mengancam nyawa. Namun, ruam yang muncul boleh menyebabkan ketidakselesaan yang amat sangat.

    Pengambilan vaksin boleh mengurangkan risiko kayap. Rawatan awal juga sangat membantu dalam menangani kayap.

    Penyakit kulit berjangkit, jumpa doktor secepat mungkin!

    Jika anda menghidap salah satu daripada penyakit di atas, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

    Penyakit kulit berjangkit bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling anda, ia juga menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada penghidapnya.

    Dapatkan rawatan secepat mungkin jika anda menghidap salah satu jenis jenis penyakit kulit di atas. 

    Doktor dapat membantu dengan melakukan diagnosis yang bertepatan serta memberikan rawatan yang sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan