Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa wujudnya eyebag di bawah mata? Walaupun masalah ini bukanlah sejenis masalah kesihatan, namun eyebag dan lingkaran gelap bawah mata boleh buatkan kita rasa rendah diri. Adakah dark circle boleh hilang? Jangan risau. Ada banyak cara hilangkan eyebag dengan cepat yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.
Malah, otot di kawasan mata juga boleh menjadi semakin lemah lalu menyebabkan pembentukan eyebag.
Kenapa ada eye bag?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa yang menyebabkan lingkaran hitam bawah mata?
Kenapa ada eye bag?
Ada banyak sebab mengapa kita mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata. Antaranya:
- Diet tinggi garam. Pengambilan makanan yang masin boleh menyebabkan retensi air. Lama-kelamaan, kawasan yang mengalami retensi air ini akan membengkak.
- Alahan. Inflamasi yang berlaku disebabkan alahan juga boleh menyebabkan pembentukan lingkaran gelap bawah mata.
- Penyakit tertentu. Sebagai contoh, penyakit tiroid boleh menyebabkan bawah mata membengkak.
- Genetik. Mereka yang mempunyai eyebag kadangkala mempunyai ibu bapa dengan masalah yang sama.
- Penuaan. Kulit kita akan hilang keanjalan apabila semakin tua.
Ini antara sebab kenapa ada eye bag.
8 cara hilangkan eyebag dengan cepat
Adakah dark circle boleh hilang?
Walaupun lingkaran hitam bukanlah satu masalah yang serius, namun ia sangat sukar untuk dihilangkan meski sudah di’touch-up’ berkali-kali dengan make-up. Namun, itu tidak bermaksud masalah ini tidak dapat diatasi!
Jom, kami terangkan satu-persatu mengenai cara hilangkan eyebag dalam artikel di bawah:
1. Letakkan uncang teh sejuk atas mata
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah meletakkan dua uncang teh sejuk ke atas mata anda selama 3 minit dan voila, anda boleh lihat kesannya serta-merta!
Setiap uncang teh mengandungi kafein yang kaya dengan antioksidan. Malah, ia juga boleh meningkatkan peredaran darah di kawasan mata.
Cara ini bukan sahaja mudah dan murah, ia juga sangat berkesan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Lepas ini, simpan setiap uncang teh dalam bekas dan masukkannya ke dalam peti ais. Apabila bosan, keluarkan dan letakkan bawah mata untuk kelegaan pantas!
2. Jangan lupa tidur!
Benar, tidur yang mencukupi juga adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.
Jika anda tidak dapat tidur yang mencukupi, saluran darah bawah mata akan mengembang dan menyebabkan eyebag.
Jadi, elakkan bersengkang mata sepanjang malam. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 7 jam tidur setiap hari ya!
Cara hilangkan eyebag 3: Minum air dengan mencukupi
Seperti yang kami jelaskan pada awal artikel, diet tinggi garam boleh menyebabkan mata membengkak.
Untuk mengurangkan masalah ini, pastikan anda minum air secukupnya supaya lebihan garam dapat dikeluarkan dari badan.
4. Tekap mata dengan objek sejuk
Objek yang sejuk dapat mengecutkan salur darah bawah mata dan mengurangkan eyebag.
Balut beberapa ketul ais di dalam kain dan tekap perlahan-lahan pada kawasan muka. Anda juga boleh gunakan hirisan timun untuk efek yang sama!
5. Kurangkan makanan bergaram
Makanan bergaram merupakan punca utama eyebag. Jadi, cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang masin.
Lagipun, makanan yang mengandungi garam yang banyak tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan hipertensi dan meningkatkan risiko sakit jantung serta strok!
6. Jangan lupa pakai sunscreen!
Bawah mata merupakan kawasan yang sangat sensitif. Malah, ia boleh rosak jika terdedah terlalu lama kepada cahaya UV.
Pemakaian pelindung matahari dapat membantu menguatkan kulit dan mengurangkan eyebag bawah mata.
7. Buang semua make up sebelum tidur
Jangan lupa, buang semua alat solek yang melekat di kawasan muka sebelum tidur. Semua bahan kimia ini boleh menyebabkan muka menjadi sembap dan berjerawat jika ia dibiarkan sepanjang malam.
Pastikan anda mempunyai rutin untuk membuang make up setiap hari, terutamanya untuk membuang solekan yang melekat di bawah mata.
Cara hilangkan eyebag 8: Jangan merokok!
Mereka yang merokok mempunyai eyebag yang lebih teruk berbanding orang lain. Malah, nikotin yang terkandung dalam rokok juga boleh menyebabkan tidur kita terganggu.
Fakta
Jadi jangan risau jika anda tertanya-tanya adakah dark circle boleh hilang. Cuba praktikkan salah satu cara hilangkan eyebag yang kami cadangkan di atas. Ia mungkin dapat membantu!