Dengan anggaran 8 juta kematian setiap tahun, merokok merupakan punca kematian boleh dicegah nombor satu di dunia. Tambahan pula, kira-kira 1.2 juta kematian tahunan disebabkan bahan tembakau dicatatkan yang melibatkan golongan perokok pasif. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan merokok turut membahayakan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Ancaman dan juga bahaya produk tembakau ini menjadikannya salah satu fokus utama kesihatan awam di setiap negara. Di Malaysia, kerajaan telah berjaya untuk mengorak langkah yang besar dalam menentang penggunaan produk tembakau – daripada meluaskan servis klinik mQuit ke seluruh negara, sehinggalah melaksanakan larangan merokok dalam radius 3 meter daripada restoran dan ruang makan awam yang lain. Dalam usaha untuk membasmi ketagihan nikotin, satu alat baru telah mencetuskan trend dan menjadi cukup popular baik di dalam mahupun di luar negara – vape. Pengguna vape mengatakan bahawa penggunaan alat ini membantu membebaskan diri mereka daripada belenggu nikotin, tetapi selain dakwaan berasaskan anekdot ini, sejauh manakah kebenarannya? Bagaimana pula jika dibandingkan dengan terapi gantian nikotin dalam membantu perokok membebaskan diri mereka daripada belenggu ketagihan nikotin?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen