Walaupun antibiotik jerawat sering disarankan, Dr. Joan Tamburro, Pakar Dermatologi Pediatrik di Cleveland Clinic memberi amaran, mengambil terlalu banyak antibiotik dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Walaupun antibiotik jerawat sering disarankan, Dr. Joan Tamburro, Pakar Dermatologi Pediatrik di Cleveland Clinic memberi amaran, mengambil terlalu banyak antibiotik dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan!
Mengapa beliau berkata begitu? Jom ikuti kupasan artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.
Antibiotik untuk jerawat bernanah cukup berkesan untuk masalah ini dan sering digunakan sebagai rawatan Miss J.
Ia juga selalu dipreskripsikan selama berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun, kerana jerawat adalah kondisi kulit yang kronik.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor bimbang akan penggunaannya, kerana laporan peningkatan kadar rintangan bakteria terhadap antibiotik.
Pakar kesihatan memberi amaran, mengambil antibiotik ini secara berlebihan dan berpanjangan hanya akan mengakibatkan kesan negatif berbanding positif.
Penggunaan antibiotik ini dalam jangka masa panjang bakal mencetuskan rintangan antibiotik, yang menjadikan badan anda tidak lagi sensitif kepada antibiotik itu.
Apabila ini berlaku, antibiotik yang sebelum ini akan membunuh bakteria, atau menghalangnya daripada membiak, tidak lagi berfungsi.
Hari ini, pakar menyatakan, anda tidak lagi boleh mengambil antibiotik oral selama lebih dari 2 atau 3 bulan berturut-turut.
Antibiotik jerawat sahaja tidak mencukupi untuk merawat masalah ini, kata Dr Tamburro. Jerawat adalah kondisi kompleks yang melibatkan 4 faktor:
Tambah Dr. Tamburro lagi, antibiotik bantu mengawal pertumbuhan bakteria, tapi tiada gunanya jika faktor-faktor lain tidak ditangani.
Antara pilihan rawatan yang disyorkan oleh pakar dermatologi, merangkumi:
Kebiasaannya, rejim penjagaan kulit berjerawat dimulakan dengan pencucian wajah dan kemudian dilapisi dengan retinoid topikal.
Antibiotik dalam bentuk topikal pula hanya akan ditambahkan sekiranya 2 jenis rawatan di atas tidak mencukupi.
Pakar turut menekankan kepentingan untuk menggunakan antibiotik topikal dengan benzoil peroksida.
Benzoil peroksida membunuh bakteria dengan cara yang berbeza daripada antibiotik.
Justeru, kombinasi ini dapat mengurangkan risiko pembentukan bakteria tahan antibiotik.
Jika hendak diikutkan, antibiotik jerawat oral sering dipreskripsikan bagi kes-kes yang teruk.
Walau bagaimanapun, penggunaan antibiotik pada kulit menyebabkan kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding yang ditelan dan beredar ke seluruh badan anda.
Secara umumnya juga, antibiotik jerawat topikal dapat digunakan lebih lama berbanding jenis oral, kata Dr. Tamburro.
Untuk jerawat kronik yang tidak bertindak balas terhadap rawatan biasa, ada pilihan lain:
Ya, jerawat yang berlaku di usia remaja mungkin dianggap normal, dan semakin muda usia saat akne terjadi, semakin awal ia akan menghilang.
Pun begitu, mereka yang lambat akil baligh mungkin akan mengalami jerawat hingga ke usia 20-an.
Harus anda fahami, pembentukan Miss J turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain selain perubahan hormon.
Rejim penjagaan kulit, tabiat dan kebersihan diri yang lemah, pemakanan serta penggunaan kosmetik menjadi antara faktor lain yang boleh memicu akne.
Jerawat biasanya akan mereda dengan sendirinya, tetapi rawatan harus dilakukan jika ia sampai mengganggu penampilan dan keyakinan diri.
Selain itu, jerawat perlu dirawat untuk mencegah daripada meninggalkan kesan parut serta perubahan warna kulit.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen