home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kulit Sudah Berjerawat Tapi Masih Nak Pakai Mekap, Aik, Salah Ke? Ini Jawapan Tepat Untuk Anda!

Kulit Sudah Berjerawat Tapi Masih Nak Pakai Mekap, Aik, Salah Ke? Ini Jawapan Tepat Untuk Anda!

Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana faktor kulit berjerawat anda.

Selain itu, ibu anda juga memberikan alasan yang sama, tetapi anda tidak mampu untuk melangkah keluar rumah tanpa sebarang solekan!

Jadi, apakah penyelesaiannya? Betulkah makeup menyebabkan jerawat pada kulit? Orang yang mempunyai masalah kulit ini memang tidak boleh memakai sebarang solekan ke?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Adakah makeup menyebabkan jerawat?

Tanpa rutin pembersihan wajah yang betul, ramai individu ‘membiakkan’ whiteheads ataupun blackhead di permukaan kulit.

Sekiranya anda ditumbuhi jerawat di bahagian bibir, gincu atau lip balm anda mungkin boleh menjadi penyebabnya.

Kulit berjerawat yang disebabkan oleh pemakaian alat solek akan memerlukan masa untuk muncul.

Sekiranya rutin pembersihan yang tidak sempurna dilakukan secara berulang, risiko untuk jerawat muncul dengan cepat adalah lebih tinggi!

Di samping itu, sekiranya anda sentiasa top-up solekan di atas bahagian kulit yang berjerawat, kitaran ini akan sentiasa berulang dan tidak akan menemui jalan penamat.

Memang benar, sesetengah bahan kimia dalam alat solek mampu menyebabkan jerawat namun ia lebih cenderung untuk terjadi terhadap mereka yang memiliki kulit sensitif.

Pemakaian makeup tidak sepatutnya menjadi satu punca masalah kerana dengan rutin mencuci muka yang betul, masalah kulit berjerawat dapat dicegah.

Memakai solekan adalah okay, walaupun anda mempunyai kulit berjerawat

jerawat dewasa

Memakai alat solek tidak perlu bertentangan dengan matlamat kulit yang anda ingin kecapi. Anda boleh sahaja memakai alat solek, walaupun mempunyai kulit berjerawat.

Makeup juga sebenarnya boleh memberi kesan positif terhadap kehidupan anda, terutamanya dari segi mental dan emosi.

Sekiranya anda berasa malu dengan keadaan kulit anda, solekan dapat memberi anda solusi yang sangat diperlukan.

Oleh itu, jika alat solek dapat menolong anda berasa lebih yakin dengan diri sendiri, pakai sahaja tanpa risau ya!

Untuk memakai solekan bagi kulit berjerawat, Pakar Dermatologi, Dr. Rebecca Kazin mengesyorkan tip-tip berikut:

  • Pilih alat solek dengan teliti

Dengan begitu banyak produk yang terdapat di pasaran, anda mungkin perlu mencuba pelbagai jenis alat solek untuk mengenal pasti produk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda.

Semasa memilih alat solek, cari produk yang mempunyai label “bebas komedogenik”, “bebas minyak” atau “tidak menyumbat liang pori”.

Jika sebaliknya, kandungan-kandungan ini cenderung untuk menyebabkan masalah jerawat.

  • Gunakan aplikator solekan

Elakkan memakai makeup dengan hanya menggunakan jari anda, yang boleh memindahkan minyak dan potensi kuman dari jari ke wajah anda.

Sebagai gantinya, gunakan aplikator solekan, seperti berus mahupun sponge ketika mengenakan alat solek.

Basuh berus anda dengan sabun dan air setiap 7 hingga 10 hari untuk mengelakkan potensi terjadinya jerawat baharu.

Ini kerana berus solek yang tidak dibersihkan dengan betul dapat mengumpulkan sisa produk, kotoran, minyak dan juga bakteria.

  • JANGAN BERKONGSI produk solek atau aplikator solekan!

Jerawat tidak akan berjangkit. Walau bagaimanapun, penyebab-penyebab jerawat, termasuk bakteria, sel kulit mati dan minyak daripada kulit individu lain, boleh melekat pada alat solek dan aplikator anda.

Ini boleh menyebabkan punca terjadi jerawat baharu!

Jadi sudah tiba masanya untuk anda tidak membiarkan sesiapa pun menggunakan alat solek anda, bukan kerana kedekut tetapi demi kesihatan dan kebersihan kulit wajah anda juga.

  • Tanggalkan makeup anda sebelum tidur

Gunakan makeup remover yang paling sesuai dengan jenis kulit wajah anda, dan kemudian cuci muka anda menggunakan pembersih yang lembut serta tidak mengeringkan.

Elakkan menggosok wajah anda, walaupun ketika menanggalkan alat solek kerana ia mampu merengsakan kulit.

Sekiranya anda menggunakan ubat jerawat pada waktu malam, lakukan selepas rutin pembersihan, dan diikuti oleh pelembap bukan komedogenik.

Atasi punca-punca masalah ini

kulit berjerawat

Tidak kira apa yang orang di sekitar anda katakan, solekan bukanlah penyebab utama jerawat anda!

Jerawat mempunyai tiga penyebab utama iaitu kelenjar minyak yang terlalu aktif, banyak sel kulit mati, dan pembiakan bakteria.

Faktor-faktor ini semuanya mempunyai komponen genetik, dan tidak ada kaitan dengan cara anda memakai makeup.

Walaupun anda mengamalkan bare face setiap hari selama setahun, ia masih tidak cukup untuk membersihkan kulit anda daripada jerawat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes/makeup
  2. https://www.acne.org/makeup-acne.html
  3. https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/habits-stop
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047
  5. https://www.niams.nih.gov/health-topics/acne
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 21/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan