backup og meta

Ais Batu Hilangkan Parut Jerawat? Ini Rahsia Kulit Bersih Orang Iceland!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2023

    Ais Batu Hilangkan Parut Jerawat? Ini Rahsia Kulit Bersih Orang Iceland!

    Masalah parut jerawat tidak juga hilang walau sudah cuba pelbagai cara dan kaedah? Mungkin ini masa paling tepat bagi anda mengambil manfaat ais batu untuk wajah yang boleh membantu! Jom terus baca artikel dan ambil tahu lebih lanjut tentangnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa dia manfaat ais batu untuk wajah?

    Untuk pengetahuan anda semua, ais batu telah lama digunakan sebagai terapi kesihatan dan lebih popular dengan istilah cryotherapy bagi merawat kecederaan atau kesakitan tubuh badan.

    Lazimnya, terapi ini biasa digunakan bagi merawat lebam dan bengkak pada kulit akibat gangguan sistem saraf, darah serta otot. Kemudian, fungsinya mula berubah ke arah rutin kecantikan.

    Perawatan ais batu atau skin icing pada kulit wajah kian popular kini. Ramai yang percaya bahawa ia adalah rawatan terbaik untuk menyelesaikan masalah pada kulit terutama kawasan muka.

    manfaat ais batu untuk wajah

    Selain mencegah kedut dan kerut agar sentiasa awet muda, manfaat ais batu untuk wajah yang lain adalah ia mungkin mampu melawan masalah parut jerawat yang mengganggu hidup individu.

    Persoalannya, adakah benar jika ais batu untuk parut jerawat itu bagus atau hanya omong kosong?

    Kepercayaan tradisi masyarakat Iceland

    Tahukah anda rutin skin icing bermula daripada sebuah negara kecil di Eropah bernama Iceland?

    Sebenarnya, masyarakat negara itu telah lama menggunakan ais batu bersama dengan variasi jenis bunga serta herba tradisional mereka di dalam rejim kecantikan kulit dan tubuh badan.

    Menurut ensiklopedia Icelandic Herbs and Their Medicinal Uses, masyarakat negara Iceland amat sinonim dengan penggunaan ais batu di wajah kerana percaya ia mungkin baik untuk organ kulit.

    Kepercayaan ini mungkin tidak salah kerana sifat ais yang dingin dan segar memiliki potensi besar untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan keradangan dan merelakskan ketegangan pada kulit sekali gus menjadikan kulit lebih sihat, bersih serta cantik.

    Berkesan, ais batu untuk parut jerawat!

    Masalah parut jerawat memang sukar untuk hilang meskipun anda sudah cuba pelbagai jenis ubat, krim, gel dan banyak lagi cara moden atau tradisional. Jadi, mungkinkah ais batu adalah jalan penyelesaiannya?

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Pertama, ais batu dipercayai mampu mengecutkan jerawat di kulit muka tidak kira jenis pasir, batu atau bernanah dengan hanya menuamkan ia pada jerawat yang telah lama menghantui anda.

    manfaat ais batu untuk wajah

    Selepas jerawat mula kecut, ia akan mengambil sedikit masa untuk memudar atau menghilang lalu meninggalkan bekas parut. Dengan cara yang sama, parut jerawat ini juga boleh disingkirkan.

    Selain menyingkirkan parut jerawat, ramai pakar kulit percaya bahawa terapi skin icing juga bagus untuk masalah parut akibat luka dan cacar sekali gus menawarkan manfaat yang lebih banyak.

    Pun begitu, kajian lanjutan masih perlu agar kita semua dapat memastikan kesahihan prosedur ini kerana ia hanya bersandarkan kepada pengalaman dan pengamalan masyarakat tertentu!

    Bagaimana cara menggunakan ais di muka?

    Sebelum pergi lebih lanjut, penting untuk individu tahu bahawa waktu yang sesuai letak ais di muka adalah di malam hari kerana pada ketika itu kulit sedang berada di dalam proses pemulihan atau pembaikan secara semula jadi!

    Buat anda yang mahu cuba, boleh rujuk senarai langkah betul untuk skin icing seperti di bawah ini:

    1. Buat kiub ais batu menggunakan air yang sudah dimasak pada suhu tepat – air yang tidak dimasak mungkin tinggi dengan klorin dan kuman lantas boleh membahayakan kulit.
    2. Tuam, urut dan biar ais batu pada parut jerawat selama beberapa detik sehingga rasa kebas.
    3. Sapu juga bahan lain seperti timun, tomato serta lidah buaya untuk kesan lebih maksimum.
    4. Ulang proses ini beberapa kali dalam sehari atau seminggu.

    manfaat ais batu untuk wajah

    Meskipun manfaat ais batu untuk wajah ini diperakui oleh pakar dan dipercayai tiada kesan buruk, anda dinasihatkan untuk segera menghentikan rutin ini jika ia mula mendatangkan mudarat.

    Apa lagi manfaat ais batu untuk wajah?

    Dalam pada itu, wujud banyak lagi manfaat letak ais di muka sebelum tidur selain bagus bagi parut jerawat di kulit muka. Berikut adalah antara manfaat ais batu untuk wajah yang lain:

    • Mengatasi masalah kulit berjeragat
    • Mengatasi masalah kulit berminyak
    • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
    • Menjadikan solekan tahan lebih lama
    • Mencerahkan tona warna kulit
    • Merawat selaran matahari (sunburn)

    Konklusinya, mungkin ada banyak manfaat ais batu untuk wajah tetapi masih perlu kajian lanjutan scara saintifik agar kita semua dapat benar-benar pasti tentang ‘penemuan’ ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan