backup og meta

Hilangkan Jerawat Badan Dengan 6 Bahan Natural Ini, Selamat Dan Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2022

    Hilangkan Jerawat Badan Dengan 6 Bahan Natural Ini, Selamat Dan Berkesan!

    Selain di muka, akne juga boleh tumbuh di setiap pelosok tubuh badan anda. Maka, tidak hairan jika ramai individu yang gemar mencari dan mencuba cara menghilangkan jerawat badan.

    Kadangkala, anda mungkin hanya perlu ke dapur untuk menemukan bahan tepat. Jom terus baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa akne juga boleh muncul di badan?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, jerawat akan tumbuh akibat banyak faktor seperti genetik, hormon, penyakit, alahan, pakaian, ubatan serta salah cara dalam aspek penjagaan kulit.

    Kebiasaannya, jerawat badan akan tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika dibiarkan, maka wujud risiko muncul tompok hitam, parut dan keloid.

    Selain faktor di atas tadi, jerawat juga boleh muncul di badan angkara jumlah minyak atau sebum yang berlebihan. Alasannya, folikel rambut di tubuh anda akan jadi tersumbat sekali gus memicu bakteria untuk hadir lantas membentuk jerawat.

    Cara menghilangkan jerawat badan itu lebih sukar berbanding jerawat wajah kerana ia melibatkan kawasan yang lebih luas dan besar. Maka, individu perlu berusaha lebih untuk menyelesaikan masalah ini, jelas Pakar Dermatologi, Dr Debra Jaliman.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    cara menghilangkan jerawat badan

    Persoalannya, bagaimana bahan di dapur itu boleh membantu merawat masalah jerawat badan secara semula jadi? Usah khuatir lagi, kami akan menyenaraikan bahan dan sebab ia efektif!

    Ini cara menghilangkan jerawat badan natural!

    Tidak dinafikan, kita semua digalakkan untuk mendapatkan rawatan serta ubatan klinikal dalam usaha untuk menyelesaikan masalah jerawat. Namun, tidak salah cuba cara tradisional berikut:

    Cara menghilangkan jerawat badan #1. Timun

    Turut popular digunakan sebagai masker untuk lingkaran gelap di bawah mata, siapa sangka jika sayuran ini juga bagus diletakkan pada badan dalam usaha untuk menghilangkan jerawat.

    Keistimewaan ini mungkin disebabkan oleh kandungan magnesium, potasium, vitamin A, C dan K yang bagus untuk kulit. Selain masalah jerawat, isu kulit kering juga mampu diselesaikan.

    Ia turut boleh diminum sebagai jus timun yang bagus untuk kesihatan sistem penghadaman anda.

    #2. Penggunaan gel lidah buaya

    Tidak lagi perlu diperkenalkan, aloe vera ini memang sudah sangat terkenal digunakan pada kulit serta rambut sejak dari zaman dulu lagi ekoran sifatnya yang antiradang dan antioksidan.

    Disebabkan itu pula, ia bakal membantu anda meredakan keradangan kulit akibat jerawat. Cara penggunaannya juga amat mudah yakni hanya dengan menyapukan gel ini di jerawat badan.

    cara menghilangkan jerawat badan

    #3. Penyapuan ekstrak minyak kelapa

    Satu lagi bahan yang juga popular untuk kulit dan rambut, minyak daripada pokok kelapa ini memiliki sifat antiradang serta antimikroba sekali gus bagus untuk melawan bakteria punca jerawat.

    Alasannya, ia tinggi dengan asid dan asid laurat. Penyapuannya di kulit yang ada masalah jerawat dipercayai mampu untuk menyingkirkan bakteria serta mengecilkan folikel rambut terbuka.

    Cara menghilangkan jerawat tubuh #4. Kunyit

    Buat anda yang peka dengan trend kesihatan dan kecantikan, masker yang diperbuat daripada bahan kunyit sangat popular kini. Ini kerana rempah kunyit mengandungi sebatian khas kurkumin.

    Kurkumin ini ada sifat antiradang dan antimikroba yang boleh membantu merawat isu jerawat. Namun jangan terus menggunakan serbuknya pada kulit sebaliknya campurkan ia dengan sedikit air dahulu untuk dijadikan pes atau krim sapuan.

    Cara menghilangkan jerawat tubuh #5. Bawang

    Cara menghilangkan jerawat badan dengan bahan alami di dapur yang seterusnya pula adalah bawang putih. Selain masalah jerawat, rempah ini juga sangat bagus untuk mengurangkan panau.

    Ini kerana ia mengandungi sebatian sulfur thiacremonon, yang boleh membantu mencegah lantas merawat keradangan angkara jerawat. Tidak perlu dikisar menjadi cair, ia hanya perlu dipotong dan disapu pada kulit yang mengalami masalah ini.

    #6. Pengamalan air buah lemon

    cara menghilangkan jerawat badan

    Buah sitrus ini memang popular dengan sifat antiradang dan antibakteria yang boleh membantu mengurangkan keradangan akibat jerawat. Jadi, ia sesuai untuk disapukan pada kulit anda.

    Cuma, anda perlu ingat bahawa air dari buah lemon ini bersifat asid dan boleh menghakis kulit anda. Jadi, elak daripada menggunakan ia di saat kulit anda sedang mengalami radang yang teruk.

    Konklusinya, ada banyak cara menghilangkan jerawat badan sama ada secara semula jadi atau metode saintifik. Sebaiknya, dapatkan pandangan atau saranan daripada pakar kulit terlebih dahulu sebelum cuba sebarang cara di atas atau kaedah lain ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan