backup og meta

Penyakit 'Blue Waffle', Benarkah Ia Wujud Akibat Jangkitan Seksual Wanita?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Penyakit 'Blue Waffle', Benarkah Ia Wujud Akibat Jangkitan Seksual Wanita?

    Pada tahun 2010, sebuah foto yang menunjukkan faraj dengan bibir berwarna biru dan bernanah teruk telah tersebar di internet dengan tajuk ‘Penyakit Wafel Biru’. Ini katanya contoh penyakit jangkitan seksual wanita.

    Jika anda tidak percaya, silalah lakukan carian di laman sesawang Google dengan kata kunci Blue Waffle Disease meskipun pihak kami sangat tidak menyarankannya.

    Persoalannya, adakah contoh penyakit jangkitan seksual wanita ini memang benar wujud atau sekadar rekaan semata? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Contoh penyakit jangkitan seksual wanita adalah wafel biru?

    Selepas penularan foto ngeri ini di seluruh pelosok ruang maya, orang ramai terutamanya wanita sudah mula panik dan khuatir jika penyakit ini memang benar wujud.

    Penyakit ini mula menjadi liputan media antarabangsa apabila seorang Ahli Dewan di Amerika Syarikat menyatakan ia benar wujud dan telah meragut 85 nyawa wanita.

    Angkara angka yang diperkatakan itu, orang ramai kian percaya bahawa jika ia adalah antara contoh penyakit jangkitan seksual (STD) yang baru terhadap golongan wanita.

    Penyakit ini dipercayai boleh tersebar dan berjangkit kepada wanita lantas menyebabkan bibir faraj berwarna biru dan bernanah teruk, sesuai dengan namanya.

    contoh penyakit jangkitan seksual

    Pun begitu, penyakit ini telah disangkal oleh ramai profesional yang mengatakan ia tidak benar!

    Adakah wujud penyakit wafel biru?

    Setelah bertahun foto ngeri berkaitan penyakit jangkitan seksual wanita ini berlegar di internet, ada 2 kelompok individu yang percaya dengan perkara tersebut, dan ada juga yang tidak percaya.

    Pada tahun 2017, Dr. Anita Ravi dengan ulasannya dalam laman sesawang Annals of Internal Medicine telah memutuskan bahawa penyakit ini tidak wujud.

    “Ia hanyalah sekadar penipuan di internet dengan teknik penyuntingan gambar yang sengaja dicipta untuk mengundang bencana” jelas Dr Ravi.

    Kenyataan ini turut disokong Dr. Christine Greves dari Orlando Health di Florida yang mengatakan beliau tidak pernah tahu dan percaya dengan penyakit itu.

    “Penyakit wafel biru tidak perlu menjadi mimpi ngeri wanita kerana ia memang tidak wujud melainkan sekadar mainan di internet”, jelas Dr Greves.

    Mungkin ada contoh penyakit jangkitan seksual wanita yang serupa?

    contoh penyakit jangkitan seksual

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, penyakit wafel biru ini adalah tidak wujud dan foto yang tersebar di internet itu adalah hasil suntingan semata-mata.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa ada penyakit jangkitan seksual yang mungkin mirip dengannya namun tidaklah seteruk seperti di dalam foto tersebut.

    Contohnya, virus Herpes Simplex boleh menyerang faraj lantas membuat ia bengkak, terluka dan bernanah tetapi tidak akan menyebabkan faraj berubah berwarna biru.

    Ini menunjukkan bahawa jika mungkin ada penyakit yang hampir serupa sekalipun, ia bukanlah seteruk seperti mana yang digembar-gemburkan di ruang maya.

    Meskipun sehingga kini masih tidak wujud sebarang kes yang membabitkan gejala seperti penyakit wafel biru ini, wanita masih perlu berwaspada dengan STD.

    Penyakit jangkitan seksual wanita itu memang wujud!

    Wanita mungkin sudah boleh buang ke tepi penyakit wafel biru, tetapi masih perlu percaya dan waspada terhadap contoh penyakit jangkitan seksual yang lain, seperti berikut:

    contoh penyakit jangkitan seksual

    Vaginosis bakteria

    Kondisi ini adalah jangkitan pada faraj paling umum dan biasa menyerang wanita berusia 15 – 44 tahun, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

    Ia berlaku akibat ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat pada faraj angkara gangguan kadar pH, seks tidak selamat serta penjagaan faraj yang salah.

    Klamidia

    Bukan hanya wanita, lelaki juga boleh terkena kondisi ini jika kerap mengamalkan aktiviti seksual yang tidak selamat sama ada secara seks faraj, anal atau oral.

    Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan menjejaskan kesuburan wanita. Ia boleh dirawat namun memerlukan kerjasama anda dan pasangan.

    Gonorea

    Tidak hanya wanita, lelaki juga boleh terkena kondisi ini jika kerap mengamalkan aktiviti seksual yang tidak selamat sama ada secara seks faraj, anal atau oral.

    Kondisi ini bukan sahaja akan menjejaskan alat sulit malahan juga kawasan rektum dan tekak serta perlu dirawat dengan kadar segera untuk elak komplikasi.

    Human papillomavirus (HPV)

    Menurut National Cancer Institute, terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis HPV lantas menjadikan ia penyakit jangkitan seksual yang paling kerap berlaku dan berbahaya.

    Ia boleh dikesan melalui kewujudan ketuat kecil pada alat sulit pada awalnya yang mungkin boleh bertambah saiz jika dibiarkan tanpa mendapat sebarang rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan