- Menyebabkan anda berasa cemas untuk tidur.
- Mengakibatkan gangguan tidur yang kerap.
- Menyebabkan masalah tidur atau masalah psikologi yang lain.
Ia merupakan satu kebiasaan untuk mengalami igauan buruk sekala-sekala dalam hidup. Walau bagaimanapun, menurut American Sleep Association, dianggarkan lebih kurang 5 peratus penduduk Amerika mengalami igauan buruk berterusan sebagai gangguan tidur.
Apa yang pengaruhi mimpi?
Beberapa faktor yang mempengaruhi kita ketika berjaga juga boleh mempengaruhi mimpi kita, antaranya:
Kesihatan
Salah satu pengaruh besar mimpi adalah jumlah tidur anda. Kuantiti tidur yang kurang selama satu atau dua hari (atau mungkin lebih) boleh menyebabkan bahagian otak anda menjadi lebih aktif yang berkemungkinan akan menyebabkan anda mengalami tidur REM. Anda mungkin akan mengingati mimpi anda dengan lebih jelas jika anda kurang tidur.
Proses kehamilan juga membuatkan mimpi anda lebih jelas. Peningkatan pengeluaran hormon akan memberi kesan kepada otak memproses pemikiran dan emosi.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan panik, serta gangguan bipolar dan keadaan yang berkaitan dengan emosi, boleh mencetus dan ada kalanya menganggu mimpi atau menyebabkan igauan buruk. Kesan pengambilan ubatan termasuk antidepresan dan antipsikotik, juga mempunyai kaitan dengan risiko lebih tinggi untuk mengalami igauan buruk.
Makanan
Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong bahawa makanan tertentu boleh membawa kepada mimpi yang baik atau igauan. Tetapi jelas bahawa terdapat sesetengah makanan boleh menetapkan anda pada tahap yang lebih baik untuk lebih mengingati apa yang anda mimpikan.
Sebagai contoh makanan tinggi karbohidrat dapat memberikan anda lebih tenaga, namun selepas beberapa ketika ia boleh menyebabkan anda menjadi murung. Apa-apa yang mendatangkan kesan ketika anda sedar dan berjaga, turut akan memiliki kesan pada ketika anda sedang tidur. Oleh itu, jika terlebih gula akan menyebabkan anda lebih gembira dan aktif, maka perasaan itu juga akan berlaku ketika anda tidur.
Selain itu, makanan yang berkemungkinan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam, turut akan mengakibatkan anda mengalami gangguan tidur pada tahap REM. apabila ia berlaku, anda akan dapat mengingati dengan lebih jelas tentang mimpi anda.
Aktiviti harian
Dalam satu penyelidikan kecil mendapati satu cara yang baik untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak adalah untuk bersenam pada waktu pagi. Senaman kardio atau jogging sebelum tengah hari membantu anda untuk cenderung tidur lebih cepat dan kualiti tidur yang lebih baik berbanding jika anda tidak bersenam atau bersenam pada waktu malam.
Adalah lebih baik jika anda dapat mengurangkan tekanan pada waktu siang, agar anda tidak akan membawa emosi tekanan anda sewaktu tidur dan menyebabkan anda mengalami kegelisahan. Ia sekali gus dapat membantu mengurangkan peratusan untuk mengalami mimpi buruk atau tidur malam yang terganggu.
Bagaimana untuk mengingati mimpi?
Antara sebab kenapa mimpi sukar untuk diingati adalah kerana kimia otak yang berkaitan dengan memori – norepinephrine – dan aktiviti elektrik otak yang membantu proses ingatan berada pada tahap yang rendah ketika bermimpi dan tidur.
Malah jika anda bermimpi dan tidak bangun ketika bermimpi, anda tidak akan mengingatinya. Mimpi yang anda ingat adalah mimpi yang berlangsung ketika anda terbangun.
Dua cara untuk membantu anda agar dapat mengingati apa yang anda mimpikan. Pertama adalah dengan memberitahu diri anda sebelum anda tidur bahawa anda mahu mengingati mimpi anda. Jika itu adalah apa yang anda fikirkan sebelum tidur, anda mungkin akan lebih cenderung untuk bangun dengan mimpi yang masih segar dalam ingatan anda.
Cara yang kedua, memandangkan memori tentang apa yang anda mimpikan mudah diganggu, jadi anda mungkin perlu cuba untuk mengingati lebih banyak mimpi anda sebaik sahaja anda terjaga. Jangan bangun dari katil atau memikir tentang perkara lain. Cuba untuk memahami dan mengingati imej atau memori yang anda dapat dan catatkan pada buku catatan atau pada telefon anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.