home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

4 Penyebab Utama Penyakit Kelamin Wanita

4 Penyebab Utama Penyakit Kelamin Wanita

Mengalami penyakit ginekologi (penyakit kelamin wanita) menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Tetapi apa punca-punca penyakit kelamin yang biasa berlaku? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut mengenai empat sebab utama penyakit kelamin wanita yang biasa berlaku.

Apa yang anda tahu tentang penyakit kelamin wanita?

Penyakit ginekologi dilihat sebagai gangguan yang mempunyai kesan signifikan terhadap fungsi sistem reproduktif wanita.

Simptom yang paling kerap berlaku dalam gangguan ginekologi adalah gatal-gatal pada vagina, lendiran faraj, sakit pelvis, pendarahan faraj yang tidak normal, sakit payudara serta ketulan payudara. Tahap tanda-tanda ini biasanya bergantung pada usia wanita kerana simptom-simptom ini boleh dipengaruhi perubahan hormon dan penuaan.

Di samping itu, bulu badan berlebihan (hirsutism), kadangkala dianggap sebagai simptom ginekologi kerana pertumbuhan bulu yang terlalu banyak boleh dianggap tidak normal dalam wanita. Keadaan ini berkaitan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi (testosteron) yang mempengaruhi sistem pembiakan wanita.

4 penyebab utama penyakit kelamin wanita

Berikut merupakan 4 penyebab utama penyakit kelamin yang biasa berlaku pada wanita:

Human Papillomavirus (HPV)

Seorang wanita mungkin dijangkiti HPV pada bila-bila masa sepanjang usianya. Keadaan ini hanya boleh dikawal tetapi tidak akan sembuh. Sesetengah wanita yang mempunyai HPV tidak menunjukkan tanda-tanda yang menunjukkan serangan virus. Mereka hanya mengetahui sama ada mereka mempunyai HPV atau tidak melalui ujian yang dipanggil Pap smear.

Sebaliknya, wanita lain dengan HPV mempunyai simptom seperti ketuat kelamin yang biasanya berwarna putih, ungu, atau kelabu dan tumbuh di dalam vagina atau dubur, vulva atau pangkal paha. Orang yang mempunyai ketuat kelamin biasanya mengalami rasa sakit. Sesetengah jenis HPV juga boleh menyebabkan kanser serviks atau komplikasi pada serviks.

Vaginitis tidak berjangkit

Vaginitis (keradangan pada faraj) yang tidak berjangkit adalah kesan tindak balas alahan atau kerengsaan kepada krim faraj, semburan, sabun, detergen atau pelembut fabrik. Simptom ini akan hilang dalam masa yang singkat apabila anda berhenti menggunakan produk yang menyebabkan vaginitis tidak berjangkit tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mencari rawatan, doktor anda boleh mencadangkan krim tertentu untuk mengurangkan kerengsaan sehingga tindak balas alahan hilang.

Jangkitan yis

Jangkitan yis adalah jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida. Simptom yang paling penting dalam jangkitan yis termasuk lendiran faraj yang tebal dan putih. Sesetengah wanita mengalami lendiran dan turut mengalami vulva yang gatal dan merah. Rawatan untuk jangkitan yis boleh didapati dengan mudah kerana kebanyakannya adalah produk tanpa preskripsi. Walau bagaimanapun, jika anda mengesyaki bahawa anda mengalami jangkitan yis, lebih baik anda menemui doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut.

Vaginosis bakteria

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan bakteria yang wujud dalam vagina. Wanita yang mempunyai keadaan ni biasanya mengalami lendiran faraj yang nipis, dengan bau yang hanyir. Dalam kes ini, anda perlu menemui doktor untuk rawatan dan pengambilan ubat.

Mempunyai gangguan ginekologi boleh menjejaskan kehidupan anda dalam banyak aspek. Oleh itu, adalah disyorkan agar wanita mengunjungi klinik kesihatan secara berkala untuk memastikan tubuh mereka sihat tanpa sebarang penyakit.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Gynecological Disorders. http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=41176 Accessed January 26, 2017

Gynecologic Diseases and Disorders. https://www.nichd.nih.gov/about/org/der/branches/ghdb/programs/Pages/gynecologic-diseases-disorders.aspx

Accessed January 26, 2017

Gynecological Conditions. https://www.ucsfhealth.org/conditions/gynecological_conditions/ Accessed January 26, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel