backup og meta

Bukan Hanya Di Badan, Benarkah Panau Juga Boleh Muncul Pada Alat Sulit?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Bukan Hanya Di Badan, Benarkah Panau Juga Boleh Muncul Pada Alat Sulit?

    Meskipun keadaan kesihatan berkaitan kulit ini sering berlaku, namun mungkin masih ramai yang belum tahu apa punca panau itu tumbuh pada tubuh badan.

    Kerap dikaitkan dengan tabiat mandi selepas berpeluh, sebenarnya panau adalah sejenis jangkitan pada kulit yang jadi punca munculnya ‘peta dunia’.

    Bukan sahaja di badan, kondisi kulit ini juga boleh berlaku pada alat sulit? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu panau?

    Untuk pengetahuan anda, panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan yis pada kulit yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia.

    Ia akan menyebabkan kulit anda timbul tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu bergantung pada warna kulit.

    Tompokon yang seakan ‘peta dunia’ ini cenderung berbentuk bulat atau bujur dan kadangkala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas.

    Kebiasaannya, ia akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kepala, dada serta belakang badan anda.

    Selain daripada menjejaskan penampilan, penderita jangkitan kulat ini juga mungkin akan berasa gatal dan sakit pada kawasan kulit yang mengalaminya.

    punca panau

    Apa punca panau?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca panau boleh wujud pada kulit adalah disebabkan oleh jangkitan kulat jenis genus Malassezia.

    Punca panau sering kali dikaitkan dengan tabiat mandi selepas berpeluh sedangkan sehingga kini masih tiada sebarang bukti saintifik yang berjaya membuktikan dakwaan itu.

    Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi faktor risiko kepada jangkitan kulat pada kulit yang membawa punca panau berlaku termasuklah:

    • Kulit berminyak
    • Kerap berpeluh
    • Sistem imun tidak kuat
    • Cuaca panas dan lembap
    • Selalu memakai pakaian yang lembap atau basah
    • Kurang menjaga kebersihan diri
    • Kelenjar adrenal telah dibuang

    Dalam pada itu, panau juga telah terbukti mampu terjadi di mana-mana bahagian pada tubuh badan dan ini mungkin termasuk pada alat sulit lelaki dan wanita.

    Benarkah ia juga boleh wujud pada alat sulit?

    Sebenarnya, kondisi panau itu memang boleh terjadi di  mana-mana bahagian pada tubuh badan manusia terutamanya pada kulit yang banyak kelenjar minyak.

    Ini bermakna bahawa ia juga boleh wujud pada sekitar alat sulit lelaki atau wanita!

    Pun begitu, mungkin ada satu lagi kondisi lain yang sering disalah ertikan sebagai Tinea versicolor, yang wujud pada alat sulit dikenali dengan nama Tinea cruris.

    Sama seperti kondisi Tinea versicolor, Tinea cruris juga berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan kulat namun hanya kerap terjadi pada bahagian celah kulit.

    Selain alat sulit, bahagian celah kulit lain tersebut adalah kelangkang, ketiak, leher, atas siku, belakang lutut serta lain-lain tempat lagi yang agak tersorok.

    Bagaimana cara rawat kondisi panau?

    punca panau

    Dalam usaha untuk menghilangkan panau atau kondisi seumpamanya ini, terdapat beberapa tip yang kalian wajar ikuti seperti berikut:

    #1. Penggunaan ubatan sapuan

    Ubatan topikal seperti Clotrimazole, Miconazole, Ketoconazole, Fluconazole, Itraconazole dan lain-lain yang dipreskripsikan doktor mampu membantu rawatan.

    #2. Penggunaan bahan alternatif

    Selain ubatan klinikal, anda juga boleh menggunakan bahan alternatif di rumah seperti bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cendana, limau, kapur dan mentega.

    #3. Pengambilan vitamin & suplemen

    Anda juga sangat disarankan untuk mengambil suplemen vitamin C yang ternyata bagus untuk kulit dalam usaha untuk menghilangkan punca panau ini.

    Rawat panau dengan cara nombor 4. Jaga kebersihan

    Paling penting, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan cara kerap mandi bagi menghalang setiap pertumbuhan dan penyebaran kulat pada kulit.

    punca panau

    Jangan biarkan punca panau melarat!

    Panau adalah salah satu keadaan kesihatan berkaitan kulit yang sangat menjengkelkan dan sudah pasti akan menjejaskan kehidupan seharian penderitanya.

    Bayangkan jika ia muncul pada alat sulit. Meskipun kawasan ini agak tertutup, ia mungkin akan membuat kalian berasa bimbang dan tidak yakin dengan pasangan.

    Konklusinya, anda semua tidak boleh biarkan kondisi kulit ini dengan begitu sahaja dan melarat kerana telah wujud banyak petua untuk menghilangkannya.

    Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau persoalan mengenai panau atau kondisi seumpamanya, sila berjumpa dengan doktor untuk informasi lebih lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan