Vaginitis, sebuah perkataan yang menggambarkan kondisi berkaitan jangkitan atau keradangan vagina, ia turut dikenali dengan nama vulvovaginitis.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Vaginitis, sebuah perkataan yang menggambarkan kondisi berkaitan jangkitan atau keradangan vagina, ia turut dikenali dengan nama vulvovaginitis.
Penyakit vaginitis turut merangkumi kondisi dengan gejala
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/penyakit-vaginitis/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/penyakit-vaginitis/”>keputihan yang tidak normal, faraj berbau, kerengsaan, gatal-gatal, atau sensasi terbakar.
Antara punca yang paling kerap menyumbang kepada kejadian vaginitis adalah vaginosis bakteria (BV), jangkitan kulat kandida, dan trichomoniasis.
Adakah masalah keradangan vagina ini turut dipicu oleh penyakit kelamin? Bagaimana ia terjadi?
Jika anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/”>di sini.
Vaginitis adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai kondisi yang menyebabkan jangkitan atau keradangan vagina.
Vulvovaginitis pula merujuk kepada keradangan pada faraj dan vulva (alat kelamin luaran wanita).
Selain terpaksa menderita ketidakselesaan, penghidap mungkin turut alami perubahan bau faraj.
Kondisi ini boleh berlaku akibat jangkitan yang disebabkan oleh organisma seperti bakteria, kulat, mahupun virus.
Bukan itu sahaja, bahan kimia di dalam sabun, semburan, atau bahkan pakaian yang bersentuhan dengan kawasan intim turut berupaya memicu penyakit vaginitis.
Dalam beberapa kes pula, vaginitis boleh berpunca dek organisma yang dipindahkan antara pasangan secara seksual, kekeringan faraj atau kekurangan estrogen.
Sesetengah penyebab vaginitis berjangkit merupakan penyakit kelamin (STD), namun bukan semua jangkitan faraj menular secara seksual.
Antara jenis vaginitis yang paling kerap terjadi adalah:
Harus kalian ketahui, kadangkala simptom STD tidak begitu jelas dan sukar dikenal pasti.
Sekiranya anda aktif secara seksual (terutamanya jika sering bertukar pasangan), pastikan untuk berbincang dengan doktor mengenai ujian yang perlu dilakukan semasa menjalani pemeriksaan tahunan.
Jika tidak dirawat, beberapa kondisi ini berisiko merosakkan organ pembiakan anda secara kekal atau menyebabkan masalah kesihatan yang lain! Anda juga berupaya menjangkiti pasangan.
Kadang-kadang, kegatalan, sensasi terbakar atau keputihan boleh berlaku tanpa melibatkan jangkitan.
Ia mungkin disebabkan oleh reaksi alahan atau kerengsaan akibat penggunaan produk-produk seperti berikut:
Selain reaksi alergi, ia berkemungkinan dipicu oleh tahap hormon yang rendah akibat menopaus atau ovari yang dibuang.
Hal ini menjadikan faraj kering, dan kondisi ini dikenali sebagai vaginitis atropik.
Kesannya, hubungan intim boleh jadi menyakitkan dan pesakit mungkin mengalami kegatalan dan sensasi seakan terbakar pada alat sulit.
Simptom penyakit vaginitis bergantung pada jenis kondisi yang dimiliki.
Jika menghidap BV, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala.
Kalian mungkin akan mengalami keputihan berwarna putih atau kelabu yang disertai bau hanyir kuat, terutamanya selepas bersenggama.
Jangkitan kulat pula menghasilkan keputihan berwarna putih pekat yang kelihatan seperti keju kotej.
Keputihan itu juga mungkin mempunyai tekstur berair dan biasanya tidak berbau.
Jangkitan kulat juga kerap membuatkan faraj dan vulva gatal-gatal serta merah.
Untuk penyakit kelamin trichomoniasis, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom.
Namun jika anda mengalaminya, ia merangkumi kegatalan, sensasi terbakar ketika kencing, rasa sakit faraj dan vulva.
Tambahan itu, penghidap mungkin alami keputihan berwarna kelabu kehijauan, yang disertai bau busuk.
Secara umumnya, segera kunjungi klinik atau hospital berkaitan apabila berlakunya:
Pastikan untuk merujuk doktor jika kalian mengalami sebarang ketidakselesaan faraj, seperti berikut:
Rawatan yang bakal dipilih juga bergantung pada jenis vaginitis yang anda alami.
BV boleh dirawat dengan antibiotik dan ia tersedia dalam pelbagai bentuk; pil oral, krim atau gel untuk dimasukkan ke dalam faraj.
Semasa rawatan sedang berlangsung, anda disarankan untuk menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks atau tidak melibatkan diri dengan aktiviti seksual sama sekali.
Lebih kurang dengan BV, jangkitan kulat juga boleh dirawat menggunakan krim atau ubat anti-kulat yang perlu dimasukkan ke dalam faraj.
Ubat-ubatan tersebut boleh diperolehi di kaunter setelah kondisi yang dialami telah dikenal pasti sebagai jangkitan kulat.
Rawatan untuk trichomoniasis pula meliputi pengambilan antibiotik dalam dos tunggal.
Kedua-dua pihak, merangkumi diri anda dan pasangan harus dirawat, demi mencegah penyebaran jangkitan kepada orang lain dan mengelaknya daripada berulang.
Lain pula kisahnya jika kalian mengalami kondisi vaginitis yang disebabkan oleh alergi atau kepekaan terhadap produk.
Perkara utama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti faktor alergen atau perengsa.
Setelah produk atau barangan tersebut berjaya dikenal pasti, hentikan penggunaannya dengan serta merta!
Sekiranya penyebab vaginitis anda adalah perubahan hormon, doktor bakal mempreskripsikan krim estrogen untuk bantu atasi gejala dialami.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen