
Melainkan anda seseorang yang bertanggungjawab dan kerap membasuhnya, peralatan seks berupaya untuk mengakibatkan penyebaran penyakit jangkitan kelamin dan penyakit bawaan darah.
Bersihkan peralatan seks anda
Kenapa
- Untuk mengelakkan penyakit jangkitan kelamin seperti herpes, vaginosis bakteria dan chlamydia
Terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat vaginosis bakteria dalam kalangan wanita yang menjalinkan hubungan seks dengan wanita yang pernah berkongsi peralatan seks, atau pasangan yang mempunyai vaginosis bakteria.
- Untuk mengelakkan penyakit jangkitan atau bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C, dan HIV
Jadi lebih berhati-hati bila anda menggunakan peralatan seks penetratif, khususnya jika anda ada luka atau ulser sekitar faraj, anus, atau zakar dan sekiranya ada darah, kerana itu berkemungkinan besar menandakan bahawa anda telahpun terdedah kepada jangkitan.
Bila
- Sebelum dan selepas guna
- Jika anda gunakan peralatan seks pada bahagian badan yang berbeza dan pelbagai: mulut, faraj dan anus
- Menggunakan seorang diri atau untuk orang lain
Bagaimana
Cara anda membersihkan peralatan seks anda bergantung kepada:
- Bahan buatan peralatan tersebut
- Jika peralatan tersebut mengandungi komponen elektronik yang tidak boleh dibasuh
Ianya penting untuk anda ikuti arahan cara pembersihan dan penyimpanan yang dikeluarkan oleh penghasil.
Untuk peralatan yang boleh dibasuh, basuhnya sepenuhnya dengan sabun sebelum menggunakannya. Cuci hingga bersih peralatan tersebut sebelum membasuhnya.
Anda perlu memeriksa peralatan seks anda dengan kerap jika terdapat rekahan atau pecahan pada permukaan alat. Kerosakan ini boleh membantu pertumbuhan bakteria.
Pakaikan kondom pada peralatan seks anda
Kenapa
Menggunakan kondom adalah kaedah perlindungan terbaik bagi mengelakkan anda mendapat jangkitan dan sekiranya anda menggunakan peralatan seks anda untuk bahagian lain juga, ini membolehkan anda tidak perlu berhenti untuk membasuhnya semula sebelum menyambung menggunakannya.
Bagaimana
- Selaputi peralatan tersebut sebelum orang lain menggunakannya atau sebelum memasukkannya ke bahagian badan yang lain.
- Pilih saiz kondom yang sesuai.
- Jika anda menggunakan kondom pada peralatan silikon, jangan gunakan kondom berpelincir-silikon.
Pilih peralatan yang sesuai
Jenis peralatan seks
Peralatan berbeza adalah untuk bahagian badan yang berbeza.
- Peralatan untuk bahagian klitoris
- Peralatan untuk bahagian faraj
- Peralatan untuk bahagian anus
Bahan buatan peralatan seks
Ianya boleh diperbuat oleh pelbagai bahan yang berbeza
- Silikon
- Plastik
- Lateks
Pelincir
Bahan atau cecair pelincir membantu untuk melancarkan proses memasukkan zakar atau alatan tertentu ke dalam anus (dubur) atau faraj dengan cara mengurangkan geseran.
Faraj menghasilkan cecair semula jadinya sendiri khususnya apabila wanita itu terangsang sepenuhnya. Namun, jika anda khuatir tidak mencukupi, anda boleh menggunakan cecair pelincir.
Cecair pelincir adalah penting untuk bahagian yang tidak menghasilkan cecair sendiri, khususnya bahagian dubur atau anal.
Terdapat pelbagai jenis cecair pelincir:
- Berasaskan air
- Berasaskan silikon
- Berasaskan minyak
- Pelincir dubur
Jika anda perlukan nasihat kesihatan atau terdapat sebarang jangkitan, pergi ke klinik.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.