backup og meta

Mood Tengah Tiada Tapi Si Dia Pula Nak Ajak Bersama? Ini 5 Posisi Yang Sesuai!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/04/2023

    Mood Tengah Tiada Tapi Si Dia Pula Nak Ajak Bersama? Ini 5 Posisi Yang Sesuai!

    Siapa sahaja yang mampu membaca dan menghafal lebih daripada 99 gaya asmara di dalam kitab Kamasutra? Jadi, anda dan pasangan mesti tahu contoh posisi hubungan badan yang bagus jika kalian sedang tidak ada mood!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa kepentingan kepelbagaian posisi seks?

    Dalam usaha untuk memastikan keintiman dan kemesraan kekal hangat, setiap pasangan suami isteri perlu tahu rahsia bagi menjayakan aktiviti seksual meskipun berdepan banyak cabaran dan dugaan.

    Ini adalah sangat penting terutama apabila anda dan pasangan itu selalu sahaja sibuk dengan benda lain seperti bekerja, belajar atau lain-lain yang sekali gus akan mengalih tumpuan masing-masing daripada bersama di ranjang.

    Maka, seks itu perlu dilakukan pada masa, durasi, lokasi serta posisi yang tepat supaya kalian berdua mampu menjalani dan melayari bahtera asmara dengan penuh kepuasan meskipun di saat anda sedang tiada mood!

    posisi hubungan badan yang bagus

    Untuk pengetahuan anda semua, hubungan seksual itu tidak hanya dilakukan untuk memuaskan nafsu syahwat sahaja, tetapi juga bagi menunaikan tanggungjawab dan fitrah sebagai seorang suami atau isteri.

    Persoalannya, apa posisi hubungan badan yang bagus jika kalian sedang tiada mood? Adakah wujud yang spesifik?

    Posisi seks yang bagus jika anda sedang tiada mood!

    Ramai yang mungkin akan fikir untuk berehat atau bercuti sahaja daripada melakukan aktiviti seksual ketika sedang tidak sedap badan bukan? Namun, bagaimana pula jika pasangan kalian mendesak dan merayu?

    Anda ada dua pilihan, menolak atau menurut. Jika anda memilih untuk melayan, ini posisi seks yang mungkin bagus:

    #1. Anda mungkin perlu cuba woman on top

    Jika si suami yang tiada mood, apa kata biar isteri yang mengemudi bahtera asmara? Caranya mudah di mana suami hanya perlu baring menelentang sementara isteri duduk di atas bagi mengawal rentak dan ritma penetrasi.

    Menariknya, posisi ini membenarkan sang lelaki untuk lebih relaks dan santai lantas bagus ketika mereka tiada mood!

    posisi hubungan badan yang bagus

    Posisi hubungan badan yang bagus #2. Standing

    Kenapa pasangan perlu berbaring sahaja sedangkan kalian turut boleh berdiri di saat menikmati tubuh badan masing-masing? Meskipun ia agak sukar untuk direalisasikan, usaha untuk itu amat berbaloi.

    Bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj, isteri yang tiada mood itu mungkin boleh bersandar pada dinding dan angkat sedikit sebelah kaki. Biarkan suami anda bekerja sambil menikmati saat ini.

    Posisi hubungan badan yang bagus #3. Spooning

    Jika anda rasa agak malas, penat atau tiada mood selepas seharian mencari rezeki, posisi yang santai tetapi ghairah ini adalah begitu sesuai. Ia bukan sahaja mudah malah relaks dan santai untuk dilakukan.

    Posisi seks ini hanya memerlukan anda berbaring dengan si isteri membelakangi encik suami. Dari belakang, penetrasi boleh dilakukan dengan tangan kalian itu bebas untuk meneroka tubuh badan pasangan.

    #4. Anda juga boleh cuba reverse cowgirl

    Sama seperti posisi seks yang pertama, si suami yang tiada mood boleh membenarkan sang isteri mengemudi bahtera asmara dengan membiarkan mereka berada di atas bagi mengawal kemasukan alat kemaluan masing-masing.

    Perbezaannya, posisi ini akan dilakukan dengan cara isteri duduk membelakangi suami namun dengan penuh nikmat!

    posisi hubungan badan yang bagus

    Posisi hubungan badan yang bagus #5. 69

    Kadangkala, anda perlu fikir di luar kotak dan jangan fikir akan dayungan atau tusukan di antara 2 kemaluan sahaja!

    Apa kata kalian cuba ajak pasangan untuk melakukan hubungan seks oral secara serentak dengan posisi 69?

    Buat anda yang masih belum pernah cuba, caranya adalah dengan kalian perlu berbaring secara berlawanan arah yakni bahagian kepala perlu berada tepat pada alat kelamin pasangan masing-masing.

    Kemudian, biarkan mulut, lidah atau mungkin gigi anda untuk bekerja. Ia merupakan salah satu usaha untuk membuat pasangan mengerang, meronta dan mencapai klimaks walaupun sedang tiada mood.

    Jadi, tanggungjawab masih kekal tanggungjawab. Jangan abaikan nafkah batin anda walaupun penat seharian bekerja!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan