Anda sebagai isteri tidak boleh jika cuma fokus pada rupa paras dan tubuh badan sahaja tetapi mengabaikan aspek tingkah laku anda terutama jika ia sering kali menjengkelkan pasangan.
Atau jika tidak, anda hanya bakal tampak cantik di luar namun hodoh di dalam. Sebaiknya, wanita boleh cuba menonjolkan sisi manja untuk memikat dan menggoda pasangan untuk bersama.
4. Jangan abai aspek luaran yang lain!

Selain daripada tiga aspek utama di atas, wujud beberapa lagi perkara lain yang bakal menentukan kalau ajakan dan godaan isteri terhadap suami untuk ke kamar tidur itu gagal atau berhasil.
Antara aspek luaran lain yang perlu isteri pertimbangkan adalah keadaan mental dan fizikal suami anda sendiri. Wujud kemungkinan mereka menolak pelawaan seks atas sebab yang peribadi.
Contohnya, mereka mungkin terpaksa menolak pelawaan tersebut kerana kepenatan atau keadaan kesihatan seperti masalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan lain-lain isu kelelakian.
Maka, sikap toleransi dan kaedah komunikasi yang betul dengan pasangan masing-masing itu sangat penting.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen