#2. Fetish dengan punggung
Tahukah anda bahawa orang yang cepat terangsang dengan punggung seseorang dinamakan sebagai pygophilia? Ia sememangnya wujud dan dimiliki oleh ramai orang.

#3. Fetish seks BDSM
Untuk pengetahuan anda, BDSM adalah sejenis fetish atau fantasi seks yang cenderung menggunakan kekerasan dan keganasan untuk memuaskan nafsu seksual masing-masing.
BDSM memerlukan banyak alat permainan seks untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, tali, gari, vibrator, dildo dan macam-macam lagi. Namun, adakah ia normal?
#4. Voyeurism
Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Archives of Sexual Behavior, lebih dari 10% lelaki mempunyai fetish sebegini. Buat anda yang belum tahu, ia adalah kecenderungan untuk seseorang itu gemar melihat pasangan lain melakukan hubungan seks di hadapan mereka.
Inilah salah satu dari fetish seks yang boleh dianggap sebagai gangguan mental. Manakan tidak, perbuatan ini sudah terang-terangan tidak bermoral serta salah dari sudut agama Islam.
Jadi, jika anda adalah salah seorang yang mempunyai kecenderungan ini, sila dapatkan bantuan kaunseling dan segera buangnya dari senarai keinginan seksual anda.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi fetish seks yang terdapat di dalam dunia ini selain contoh yang dinyatakan. Mungkin sesetengahnya adalah normal namun ada juga yang boleh dianggap sebagai gangguan mental seperti pedophila, preggophilia dan lain-lain.
Jadi, sila muhasabah diri anda. Jika anda rasa kecenderungan anda terarah kepada sesuatu yang tidak normal, segera dapatkan bantuan pakar!