backup og meta

Isteri, Rupa-Rupanya Ada Faedah Jika Anda 'Berpura-pura' Puas Lepas Bersama Suami!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/03/2021

    Isteri, Rupa-Rupanya Ada Faedah Jika Anda 'Berpura-pura' Puas Lepas Bersama Suami!

    Ada wanita yang gemar berpura-pura klimaks atau melakukan orgasma palsu ketika melakukan hubungan seks. Adakah anda juga seperti ini?

    Sering tewas awal ketika beraksi di ranjang bersama pasangan adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap pasangan suami isteri.

    Kebiasaannya, perkara ini akan berlaku kepada sang lelaki sekali gus meninggalkan pasangannya mendambakan lebih daripada apa yang diterima ketika itu. Ataupun, ada isteri yang sanggup berpura-pura puas semata-mata ingin menjaga imej dan ego suaminya.

    Persoalannya, adakah anda perlu orgasma palsu dalam kehidupan seks anda? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Wanita & orgasma palsu

    Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Texas di Amerika terhadap 998 wanita berusia antara 18 hingga 29, perbuatan berpura-pura mencapai klimaks ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan sebenarnya akan membantu meningkatkan kualiti seks mereka. Ini kerana perbuatan itu membuat mereka lebih menikmati seks bersama pasangan!

    Setelah bertahun lamanya, rata-rata pengkaji telah menyimpulkan bahawa orgasma palsu dalam kalangan wanita sebenarnya hanya akan memudaratkan hubungan asmara di kamar tidur.

    Pun begitu, kajian terbaharu ini akan membuatkan para pengkaji untuk berfikir semula dan lebih menekankan kelebihan berbanding kekurangannya. 

    Majoriti daripada wanita dalam kajian menegaskan bahawa mereka tidak pernah mencapai klimaks ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan, lantas membuat mereka lebih gemar berpura-pura kononnya sudah puas untuk menjaga hati pasangan.

    Tanpa mereka sedari perbuatan itu sebenarnya membuat mereka ‘turn on’ secara tidak sengaja!

    Persoalannya, apakah punca yang mendalangi kepentingan orgasma palsu ini?

    Faktor psikologi

    Jawapannya, adalah faktor psikologi. Menurut Dr. Michael Barnett, ramai pengkaji dan pakar terapi seks berpendapat bahawa berpura-pura mencapai klimaks sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan seks anda dan pasangan secara umumnya. Pun begitu, ia masih perlu dilakukan ekoran manfaatnya dari segi psikologi.

    Menurutnya lagi, faktor psikologi memainkan peranan yang sangat besar dalam orgasma wanita sama seperti faktor fizikal juga. Dalam erti kata yang lain, tanpa perasaan yang mendalam mendorong anda untuk puas ketika berasmara bersama pasangan, sudah tentu seks itu akan berasa bosan, bukan? Lantas menyebabkan anda tidak mencapai klimaks.

    Selain itu, wanita yang gemar melakukan orgasma palsu lebih cenderung berasa diri mereka seperti diperlukan atau dimahukan secara seksual oleh pasangannya. Ini sekali gus dapat mengelakkan mereka berasa tidak bermaya atau tidak berguna semasa berhubungan intim. Dengan perasaan yang positif ini, klimaks mungkin boleh dicapai dengan lebih mudah.

    Ada pro dan kontranya

    orgasma

    Menurut Tracey Cox yang merupakan pakar terapi seks dari United Kingdom, berpura-pura klimaks ada baik dan buruknya.

    Keburukannya, perbuatan ini akan membuat anda terus berbohong kepada pasangan anda lalu menyebabkan dia sendiri tidak tahu sama ada anda benar-benar puas dalam hubungan intim atau tidak.

    Kebaikannya pula, perbuatan ini mungkin akan mendorong anda untuk mencapai orgasma yang sebenar. Bak kata pepatah Inggeris, ’fake it til you make it’. 

    Ketika berasmara, teknik orgasma palsu seperti bernafas lebih laju, membuat bunyi ghairah, menggerakkan pinggang, merelakskan otot dan mengeluarkan kata-kata ‘nakal’ sebenarnya adalah salah satu cara yang tanpa sedar membuat tubuh badan anda terangsang, lalu meninggikan risiko pencapaian klimaks dengan lebih mudah. 

    Dalam erti kata yang lain, wanita mungkin perlu melakukan orgasma palsu bagi membolehkan dirinya mencapai orgasma yang sebenar. Ini kerana wanita memang sukar mencapai klimaks. Apa sebabnya, ya?

    Mengapa wanita sukar mencapai klimaks?

    Sekarang, kita sudah tahu akan kepentingan orgasma palsu untuk membolehkan wanita mencapai orgasma yang sebenar. Persoalannya, mengapa ia perlu dilakukan? Apa sebab wanita sukar mencapai klimaks?

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Society of Obstetricians and Gynaecologists of Canada, kira-kira hampir 1 daripada 3 wanita tidak mampu mencapai klimaks semasa melakukan hubungan kelamin. Tambah kajian itu lagi, ramai pasangan terpaksa melakukan rangsangan tambahan termasuklah melakukan teknik orgasma palsu ini untuk mencapai orgasma yang sebenar. Berikut merupakan sebab ia berlaku:

    #1. Klitoris kurang terangsang

    Buat anda yang belum tahu, klitoris mempunyai banyak saraf yang sangat sensitif terhadap sebarang rangsangan termasuklah sentuhan tangan atau jilatan lidah. Kekurangan rangsangan ini sudah pasti akan menyukarkan wanita untuk mencapai klimaks.

    Jadi, pasangan suami isteri perlu merancang hubungan seks dengan lebih menumpukan perhatian terhadap rangsangan pada klitoris. Sebagai cadangan, anda mungkin boleh menggunakan peralatan seks seperti vibrator atau dildo sekiranya rangsangan tangan atau lidah masih belum boleh memuaskan anda.

    #2. Hormon oksitoksin tidak mencukupi

    pelincir seks

    Hormon oksitoksin adalah sejenis hormon ‘cinta’ yang dirembeskan oleh otak kepada tubuh badan sebelum, semasa dan selepas melakukan seks. Jika ia tidak mencukupi, wanita akan mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks.

    Namun, bagaimana untuk memastikan bahawa hormon ini telah mencukupi? Mudah sahaja. Anda dan pasangan perlu melakukan adegan ‘ringan-ringan’ terlebih dahulu sebelum seks penetrasi dilakukan. Ia bertujuan memastikan wanita lebih mudah terangsang semasa beraksi di ranjang kelak.

    Apakah adegan ‘ringan-ringan’ tersebut? Adegan ini bermaksud berpelukan, bercium, berpegangan tangan atau bersentuhan tubuh badan sesama suami isteri sebelum berasmara. Dengan ini, hormon oksitoksin akan terhasil secukupnya lalu memudahkan wanita untuk klimaks.

    #3. Pengambilan ubat-ubatan

    Untuk pengetahuan anda, beberapa jenis ubat terutamanya jenis antidepresan yang digunakan untuk merawat depresi akan memberi kesan kepada fungsi seksual wanita. Jadi, pengambilan ubat-ubatan mungkin akan menyukarkan wanita untuk klimaks.

    Jadi, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sekiranya anda terpaksa mengambil sebarang jenis ubat untuk merawat penyakit anda agar ia tidak mengganggu kehidupan seks anda, okay?

    Selain itu, faktor kurang yakin terhadap diri sendiri juga mungkin merupakan salah satu puncanya. Jadi, usah ragu-ragu lagi terhadap diri anda sendiri. Mungkin anda boleh melakukan orgasma palsu?

    Konklusi

    Kesimpulannya, sebenarnya tidak salah jika anda berpura-pura puas semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ini kerana ia adalah perbuatan atau teknik yang boleh membuat seks itu lebih seronok atau lebih ghairah. Jika ia mampu membuat anda sebagai seorang wanita, puas ketika berasmara bersama pasangan, tiada apa yang anda rugi. Sudah tentu pasangan anda sendiri akan berasa diri mereka hebat dan kuat ketika di kamar tidur.

    Dengan ini, tiada lagi masalah sering tewas awal di ranjang, bukan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan