Kondom bukan sahaja berfungsi sebagai alat perlindungan, tetapi ia juga boleh membantu memberikan variasi dan keseronokan yang baharu dalam aktiviti seksual bersama pasangan 1.
Terdapat pelbagai jenis kondom yang boleh anda gunakan, daripada kondom dengan ketebalan biasa sehinggalah kepada kondom berperisa dan bertekstur untuk pengalaman yang lebih menarik.
Selain itu, terdapat juga produk kondom nipis dengan sensitiviti tinggi agar kita dapat merasai keintiman dan sensasi yang maksimum bersama pasangan 1.
Kondom Durex Invisible Extra Sensitive (kondom nipis) dan Durex Pleasuremax (kondom bertekstur ribbed & dotted – untuk lebih nikmat) adalah antara pilihan yang terbaik untuk anda mendapatkan kenikmatan seperti di atas.
Menarik bukan? Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kondom Durex.
#2. Guna pelincir untuk tambah nikmat hubungan seks suami isteri
Pelincir juga boleh menjadi salah satu alat penting dalam menghidupkan semula hubungan seksual anda yang telah lama menyepi.
Terdapat pelbagai jenis pelincir yang boleh menghangatkan kembali asmara kalian 2.
Antaranya seperti pelincir berasaskan air untuk keselesaan tambahan dan pelincir beraroma dengan kesan ‘hangat’ yang boleh menambah rangsangan.
Mungkin anda tidak tahu, ada juga pelincir khas 2 dalam 1 yang boleh digunakan untuk urutan atau semasa persetubuhan.
Ini boleh membantu meningkatkan keintiman menerusi urutan sensasi sebelum seks selain menangani masalah kekeringan faraj 2. Ia juga boleh mengurangkan kejadian kondom terkoyak ketika ‘bersama’.
#3. Mainan seks boleh tingkatkan rangsangan dan keseronokan

Selain kondom dan pelincir, mainan seks dan alatan tertentu juga boleh membantu memberikan rangsangan dan keseronokan yang baharu dalam aktiviti seksual 4.
Contohnya, cincin bergetar boleh dipakai oleh orang lelaki untuk memberikan rangsangan tambahan kepada pasangan mereka 3.
Jika ia digunakan bersama pelincir, ia boleh memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada diri dan pasangan anda.
Sekiranya anda tidak pernah menggunakan cincin bergetar sebelum ini, boleh cuba dapatkan dan lihat kesannya dalam menghangatkan hubungan seks suami isteri.
Menariknya, cincin bergetar ini juga boleh digunakan bersama dengan kondom dan pelincir keluaran Durex.
#4. Cuba posisi & fantasi seksual baharu dalam hubungan seks suami isteri berusia
Salah satu kunci bagi menghidupkan semula hubungan seksual yang sudah hambar adalah melalui keberanian untuk mencuba benda baharu.
Mungkin anda ingin mencuba posisi hubungan suami isteri yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Malah, Durex sebagai pakar keintiman suami isteri turut menyarankan tip yang sama seperti ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen