backup og meta

Sudah Mula Ada Penyakit Di Usia 40-an? Ini Tip Hubungan Intim Selamat Jika Ada 5 Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/08/2022

    Sudah Mula Ada Penyakit Di Usia 40-an? Ini Tip Hubungan Intim Selamat Jika Ada 5 Penyakit Ini!

    Pernahkah anda terfikir atau tertanya tentang bagaimana hubungan intim usia 40 tahun kelak terutama jika diri ada penyakit tertentu? Kami akan cuba huraikan tentang perkara ini lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Hubungan intim sihat di usia 40 tahun!

    Seks adalah salah satu kunci kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Tanpa hubungan intim yang sihat lagi selamat, maka akan hambar kehidupan seksual anda serta pasangan.

    Apabila sudah masuk era 40-an, tidak dapat dinafikan bahawa turut wujud kemungkinan di mana kemahuan dan kemampuan seksual seseorang itu akan menurun dengan mendadak.

    Terutama apabila anda atau pasangan itu ada penyakit, ia akan memburukkan lagi situasi tersebut!

    Disebabkan itu pula, anda dan pasangan perlu memastikan bahawa hubungan intim usia 40 tahun itu masih kekal pada tahap yang sihat walaupun masing-masing ada penyakit kronik.

    Hubungan intim sihat meski anda sakit!

    Ketika individu mula masuk era 40-an, ia adalah ketika di mana tubuh badan sudah mulai lemah dan mudah terkena penyakit. Namun, ia bukan alasan untuk aksi hambar di ranjang!

    hubungan intim usia 40 tahun

    Baca lagi artikel berkaitan:

  • Orang Muda Dianggap Lemah & Lesu Dalam Hubungan Intim, Tapi Mengapa?
  • Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Umur Akan Menurun Bila Sudah Tua?
  • Usia Tua BUKAN Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Cuba Amalkan 8 Petua Seks Ini Ya!
  • Seks dan penyakit organ jantung

    Penyakit berkaitan dengan organ jantung itu akan menjejaskan banyak aspek di dalam kehidupan termasuk seksual. Individu sudah pasti akan rasa takut atau tidak selamat angkara ini.

    Ini kerana masalah pada isu kardiovaskular turut beri kesan kepada aktiviti fizikal termasuk seks yang memerlukan individu lebih waspada untuk mengelakkan implikasi tidak diingini.

    Perkara paling penting, elakkan diri daripada sebarang tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol atau penyalahgunaan dadah sebelum, semasa atau selepas seks kerana ia boleh menjejaskan organ jantung sekali gus prestasi seksual kalian.

    Seks dan penyakit buah pinggang

    Penyakit berkaitan dengan organ buah pinggang ini akan menjejaskan tenaga, hormon, sistem saraf serta pelbagai lagi perubahan fizikal yang akan beri kesan pada seksualiti individu.

    Namun, ia tidak akan teruk mengganggu aktiviti seksual individu melainkan jika anda tertekan secara fizikal dan mental. Dapatkan info dan nasihat lebih lanjut daripada doktor tentangnya.

    Sekiranya buah pinggang anda telah rosak dengan teruk dan terpaksa menerima transplan organ, adalah penting untuk anda tunggu sehingga kesan pembedahan sembuh terlebih dahulu sebelum memulakan kembali hubungan intim usia 40 tahun dengan pasangan.

    Hubungan intim usia 40 tahun dan kanser

    hubungan intim usia 40 tahun

    Apabila telah sah anda didiagnosis dengan kanser, anda sudah pasti akan terkejut dan tertekan. Ia adalah reaksi yang normal dan sudah tentu akan buat anda hilang minat dan upaya meneruskan kehidupan.

    Kadangkala, kesan ini berterusan dalam jangka masa panjang serta akan menjejaskan kehidupan seksual anda juga terutama jika terpaksa mengambil banyak jenis ubatan dan rawatan.

    Perubahan pada fizikal dan mental akibat ubatan dan rawatan juga tidak akan membantu. Ia hanya akan merendahkan lagi libido diri serta pasangan. Namun, jangan mudah putus asa.

    Mungkin jika tidak mampu untuk penetrasi zakar ke dalam faraj, aktiviti seksual lain masih boleh dijalankan. Paling penting, terus amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa cuba kekal positif!

    Kondisi berkaitan dengan sistem pernafasan

    Selain penyakit kanser dan organ, kondisi berkaitan dengan sistem pernafasan anda juga sudah pasti akan mengakibatkan hubungan intim usia 40 tahun anda itu kurang memuaskan.

    Penyakit seperti COPD dan kondisi lain akan mendatangkan simptom seperti sesak nafas, batuk, lelah atau mungkin asma sudah pasti menjejaskan kemampuan dan kemahuan seksual.

    Beberapa tip di bawah ini mungkin boleh bantu hubungan intim usia 40 tahun dengan pasangan:

    • Rancang aktiviti seksual agar simptom kondisi ini tidak mengganggu prestasi seksual anda
    • Elak tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan lain-lain yang boleh mengganggu pernafasan
    • Cuba kekal relaks kerana stres hanya akan buat diri anda sukar untuk bernafas dengan cara yang normal
    • Ambil ubatan atau rawatan setiap kali sebelum, semasa atau selepas seks terutama apabila simptom muncul
    • Berhenti segera atau seketika apabila berasa diri tidak boleh meneruskan aktiviti seksual

    hubungan intim usia 40 tahun

    Seks dan penyakit kencing manis

    Diabetes bukan sahaja akan beri kesan pada kadar gula dalam darah, malah masalah lain seperti isu ereksi zakar serta faraj yang kering – ini sangat tidak bagus untuk kehidupan seks anda.

    Jadi, pastikan anda sentiasa kawal kadar glukosa melalui pemakanan serta pengamalan gaya hidup sihat dalam usaha mengelakkan komplikasi kencing manis di atas ini tidak akan terjadi.

    Dalam pada itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan semua informasi dan nasihat daripada doktor berkaitan perihal hubungan intim usia 40 tahun bersama pasangan. Ini penting demi menjalani kehidupan seksual yang lebih sihat, selamat dan hangat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan