backup og meta

Rasa Tak Selesa Ketika Bersama Tanda Masalah Ini! Apa Pasangan Boleh Buat?

Rasa Tak Selesa Ketika Bersama Tanda Masalah Ini! Apa Pasangan Boleh Buat?

Anda sering sakit ketika bersama suami? Keadaan itu mungkin disebabkan oleh masalah seksual dikenali sebagai vaginismus. Tapi usah risau, kami ada tip untuk bantu anda menikmati hubungan intim. Pasti teknik ini berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Vaginismus punca sakit ketika bersama

Bagi mereka yang pertama kali mendengar tentang vaginismus ini, istilah tersebut kedengaran agak pelik, kan?

Sudah tentu anda mahu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan vaginismus. Umumnya, ia adalah satu masalah seksual wanita.

Vaginismus merupakan keadaan di mana dinding faraj mengetat secara tidak sengaja apabila bahagian tersebut dirangsang1.

Ini bermakna saat melakukan hubungan suami isteri, pasangan wanita akan berasa sakit, terutamanya apabila si suami cuba melakukan penetrasi2.

Sudah tentu kalian tidak akan dapat menikmati hubungan seks yang berlangsung itu.

Bukan itu sahaja, otot yang mengeras di sekitar keselesaan faraj juga boleh membuatkan tusukan zakar yang tegang tersepit atau sukar untuk dikeluarkan. Aduh, macam mana ni?

Jangan bimbang, jika anda berdepan dengan isu sakit ketika bersama pasangan ini, Hello Doktor ada beberapa petua seks yang boleh dicuba.

Siapa tahu, selepas ini anda boleh menikmati hubungan intim dengan sepenuhnya.

Petua atasi sakit ketika bersama semasa seks

Umumnya, wanita dengan vaginismus masih boleh menikmati hubungan seks.

Namun ia memerlukan lebih banyak usaha agar aktiviti di ranjang tersebut dapat memberikan keselesaan.

Penetrasi tanpa foreplay boleh menyebabkan kesakitan.
Keselesaan faraj.

Tip yang dikongsikan di bawah boleh dicuba agar persetubuhan berlangsung lebih menyenangkan dan selesa, walaupun hakikatnya anda mempunyai isu berkaitan masalah seksual.

Semoga bermanfaat!

1. Mulakan dengan perlahan

Luangkan sedikit masa untuk mengenali tubuh anda sendiri, khususnya pada bahagian keselesaan faraj. Paling penting, jangan tergesa-gesa. Anda harus melakukannya secara santai dan tenang3.

Pertama sekali, sentuh bahagian luar alat sulit dengan perlahan dan rasakan sensasinya.

Setelah berasa selesa dan badan boleh menerima rangsangan tersebut, cuba untuk masukkan jari anda secara perlahan-lahan ke dalam faraj (seperti ketika si suami melakukan fingering).

Jika percubaan untuk memasukkan jari berjaya dan faraj tidak mengetat, cuba untuk memberikan rangsangan faraj yang lebih kuat.

Mungkin anda boleh memasukkan lebih daripada 1 jari ke dalam faraj. Lakukan eksperimen bagi mewujudkan rasa keselesaan faraj terhadap rangsangan tersebut.

Seandainya percubaan merangsang keselesaan faraj berjaya, kini tiba masanya untuk suami anda melakukannya pula.

Pada permulaan hubungan intim, pesan kepada pasangan usah terlalu gelojoh melakukan tusukan zakar. Minta si dia menyentuh alat kelamin anda dengan lembut dan perlahan.

Ketahuilah vaginismus tidak langsung menjejaskan keupayaan diri untuk terangsang secara seksual atau mencapai orgasma. Seks boleh dinikmati tanpa penetrasi.

Penyelidikan menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga wanita berusia 18 hingga 94 tahun memerlukan rangsangan klitoris untuk orgasma4.

Sekiranya anda berasa tidak selesa dan sakit ketika bersama sewaktu rangsangan jari itu berlaku, berterus-terang kepada pasangan dan minta mereka untuk berhenti seketika.

Kesilapan suami isteri semasa bersama.
Kesilapan suami isteri semasa bersama.

2. Rangsang bahagian badan lain untuk atasi sakit ketika bersama

Walaupun seseorang wanita itu mungkin mengalami masalah seksual vaginismus, namun ia tidak bermakna mereka berbeza berbanding yang lain dalam hal berkaitan dorongan seks.

Maksudnya, mereka juga mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan, sama seperti mana-mana wanita lain.

Cuma, bezanya mereka tidak dapat mengawal tindak balas badan apabila bahagian faraj menerima rangsangan ketika penetrasi atau sentuhan seksual berlaku.

Sebab itulah, perlunya untuk merangsang bahagian lain pada badan dan bukannya keselesaan faraj semata-mata!

Mulakan dengan pelukan, ciuman dan urutan pada bahagian badan lain sebagai satu rangsangan. Biarkan pasangan anda menyentuh bahagian badan lain dengan perlahan5.

Matlamatnya adalah untuk menciptakan keseronokan tanpa memfokuskan hanya kepada sentuhan alat kelamin5. Ingatkan si dia agar tidak terburu-buru dan gelojoh saat memberikan sentuhan pada badan.

Semasa pasangan meneroka badan anda, lakukan gerakan balas dengan menggerakkan tangan ke bahagian sensitif si dia agar aksi seks menjadi lebih panas.

Antara bahagian sensitif lelaki yang boleh anda ‘kacau’ adalah leher dan telinga. Di samping itu, bisikkan juga kata-kata romantis sambil merenung ke mata pasangan anda dengan mendalam.

Secara tidak langsung, tindakan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan kalian, biar bertambah mesra!

3. Lakukan seks oral

Cara terbaik untuk memanjakan suami adalah dengan melakukan seks oral6.

Sudah tentu, ia petua yang selamat elakkan sakit ketika bersama dan amat membantu untuk mereka berhati-hati dengan pasangan yang ada masalah seksual seperti vaginismus.

Sebelum memulakan sesi panas ini, buatkan si dia berasa selesa dan ciptakan suasana yang tenang serta romantis.

Tapi ingat untuk seks oral, anda perlu menggunakan bahagian mulut terutamanya lidah6, maka pastikan suami membersihkan tusukan zakar terlebih dahulu.

Tanyakan pasangan posisi apa yang memberikannya lebih rasa santai dan selesa. Mungkin anda boleh berbaring, berlutut dan sebagainya.

Penggunaan pelincir bantu atasi sakit ketika bersama

Gejala vaginismus boleh menjadi lebih teruk jika tidak cukup aksi pemanas atau foreplay7 sebelum penetrasi.

Sentuhan, ciuman dan aktiviti seksual lain boleh dilakukan sebagai rangsangan semasa meneroka tubuh satu sama lain secara kreatif.

Pelincir membantu hilangkan sakit ketika bersetubuh.
Keselesaan faraj.

Wanita dengan vaginismus mungkin memerlukan lebih rangsangan. Jadi gunakan pelincir berasaskan air yang berfungsi menambah kelembapan pada permukaan dan keselesaan faraj, sekali gus melegakan kesakitan si isteri semasa bersetubuh8.

Pelbagai variasi pelincir berasaskan air keluaran Durex, jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, boleh anda dapati di pasaran seperti Basic, Sensation atau Massage 2 in 1.

Penggunaan pelincir ini dipercayai dapat meningkatkan kepuasan hubungan intim di kamar tidur dan sesuai untuk aksi foreplay serta juga boleh digunakan untuk urutan badan bagi merangsang pasangan.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelincir Durex.

Jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor

Vaginismus adalah masalah seksual yang boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga, menjejaskan kehidupan seks dan keyakinan diri seorang wanita9.

[embed-health-tool-ovulation]

Berita baiknya, melalui pendekatan dan terapi yang betul, keadaan tersebut boleh diatasi. Masih belum terlambat untuk merawatnya dan anda boleh mengawal semula badan.

Jadi, sekiranya petua yang dikongsikan di atas tidak membantu mengatasi sakit ketika bersama suami, jangan ragu untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginismus. https://www.healthdirect.gov.au/vaginismus. Accessed July 13, 2023.
  2. Vaginismus. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15723-vaginismus. Accessed July 13, 2023. 
  3. How to Overcome Vaginismus: Life and Love-Making After Vaginismus. https://www.sydneypelvicclinic.com.au/how-to-overcome-vaginismus-life-and-love-making-after-vaginismus/#. Accessed July 13, 2023. 
  4. Debby Herbenick, Tsung-Chieh (Jane) Fu, Jennifer Arter, Stephanie A. Sanders & Brian Dodge (2018) Women’s Experiences With Genital Touching, Sexual Pleasure, and Orgasm: Results From a U.S. Probability Sample of Women Ages 18 to 94, Journal of Sex & Marital Therapy, 44:2, 201-212, DOI: 10.1080/0092623X.2017.1346530. https://doi.org/10.1080/0092623X.2017.1346530. Accessed July 13, 2023.
  5. Self-help guidance for vaginismus and pain with penetrative sex. https://policyonline.nhslothian.scot/Policies/PatientInformation/Self-help_guidance_for_vaginismus_and_pain_with_penetrative_sex.pdf. Accessed July 13, 2023.
  6. How to have oral sex. https://www.beintheknow.org/sex-and-relationships/how-have-sex/how-have-oral-sex
  7. Foreplay. https://playsafe.health.nsw.gov.au/2018/03/19/foreplay/. Accessed July 13, 2023.
  8. How to Choose Lubricants and Vaginal Moisturizers for Pleasure and Safety. https://www.ourbodiesourselves.org/health-info/how-to-choose-lubricants-and-vaginal-moisturizers-for-pleasure-and-safety/. Accessed July 13 ,2023.
  9. Fast Facts: What You Need to Know About Vaginismus. https://www.healthywomen.org/your-health/your-body/what-you-need-know-vaginismus. Accessed July 13, 2023.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan