home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

ALAMAK... Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

ALAMAK... Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Dalam kehidupan suami isteri, seks adalah antara perkara yang paling utama. Pun begitu, ada pasangan yang tidak mahu atau tidak mampu melakukannya sekerap yang mungkin atas beberapa faktor. Namun, tahukah anda bahaya seks oral ini?

Disebabkan itu, ramai yang beralih ke alternatif yang lebih ‘ringan’ seperti seks oral. Ya, ia mungkin merupakan sesuatu perkara yang normal namun ada kepercayaan yang menakutkan di sebaliknya.

Buat anda yang belum tahu, seks oral dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Adakah ia fakta atau mitos semata-mata? Jom ikuti artikel ini untuk membongkar jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Bahaya seks oral yang kita mungkin belum tahu

Ya, seks oral mungkin tidaklah begitu selamat seperti yang kita sangka. Ini kerana ia berisiko menyebarkan virus penyakit jangkitan kelamin yang bernama Human Papilloma Virus (HPV).

HPV boleh menyerang kawasan yang mempunyai kontak seksual terutamanya pada bahagian alat sulit lelaki dan wanita. Namun begitu, ia lebih kerap terjadi kepada kawasan sekitar oral.

oral-sex-swallow-sperms

Ia boleh dipindahkan melalui pelbagai aktiviti seksual termasuklah seks oral. Sebenarnya, ramai individu yang terdedah kepada virus ini namun kesannya agak lambat dan berbeza bergantung kepada individu.

Menurut kajian Centers for Disease Control and Prevention, kira-kira 10% lelaki dan 4% wanita mempunyai virus ini pada kawasan oral mereka dengan tumpuan lebih kepada individu yang lebih berusia.

Selain itu, seks oral dan HPV ini dikatakan boleh jadi punca kepada pelbagai jenis kanser berkaitan oral. Benarkah penyataan ini?

Kaitan di antara HPV dengan kanser

Sebenarnya, HPV tidak akan menyebabkan kanser secara langsung. Pun begitu, ia berupaya untuk mengubah sel yang terjangkiti menjadi kawasan yang mempunyai sifat-sifat kanser.

Perubahan ini agak jarang berlaku dan makan masa bertahun lamanya. Dalam 9 dari 10 kes, jangkitan virus ini boleh dimusnahkan oleh imuniti tubuh badan secara semula jadi dalam masa 2 tahun.

Untuk pengetahuan anda, HPV boleh jadi pencetus kepada pelbagai jenis kanser berkaitan dengan oral termasuklah:

  • Kanser mulut
  • Kanser bibir
  • Kanser lidah
  • Kanser tekak
  • Kanser laring (kawasan di antara hidung dengan tekak)

braces-adults-make-decision

Sekiranya terjangkiti HPV, berikut adalah simptom-simptom yang mungkin anda boleh perhatikan:

  • Rasa sakit pada kawasan oral yang tidak sembuh
  • Rasa sakit ketika menelan makanan, minuman atau air liur
  • Timbul ketulan pada leher
  • Perubahan berat badan secara mengejut

Segera berjumpa doktor jika terdapat simptom-simptom ini pada diri anda ya?

Faktor penyebab kanser selain HPV

Ya, mungkin salah satu bahaya seks oral adalah peningkatan risiko penyebaran HPV.

Namun, HPV yang tersebar melalui seks oral sahaja tidak cukup untuk menyebabkan kanser. Terdapat beberapa faktor lain yang meningkatkan lagi risiko ia terjadi.

Antara faktor lain yang dimaksudkan itu adalah merokok. Menurut Pakar Bedah Dr Brandon Prendes, individu berisiko tinggi terkena kanser jika merokok 1 kotak rokok sehari dalam masa 10 tahun.

Selain itu, mengambil alkohol dan mengunyah tembakau juga adalah antara faktor peningkatan risiko kanser. Begitu juga dengan pemilihan serta jumlah pasangan seks kalian.

merokok jejaskan kesuburan

Untuk mengurangkan risiko kanser akibat HPV ini, terdapat beberapa perkara yang boleh kalian lakukan iaitu:

  • Hanya lakukan aktiviti seksual bersama pasangan anda yang sah
  • Gunakan kondom dan dental dam ketika berasmara
  • Kurangkan atau berhenti merokok, mengambil alkohol dan mengunyah tembakau
  • Dapatkan vaksin HPV
  • Kerap berjumpa doktor gigi atau doktor pakar untuk menjalani pemeriksaan

Tuntasnya, ternyatalah HPV yang boleh tersebar melalui aktiviti seksual seperti seks oral mungkin boleh jadi punca pelbagai jenis kanser berkaitan oral.

Jadi, sila amalkan kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera serta amalkan langkah yang kami berikan di atas untuk mengurangkan risiko kanser akibat HPV ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/can-oral-sex-give-you-cancer/
  2. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/basic_info/hpv_oropharyngeal.htm
  3. https://www.health.harvard.edu/blog/hpv-transmission-during-oral-sex-a-growing-cause-of-mouth-and-throat-cancer-201306046346
  4. https://health.clevelandclinic.org/throat-cancers-link-oral-sex-know/
  5. https://www.healthline.com/health/healthy-sex/oral-sex
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 09/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x