backup og meta

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Siapa kata berhubungan menggunakan kondom kurang memberikan kepuasan dan keintiman bersama pasangan? Ramai tidak tahu bahawa kini sudah terdapat pelbagai variasi kondom yang bagus untuk kegunaan dan kepuasan anda suami isteri. 

Malah, ada jenis kondom yang begitu nipis dan bertekstur mampu memberikan kepuasan maksimum sewaktu berhubungan. 

Ingin tahu kondom yang sesuai dengan kehendak anda? Lihat panduan di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Mengapa perlu guna kondom yang bagus?

Apabila menyebut tentang hubungan seksual, keselamatan dan keselesaan perlu menjadi keutamaan. Mengapa? 

Ini kerana hubungan seksual yang selamat dan selesa bukan sahaja dapat mengelakkan risiko kehamilan yang tidak diingini, tetapi juga melindungi kedua-dua pasangan daripada penyakit kelamin atau jangkitan seksual, nama ringkasnya STD 1.

Kondom adalah alat pelindung yang telah terbukti keberkesanannya dalam menjaga kesihatan seksual kita 1

Menerusi penggunaan kondom yang betul, kita dapat menikmati hubungan yang lebih intim dan dalam masa yang sama, boleh melindungi diri daripada kejadian yang tidak diingini. 

Selain itu, dengan pelbagai pilihan kondom yang ada di pasaran terutamanya daripada jenama terkenal seperti Durex, kita kini boleh memilih kondom yang sesuai dengan keperluan dan keinginan kita.

Penggunaan kondom juga boleh membantu pasangan mendapatkan kepuasan seksual dan pengalaman tersendiri semasa melakukan hubungan intim.

Jadi, bagaimana caranya memilih kondom yang sesuai dan bagus untuk kepuasan diri dan pasangan?

spotlight

Cara memilih kondom yang bagus

Memandangkan kondom mempunyai pelbagai variasi daripada saiznya hinggalah kepada jenis tekstur, ia mungkin agak memeningkan untuk anda memilih kondom yang sesuai. 

Lihat panduan ini:

#1. Pilih saiz kondom dahulu

Memilih saiz kondom yang sesuai adalah penting untuk keselesaan dan keberkesanannya dalam melindungi diri daripada kehamilan dan penyakit jangkitan seksual 2

Kondom bersaiz biasa mempunyai saiz antara 50-53 mm, manakala kondom bersaiz besar pula adalah antara 53-57 mm. 

Pastikan anda memilih saiz yang sesuai dengan ukuran anda untuk pengalaman yang lebih memuaskan 2

Bagaimana cara pilih saiz kondom Durex?

Jika mahukan saiz yang lebih besar, anda boleh memilih kondom seperti Durex Comfort XL

Jika anda perlukan saiz yang lebih kecil, Durex Close Fit mungkin pilihan terbaik anda. 

kondom yang bagus

#2. Tentukan ketebalan kondom yang bagus

kondom yang disukai wanita

Ketebalan kondom juga boleh mempengaruhi sensasi rasa semasa anda berhubungan intim. 

Terdapat pelbagai pilihan ketebalan seperti ekstra nipis, nipis, biasa dan juga tebal. 

Kondom yang lebih nipis memberikan sensasi yang lebih semula jadi seperti Durex Invisible. Manakala sesetengah individu berasa lebih selamat jika menggunakan kondom yang lebih tebal 3.

#3. Mahu pelincir ekstra atau tidak?

Pelincir adalah faktor penting dalam keselesaan semasa hubungan seksual

Kondom di pasaran biasanya hadir dengan jumlah pelincir biasa. 

Namun, ada juga kondom yang mempunyai pelincir tambahan untuk meningkatkan keselesaan semasa berhubungan. 

Kondom jenis ini adalah antara kondom yang disukai wanita.

Jadi anda boleh memilih mahu yang biasa atau dengan pelincir ekstra. 

#4. Mahukan kondom dengan ciri tambahan?

Di pasaran kini menawarkan kondom yang bagus dengan pelbagai ciri seperti bergerigi (ribbed), berbintik (dotted), licin (smooth) dan berperisa (flavoured). 

Kondom bergerigi dan berbintik direka khusus untuk meningkatkan sensasi seksual 4, biasanya lebih dikenali sebagai kondom tajam.

Manakala kondom berperisa pula akan menambahkan elemen keseronokan semasa hubungan intim. 

Anda boleh memilih antara Durex Sensation iaitu kondom berbintik dan juga Durex Pleasuremax iaitu kondom berbintik dan bergerigi. 

Pelincir juga sama penting

pelincir kondom

Memilih kondom yang bagus dan sesuai dengan kehendak diri adalah penting untuk pengalaman seksual yang lebih memuaskan. 

Selain pemilihan kondom yang sesuai, penggunaan pelincir juga boleh meningkatkan keselesaan dan kenikmatan seksual bersama pasangan 5

Ia juga membantu mengurangkan kesakitan pada faraj wanita ketika bersetubuh 6

Durex menawarkan pelbagai pilihan pelincir untuk memastikan setiap pengalaman anda adalah yang terbaik. 

Antaranya seperti:

  • Durex Play Classic H20
  • Durex Play Tingle H20
  • Durex Play Warming
  • Durex Intense Orgasmic Gel

Bukan itu sahaja, Durex juga mengeluarkan pelincir 2 dalam 1 iaitu Durex Massage 2in1 Aloe Vera Soothing yang boleh digunakan sebagai pelincir dan untuk tujuan urutan. 

Ini pastinya boleh membuatkan waktu intim anda bukan sahaja selesa, malahan seronok dengan urutan sensasi bersama pasangan. 

Jangan risau, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan variasi kondom dan pelincir Durex secara online sahaja!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Safer Sex Guidelines. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/safer-sex-guidelines. Diakses pada November 6, 2023. 
  2. Finding The Right Condom for You. https://www.brook.org.uk/blog/finding-the-right-condom-for-you/. Diakses pada November 6, 2023.
  3. A BASHH Guide to Condoms. https://www.bashh.org/public/condoms/. Diakses pada November 6, 2023.
  4. Condoms: Which of these five is right for you?. https://eseaor.ippf.org/blogs/condoms-which-these-five-right-you. Diakses pada November 6, 2023.
  5. Reece, M., Herbenick, D., Schick, V., Sanders, S., & Fortenberry, J. (2014). Men’s use and perceptions of commercial lubricants: prevalence and characteristics in a nationally representative sample of American adults.. The journal of sexual medicine, 11 5, 1125-35. https://doi.org/10.1111/jsm.12480. Diakses pada November 6, 2023.
  6. Kennedy, C., Yeh, P., Li, J., Gonsalves, L., & Narasimhan, M. (2022). Lubricants for the promotion of sexual health and well-being: a systematic review. Sexual and Reproductive Health Matters, 29. https://doi.org/10.1080/26410397.2022.2044198. Diakses pada November 6, 2023.

Versi Terbaru

15/12/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Gementar Pertama Kali Seks? Ikut 5 Tip Ini, Mesti Hilang Rasa Nervous Tu

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan