What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Mungkin ada yang tidak jelas dan bertanya, adakah amalan memberikan susu badan kepada bayi boleh menjejaskan prestasi seks seorang wanita?

    Jawapannya ialah ya dan ia bukan hanya memberikan satu kesan sahaja.

    Terdapat beberapa kesan yang boleh menjejaskan prestasi seks seorang wanita disebabkan oleh aktiviti menyusu badan. Sila baca penerangan di bawah ini.

    3 kesan utama penyusuan badan terhadap prestasi seks seorang wanita

    Ia mungkin kelihatan seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan, namun sebenarnya ini boleh memberikan impak kepada naluri, keinginan dan juga kepuasan hubungan seksual pada si isteri.

    Berikut adalah 3 kesan utama aktiviti memberikan susu badan terhadap kehidupan seks wanita.

    #1. Kurang keinginan atau dorongan seks

    menyusu badan

    Tiada sebarang tempoh menunggu bagi seseorang wanita untuk bersama suami selepas bersalin walaupun ada pakar kesihatan yang mencadangkan untuk ‘berpuasa’ sekitar 6 minggu sebelum kembali beraksi.

    Ini sekadar untuk memberikan peluang kepada tubuh wanita sembuh selepas melahirkan anak.

    Apabila seseorang wanita itu mula sibuk dengan aktiviti menyusu badan, banyak perkara yang akan terlepas pandang dalam kehidupannya.

    Ini termasuklah keinginan untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan yang mungkin tidak lagi dianggap penting.

    Kajian pada tahun 2005 menyatakan, wanita yang memberikan susu badan cenderung untuk menangguhkan terlebih dahulu hubungan seksual bersama pasangan berbanding wanita yang tidak menyusu badan.

    Artikel berkaitan:

    Selain itu, ia juga berkait rapat dengan perubahan hormon dalam tubuh.

    Selepas seseorang wanita itu melahirkan anak, tahap hormon estrogen dalam tubuh akan menurun manakala tahap hormon prolactin dan oxytocin pula akan meningkat.

    Hormon prolactin dan oxytocin ini memberikan kesan yang berbeza pada tubuh selain boleh mengganggu keinginan untuk melakukan seks.

    Peningkatan kedua-dua hormon ini membuatkan wanita mendapat kepuasan tersendiri hanya daripada menyusu badan.

    Namun, jangan sesekali dirisaukan hal ini kerana ia adalah sesuatu yang normal dalam kalangan wanita yang memberikan susu badan.

    Keinginan seks wanita ini ada turun naiknya ketika dalam tempoh menyusu badan anak dan ia akan kembali semula seperti sediakala secara perlahan-lahan.

    #2. Lalui aktiviti seks yang menyakitkan

    menyusu badan

    Apabila seseorang wanita itu terlibat dengan aktiviti menyusu badan, tubuhnya akan kurang menghasilkan hormon estrogen.

    Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap rangsangan seks dan pengeluaran pelincir semula jadi pada bahagian faraj wanita.

    Apabila hormon ini berkurangan, wanita akan mengalami sedikit kesukaran atau lambat untuk menjadi horny.

    Ini juga menyebabkan faraj wanita menjadi agak kering, sekali gus kurang selesa untuk menerima penetrasi zakar pasangannya.

    Cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan foreplay atau ringan-ringan dalam tempoh yang lebih lama. Ini boleh membantu menaikkan keinginan dan dorongan seks serta menyebabkan faraj menjadi lembap kembali.

    Selain itu, memberikan susu badan kepada anak juga menyebabkan puting payudara menjadi sakit. Apabila bayi menerima susu badan daripada payudara ibu, ia menjadikan kawasan tersebut lebih sensitif.

    Justeru, apabila suami menyentuh payudara si isteri semasa bersenggama, ia hanya akan menambahkan lagi kesakitan dan bukannya kenikmatan.

    Sekiranya anda berasa tidak selesa atau sakit apabila pasangan menyentuh payudara anda, jangan berasa segan untuk memberitahu mereka.

    Katakan kepada suami, anda tidak berasa selesa apabila payudara disentuh.

    #3. Membuatkan seks menjadi tidak selesa kerana susu badan yang keluar

    susu badan

    Selain itu, ada kemungkinan untuk susu badan terkeluar sewaktu melakukan hubungan seks.

    Beberapa hari selepas seseorang wanita itu melahirkan bayi, payudaranya akan dipenuhi dengan susu badan.

    Ketika ibu melakukan seks selepas bersalin, sentuhan, geselan atau hisapan pasangan pada payudara boleh merangsang bahagian sensitif tersebut untuk mengeluarkan susu.

    Susu badan bukan sahaja boleh meleleh keluar, malah adakalanya ia boleh tersembur keluar apabila wanita tersebut mencapai klimaks.

    Untuk mengawal keadaan ini, ikuti 3 cara ini:

    1. Pam susu anda terlebih dahulu. Ini bagi mengurangkan jumlah susu dalam badan sebelum melakukan hubungan seks bersama pasangan.
    2. Pakai bra bersama nursing pad. Sekiranya anda dan pasangan tidak mempunyai masalah untuk melakukan seks dengan payudara tertutup, pakai bra dan masukkan nursing pad ke dalam bra. Ini membantu payudara untuk menyerap sebarang susu badan yang keluar sewaktu bersetubuh.

    Kesimpulan

    Kelahiran bayi mengubah perjalanan hidup anda kepada cara hidup yang berlainan berbanding sebelum ini.

    Bukan sahaja melibatkan keinginan seks, malah hampir kesemua aspek dalam hidup seperti kuantiti tidur dan corak pemakanan anda.

    Oleh itu, perubahan keinginan seks sewaktu menyusukan anak adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.

    Apa yang lebih penting, anda tahu cara untuk mengendalikannya bersama pasangan. Komunikasi adalah jalan terbaik untuk anda suami isteri.

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sex-drive-in-women/symptoms-causes/syc-20374554

    https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1479788/

    https://www.nichd.nih.gov/health/topics/breastfeeding

    https://www.nchmd.org/education/mayo-health-library/details/CON-20033229

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 18/11/2020
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
    Next article: