backup og meta

Seks HAMBAR Selepas Menopaus? Cuba Pakai Pelincir, Ada Magisnya Tau!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    Seks HAMBAR Selepas Menopaus? Cuba Pakai Pelincir, Ada Magisnya Tau!

    Selepas menopaus, seks mungkin akan menjadi tidak selesa untuk wanita. Salah satu sebabnya adalah kekeringan pada kawasan Miss V yang membuatkan seks jadi menyakitkan. Sebab itulah, ada sebahagian daripada kita yang mungkin perlu memakai pelincir untuk wanita menopause. Nasib baiklah, ada banyak pelincir terbaik untuk wanita yang boleh kita dapati di farmasi berdekatan.

    Hampir 50% wanita yang mengalami menopaus tidak selesa untuk melakukan seks. Bukan itu sahaja, kaum Hawa juga akan alami iritasi dan kegatalan yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

    Kekeringan di sekitar kawasan vagina merupakan masalah biasa bagi wanita menopaus. Semua ini berlaku disebabkan kekurangan estrogen dalam badan.

    Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud masalah ini tidak boleh diatasi!

    Mari ketahui lebih lanjut mengenai pelincir untuk wanita menopause dan bagaimana ia dapat mengembalikan nikmat seks untuk wanita! Selain itu, kami juga akan berikan tip seks untuk hangatkan kembali kemesraan antara pasangan selepas menopaus. Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Jenis-jenis pelincir untuk wanita menopause

    pelincir untuk wanita menopause

    Sebelum beli, ada beberapa jenis pelincir yang perlu diketahui oleh wanita. Antaranya ialah:

    1. Pelincir untuk wanita menopause berasaskan air

    Pelincir berasaskan air merupakan antara yang terbaik untuk mengurangkan masalah vagina kering. Menurut NHS, pelincir jenis ini sesuai digunakan bersama kondom getah dan juga pelbagai jenis sex toys.

    Malah, disebabkan ia berasaskan air, pelincir ini mudah untuk dibasuh. Walau bagaimanapun, produk ini mungkin lebih mudah untuk tersejat. Jadi, anda perlu mengaplikasikannya berkali-kali.

    Sebelum beli, periksa dulu sama ada pelincir tersebut mengandungi gliserin atau paraben.

    Beberapa jenis pelincir berasaskan air mengandungi bahan-bahan ini untuk memanjangkan jangka hayatnya. Namun, ia mungkin akan menyebabkan iritiasi pada sesetengah wanita.

    2. Pelincir berasaskan silikon

    Mengapa ada yang lebih gemarkan pelincir berasaskan silikon? Untuk pengetahuan anda, pelincir jenis ini tidak mengandungi air. Oleh sebab itu, bakteria tidak boleh membiak di dalamnya.

    Selain itu, pelincir berasaskan silikon juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet. Jadi, ia merupakan pilihan lebih selamat, terutamanya untuk wanita yang kerap mengalami jangkitan.

    Sama seperti pelincir berasaskan air, pelincir silikon dapat digunakan bersama-sama kondom getah. Ia dapat bertahan lebih lama namun lebih sukar untuk dibasuh.

    Baca juga:

    3. Pelincir berasaskan minyak

    Pelincir berasaskan minyak pula tahan lama dan bersifat semula jadi. Ia merupakan pelincir untuk wanita menopause yang terbaik jika anda mempunyai kawasan intim yang sensitif.

    Walau bagaimanapun, penggunaan bersama kondom getah mungkin boleh menyebabkan masalah lain. Kondom adalah mudah koyak dan wanita pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami UTI atau jangkitan vagina.

    4. Jangan guna jeli petroleum sebagai pelincir

    Walaupun rasanya ‘sedap’, elakkan menggunakan jeli petroleum sebagai pelincir untuk wanita menopause sewaktu melakukan seks. Elakkan juga penggunaan losyen, minyak zaitun atau minyak bayi.

    Semua bahan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan. Malah, minyak juga boleh menyebabkan kondom cepat haus dan koyak. Ini akan membuatkannya kurang efektif untuk mencegah jangkitan STD.

    Apa lagi yang boleh bantu wanita cecah orgasma?

    Jika anda ingin orgasma, tetapi sukar kerana vagina terlalu kering, mungkin ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk ‘merancakkan’ lagi kehidupan seks anda.

    Jangan cepat menyerah kalah. Usia bukanlah penentu segalanya! Ada pelbagai cara untuk anda menikmati seks semula walaupun telah mencapai menopaus.

    Untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan, cuba tip-tip ini:

    1. Jangan lupa guna pelincir untuk wanita menopause

    Tanpa penggunaan pelincir, seks mungkin akan jadi menyakitkan bagi wanita. Sebab itulah, penggunaan pelincir mungkin dapat membantu.

    Malah, ia juga dapat mengurangkan geseran jika pasangan anda ingin melakukan sentuhan-sentuhan mesra pada kawasan intim.

    Sedang mencari pelincir terbaik untuk wanita? Artikel kami ini mungkin dapat membantu.

    2. Cuba lakukan stimulasi secara terus

    pelincir untuk wanita menopause

    Ketika wanita mengalami menopaus, peredaran darah dari vagina dan klitoris akan berkurangan.

    Jika anda memerlukan rangsangan klitoris untuk orgasma, kekurangan sensitiviti ini mungkin akan membuatkan wanita makin sukar untuk rasa puas.

    Inilah masanya untuk bereksperimen dengan teknik-teknik baharu. Gunakan pelincir, vibrator atau lakukan seks oral untuk merangsang sensitiviti isteri ketika di ranjang. Barulah wife puas!

    3. Foreplay, foreplay foreplay!

    pelincir untuk wanita menopause

    Kepada suami, janga terus ‘terjun’ je! Jangan lupa, wanita perlu dimanja terlebih dahulu.

    Tanpa foreplay, masa di katil mungkin akan jadi hambar untuk kaum Hawa. Jadi, jangan lupa pancing mood isteri. Mulakan permainan dengan ciuman dan sentuhan mesra.

    Tip foreplay untuk pasangan suami isteri:

    1. Cuba urut pasangan secara bergilir-gilir.
    2. Mandi bersama-sama.
    3. Gunakan minyak atau sex toys.

    4. Pastikan bilik sentiasa sejuk

    Rasa rimas kalau bilik panas dan asyik berpeluh ketika melakukan seks? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda sejukkan bilik. Tambahkan kipas atau sebaldi air berdekatan untuk bantu turunkan suhu bilik.

    Wanita yang sedang menopaus selalunya akan mengalami masalah ‘hot flashes’ yang membuatkan kawasan muka, leher dan dada menjadi panas.

    Dengan mengekalkan suhu bilik pada tahap yang optimum, isteri mungkin akan rasa lebih sejuk dan selesa untuk bermesra lebih lama dengan suami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan