backup og meta

7 Kondom Berduri Terbaik & Popular Di Malaysia Tahun Ini, Suami Mesti Guna!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    7 Kondom Berduri Terbaik & Popular Di Malaysia Tahun Ini, Suami Mesti Guna!

    Carian kata kunci kondom berduri terbaik Malaysia memang sangat tinggi di internet. Usah susah hati lagi, kami akan menyenaraikan beberapa jenama yang paling popular pada tahun ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Jenis kondom berduri kini makin digemari ramai

    Seperti mana ramai sedia maklum, terdapat pelbagai jenis kondom yang tercipta sesuai keperluan seksual individu termasuk kondom berduri, berperisa, beraroma dan banyak lagi jenis lain.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, kondom jenis ini memiliki permukaan yang seakan berduri, bergigi atau bergerigi namun tidak terlalu tajam sehingga boleh mencederakan alat kelamin.

    Selain mempunyai kemampuan untuk mengelakkan kehamilan luar jangka, kondom jenis ini juga mampu meningkatkan kenikmatan dan kepuasan seksual dek permukaannya yang luar biasa itu.

    Serupa dengan kondom jenis lain, kondom berduri terbaik dipercayai bakal mengurangkan risiko kehamilan luar jangka kira-kira 90% ke 99% bergantung kepada penggunaan masing-masing!

    kondom berduri terbaik

    “Permukaan kondom yang ‘tajam’ dan ‘tebal’ juga mungkin akan membantu lelaki yang ada masalah ejakulasi pramatang agar dapat bertahan lebih lama ketika bersenggama,” jelas Pakar Seks Hubungan, Dr Prima Progestian.

    Kondom berduri terbaik & paling popular di Malaysia!

    Sebenarnya, ada banyak jenama kondom berduri terbaik dan popular di pasaran seperti berikut:

    Kondom berduri terbaik #1. Durex Sensation

    Pertama, syarikat gergasi pengeluar kondom dunia Durex telah mengeluarkan sejenis produk iaitu Durex Sensation yang hadir dengan sejumlah ideal bintik-bintik timbul pada ‘badan’ kondom!

    Bintik ini wujud pada bahagian badan kondom dengan tujuan untuk lebih merangsang klitoris dan kawasan dalam faraj pada titik stimulasi atau sensitiviti terbaik di saat hubungan seksual.

    Dalam pada itu, ia juga telah disahkan selamat digunakan melalui ujian elektronik dan dermatologi makmal selain mempunyai pelincir silikon semula jadi yang sesuai untuk semua individu.

    #2. Playsafe Easy Pack Dotted Condoms

    Playsafe juga telah mengeluarkan satu produk kondom yang mempunyai bintik-bintik pada badan kondom dengan tujuan memberi lebih keghairahan kepada pasangan ketika hubungan seksual.

    Apa yang lebih menarik, produk ini menggabungkan lubrikasi dan fleksibiliti yang hebat selain ada ruangan ideal untuk takungan air mani di samping bentuk anatomik sesuai untuk semua orang.

    Kalau anda rasa kondom ini masih lagi kurang ‘power‘, pertimbangkan produk yang ada di bawah pula.

    #3. Playsafe Easy Pack Ribbed Dotted Condoms

    Satu lagi produk kondom keluaran Playsafe yang hampir sama, ia juga memiliki bintik-bintik pada badan kondom di samping lubrikasi, fleksibiliti, ruang air mani serta bentuk anatomik di atas.

    Apa yang mungkin sedikit berbeza adalah ia hadir dengan dua bearing di muncung kondom lantas mampu memberikan dua kali ganda keghairahan hubungan kepada diri sendiri serta pasangan.

    Oh, tidak lupa juga bahawa kedua-dua produk Playsafe ini boleh membuat kalian tahan lebih lama.

    #4. Top Feel Dotted Rubber Latex Condom

    Diperbuat daripada getah bergred premium, kondom ini memberikan pelindungan yang amat baik daripada kehamilan luar jangka serta jangkitan kelamin (STD) yang berbahaya buat kalian.

    Selain mempunyai duri atau bintik untuk kenikmatan dan kepuasan seksual, ia turut mengandungi pelincir silikon dan sudah menjalani ujian elektronik dan dermatologi bagi keselamatan anda.

    Uniknya, getah gred tinggi yang digunakan mampu memberikan fleksibiliti tahap maksimum dan ini sangat penting bagi membolehkan ia kekal utuh melekat pada zakar tatkala beraksi di ranjang!

    #5. Care WOW Supertank Dotted

    Mempunyai sedikit persamaan dengan kondom-kondom di atas tadi, produk ini memiliki satu keistimewaan di mana kondom dari syarikat Care ini mempunyai rasa dan bau vanila.

    Ia mempunyai bintik timbul di badan kondom selain lulus ujian elektronikal sekali gus menjadikan ia kondom yang amat sesuai untuk digunakan bagi keghairahan pasangan ketika hubungan.

    Sedikit tip penting buat kalian: Gunakan pelincir dari jenis cecair kerana pelincir dari jenis minyak, losyen atau krim bakal menjejaskan kualiti getah lantas akan merosakkan kondom tersebut.

    #6. Nulatex TOPI Dotted Condoms

    Dihasilkan di Malaysia, kondom ini turut menggunakan bahan getah semula jadi bergred premium selain memiliki bau dan rasa yang neutral dan tidak meloyakan atau meresahkan pengguna.

    Lebih menarik, ia juga disahkan selamat melalui ujian elektronik serta didaftarkan dengan MMDA bersama dengan pelincir semula jadi dari jenis silikon bagi hubungan yang jauh lebih lancar.

    Kebaikannya yang lain tentu sahaja mampu mencegah kehamilan luar jangkaan, jangkitan kelamin dan menambahkan lagi kenikmatan serta kepuasan di saat anda dan pasangan bersetubuh.

    #7. P’Sang Big G Dot Buttercup Condom

    Kondom berduri terbaik di Malaysia yang terakhir datang dengan bintik dan perisa pisang, sesuai dengan nama produknya selain diperbuat daripada getah semula jadi yang licin dan lutsinar.

    Keistimewaan kondom ini berbanding produk-produk di atas tadi adalah ia memiliki bintik-bintik dengan saiz besar sekali gus dapat memberikan keghairahan seksual yang paling maksimum.

    Sama dengan setiap produk tadi, ia juga hadir dengan pelbagai saiz, jadi anda boleh pilih yang sesuai dengan alat kemaluan anda.

    Konklusinya, wujud banyak produk kondom berduri terbaik dan popular di pasaran negara kita lantas memberikan kalian lebih banyak pilihan dalam usaha mendapatkan hubungan seks terbaik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan