Adakah anda tahu perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko terhadap tubuh badan kita? Jika tidak, sila baca penerangan ini:
#1. Ia akan jejaskan sperma
Menurut pelbagai kajian, penggunaan air liur sebagai pelincir yang terlalu banyak semasa melakukan hubungan seks mampu menjejaskan kebolehan dan keupayaan sperma untuk berenang memasuki ovari.
Jadi, ia secara tidak langsung menjejaskan sperma terutamanya bagi lelaki yang sudah sedia mengalami kondisi kekurangan atau kecacatan sperma.
Oleh itu, jika anda dan pasangan sudah mencuba bertahun-tahun untuk mengandung namun masih belum berjaya, cuba elak melakukan perbuatan ini dan lihat kesannya.
#2. Ia boleh jadi punca jangkitan pada alat sulit
Buat anda yang belum tahu, guna air liur sebagai pelincir boleh jadi punca jangkitan pada alat sulit terutamanya faraj. Ini kerana bakteria yang ada pada air liur dan bakteria yang wujud pada faraj adalah berbeza.
Di dalam air liur, terdapat enzim pencernaan yang berfungsi menguraikan makanan manakala di faraj pula terdapat mikrobioma. Bakteria pada faraj ini mungkin akan mati sekiranya ia bertembung dengan bakteria pada air liur.
Kesannya, ia akan menyebabkan ekosistem pada faraj terganggu lantas mengakibatkan jangkitan pada alat sulit wanita ini!
#3. Ia berisiko menyebarkan STD
Apa itu STD? Untuk pengetahuan anda, STD atau sexually transmitted diseases adalah penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorrhea, chlamydia, trichomoniasis dan HPV. Berita buruknya, ia boleh tersebar melalui air liur.
Disebabkan itu, perbuatan guna air liur sebagai pelincir seks ini adalah berisiko. Meskipun anda tidak melakukan seks oral, seks penetrasi yang menggunakannya sudah mampu dapat menyebarkan penyakit kelamin ini.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan STD terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang itu.
Untuk lebih selamat, elakkan daripada guna air liur sebagai pelincir ketika bersetubuh dengan pasangan. Sebaliknya, gunakan pelincir yang telah diperakui oleh doktor.
Air liur bukan pelincir terbaik!

Dalam erti kata yang lain, air liur bukan sahaja mungkin mengakibatkan beberapa risiko di atas, malahan juga ia tentu sekali bukan pelincir seks yang terbaik!
Menurut seorang Pakar Seks, Dr Felice Gersh yang juga merupakan Penulis buku PCOS SOS: A Gynecologist’s Lifeline to Naturally Restore Your Rhythms, Hormones, and Happiness, air liur langsung tidak mempunyai kualiti sebagai pelincir seks yang bagus.
“Ini kerana ia langsung tidak mempunyai konsistensi dalam melincinkan alat kemaluan malah akan menyejat dan mengering dengan cepat. Selain itu, ia juga berisiko merengsakan alat sulit lelaki dan wanita,” jelas beliau lagi.
Jadi, beliau menyarankan agar pasangan suami isteri menggunakan pelincir seks yang direka khas untuk mencipta sensasi yang licin agar kemasukan zakar akan menjadi lebih lancar dan nyaman tanpa sebarang rasa nyeri.
Konklusi
Kesimpulannya, hampir majoriti pasangan suami isteri di dunia ini pernah dan masih lagi menggunakan air liur sebagai pelincir seks. Namun, anda berdua perlu tahu bahawa ia bukanlah satu pilihan yang terbaik!
Jadi, pertimbangkan untuk menggunakan pelincir seks yang telah diperakui oleh doktor seperti pelincir berasaskan air atau silikon. Namun, jangan pula anda membabi buta membeli produk pelincir kerana terpedaya dengan iklan di internet ya?
Akhir kata, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.