Pemilihan kondom tidak bergantung kepada lelaki semata-mata. Ramai wanita juga mempunyai keutamaan tersendiri apabila memilih kondom, terutama dari segi keselesaan, tekstur, ketebalan dan sensasi ketika bersama pasangan. Maka, anda dan pasangan juga perlu tahu bahawa ada jenis kondom yang paling disukai wanita!
Persoalannya, apakah jenis kondom yang ramai wanita gemari? Adakah ia perlu berperisa, berduri atau jenis yang lain?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Adakah setiap suami tahu cara goda isteri?Â
Di awal usia perkahwinan, semuanya pasti indah belaka bukan? Aktiviti seksual di kamar tidur juga biasa berjalan dengan lancar, hangat dan penuh keterujaan tanpa berlaku sebarang masalah yang besar.
Namun, lama-kelamaan api asmara yang menyala itu mungkin akan mula malap. Faktor kesibukan mengurus rumah tangga, mencari nafkah dan menjaga anak akan menyebabkan kalian hilang minat dengan seks.
Dalam masa yang sama, paras libido anda dan pasangan juga mungkin menurun. Ini juga adalah akibat masalah fizikal atau mental yang gagal untuk diambil berat dan dirawat daripada peringkat awal.
Sebagai suami dan ketua keluarga, anda perlu tahu bahawa ada jenis kondom yang paling disukai wanita. Dengan menggunakan kondom ini, siapa tahu jika ia boleh membantu membuat seks anda berdua lebih menarik?
Ini antara jenis kondom yang paling disukai wanita!
Secara logik akal, mungkin ramai akan fikir jenis kondom yang paling disukai wanita adalah jenis kondom yang tahan lama. Â
Ya, ia merupakan salah satu daripada ciri-ciri kondom yang harus dipertimbangkan.
Bahkan, mungkin ramai wanita yang memilih kondom jenis nipis di mana ia seperti anda langsung tidak memakai kondom.
Setiap individu juga akan mempunyai pendapat sendiri tentang alat kontraseptif yang disukai wanita. Jika ia tidak menepati piawaian anda, itu bukan bermakna pasangan lain turut berpendapat sama seperti anda ya?
1. Kondom paling best, Durex Sensation CondomÂ
Lagi berita baik buat anda dan pasangan, kalian boleh mempertimbangkan untuk menggunakan jenis kondom yang paling disukai wanita keluaran Durex.Â
Durex Sensation Condoms direka dengan tekstur dotted dan ribbed yang membantu meningkatkan sensasi ketika bersama pasangan.
Mereka juga mempunya variasi lain seperti nipis, lutsinar, berduri, bersuhu dingin atau berperisa strawberi serta coklat, alat kontraseptif yang mungkin memenuhi cita rasa masing-masing!
2. Durex Fetherlite Thin Condoms Â
Durex Fetherlite Thin Condoms terkenal sebagai salah satu kondom durex ultra nipis yang popular. Bagi anda yang menggemari kondom nipis untuk rasa lebih natural dan seperti tidak memakai alat perlindungan, ini jawapan terbaik untuk anda.
Kondom ini masih lagi memberikan perlindungan walaupun dengan melakukan hubungan intim.
3. Nulatex Feel Xensitive Ultra Thin Condoms
Nulatex Feel Xensitive Ultra Thin Condoms juga berada dalam kategori kondom nipis yang mampu memberi rasa lebih dekat dengan pasangan. Alat kontraseptif ini juga diperbuat dariada lateks semula jadi premium yang kurang berbau.
Buat pengetahuan anda, kondom ini telah berdaftar dengan MDA dan telah diuji secara elektronik untuk memastikan perlindungan maksimum.
4.P’Sang 1+1+1 Dotted Ribbed Contoured Condom, jenis kondom yang paling disukai wanita
Di pasaran, ada juga jenis kondom berteksur seperti titik-titik (dotted) atau garis-garis (ribbed) di bahagian luar yang membantu meningkatkan geseran dan stimulasi dalam faraj. Jika anda ingin mencuba atau sukakan sensasi tambahan, P’Sang 1+1+1 Dotted Ribbed Contoured Condom adalah jawapannya!
Rekaan ini biasanya menjadi pilihan pasangan yang mahu pengalaman lebih menarik di ranjang.
5. Care 50 G-Spot Condom Â
Care 50 G-Spot, antara kondom paling best yang menawarkan kondom bertekstur yang mampu meningkatkan stimulasi dan memberi sensasi pada wanita. Yang menariknya, kondom ini juga ada bauan tropika yang membantu membangkitkan suasana tenang.
Walaupun pengalaman setiap individu berbeza, pastikan anda fokus pada keselesaan pasangan anda. Buat pengetahuaan anda, alat kontraseptif ini mengandungi lateks getah asli.
6. ONE Condoms – Zerothin Ultra Thin 003 thickness
Bagi anda yang tidak tahu, ONE Condoms Zerothin Ultra Thin 003 terkenal sebagai kondom nipis dengan ketebalan sangat nipis sekitar 0.03mm.
Walaupun ia nipis, ia jenama yang dipercayai dan mampu memberikan perlindungan ketika melakukan hubungan intim. Ramai pasangan sering memilih jenama kondom ini kerana lebih lembut dan berikan rasa lebih natural.
7.  Playsafe Assorted Condoms – Extreme Pleasure
Playsafe merupakan jenama kondom buatan Malaysia dan telah lama berada di pasaran. Playsafe Assorted Condoms Extreme Pleasure menawarkan pelbagai jenis tekstur dan sensasi dalam satu pek.
Dengan itu, anda boleh mencuba variasi kondom yang berbeza! Sesuai sangatn untuk pasangan yang sedang mencari jenis kondom yang selesa untuk mereka.
Kondom yang sesuai membantu memberikan keselesaan dan keyakinan pasangan. Apa yang paling penting ialah komunikasi dan keselesaan bersama pasangan supaya hubungan intim anda dapat dihangatkan kembali, selamat dan menyenangkan untuk kedua-dua pihak.