backup og meta

Tips Tahan Lama Di Ranjang, Pasangan Suami Isteri Cuba 5 Petua Ini

Tips Tahan Lama Di Ranjang, Pasangan Suami Isteri Cuba 5 Petua Ini

Pasangan suami isteri mana yang ingin hubungan seks mereka berlangsung sekejap sahaja, kan? Jadi, kami ada beberapa tips tahan lama atau cara tahan lama tanpa tisu magic yang boleh buat kalian berasmara tanpa ragu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Berapa lama seks itu perlu berlangsung?

Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak pendapat yang berbeza bergantung kepada individu.

Menurut kajian seliaan syarikat kondom SKYN terhadap 2,000 individu dewasa, mereka mungkin percaya hubungan seks sekitar 30 minit adalah jangka masa paling sesuai buat pasangan.

Manakala soal selidik syarikat alatan dan mainan seks Lovehoney terhadap 4,440 individu dewasa pula menunjukkan bahawa sekitar 20 minit menjalani aktiviti seksual itu sudah memadai.

Pun begitu, angka ini hanya satu pendapat yang mungkin berbeza bergantung kepada individu. Ia juga tidak pula menggambarkan idea keseluruhan penduduk di dunia. Bagaimana pula kata pakar?

tips tahan lama
Hubungan kelamin lebih panjang.

“Secara purata, 9 hingga 12 minit merupakan waktu yang paling ideal bagi pasangan melakukan hubungan seks penetrasi yakni memasukkan dan mendayungkan zakar ke dalam faraj,” jelas Pakar Terapi Seks, Dr Holly Richmond.

Apa yang lebih utama adalah kemahuan, kemampuan dan kepuasan individu. Adakah anda setuju tips tahan lama tanpa ubat tahan lama itu penting?

Bagaimana tips tahan lama di kamar tidur?

Hakikatnya, majoriti pasangan di dunia dan negara kita ini ingin hubungan seks mereka bertahan dengan lebih lama ekoran kepercayaan terhadap faktor kehebatan, kekuatan dan lain-lain.

Ia tidak salah, maka wujud beberapa cara untuk memanjangkan durasi ketika bersetubuh seperti berikut:

  • Meluangkan lebih masa untuk foreplay & afterplay
  • Menggantikan posisi ketika senggama
  • Menggunakan banyak lapis kondom
  • Beronani sebelum melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj
  • Berhenti dan ulang semula selepas klimaks yang tidak jadi

Dalam pada itu, wujud banyak lagi ubat tahan lama cara tradisional yang diamalkan termasuk menyapu minyak lintah, minyak belacak, minyak gambir dan variasi kaedah popular lain.

Apa yang boleh menjadi isu di sini adalah petua tahan lama bersama isteri di atas mungkin hanya akan memberi kesan kepada sesetengah individu sahaja dan bukan semua orang bakal mendapat manfaat serupa.

Persoalannya, apa tips tahan lama agar anda dapat bertahan lebih lama ketika beraksi di ranjang?

tips tahan lama
Petua hubungan intim lebih panjang.

Jangan nilai daripada 1 pancutan air mani!

Ramai individu atau lebih tepat lagi pasangan akan beranggapan bahawa saat air mani si lelaki itu ketika berhubungan merupakan waktu hubungan seks tamat dan ia memang ada benarnya.

Alasannya, pengeluaran air mani bukan sahaja menandakan malah membuat seseorang lelaki itu mengalami kepuasan seksual. Namun, ketahuilah bahawa senggama melibatkan dua orang.

Menurut Pakar Psikologi, Rachel Needle, hubungan seks cuma boleh berakhir apabila kedua orang pasangan sudah mengalami kepuasan – di dalam istilah lebih saintifik orgasma atau klimaks.

“Seks juga tidak harus berhenti pada puncak syahwat. Rangsangan seksual masih boleh diteruskan sebagai tips tahan lama selepas itu sekali gus membolehkan ia dilakukan buat kali kedua, ketiga dan seterusnya,” tambah beliau lagi.

Dalam erti kata lebih mudah, kalian tidak boleh menilai kepuasan hubungan seksual itu dengan 1 pancutan air mani sahaja. Kenapa hanya perlu sekali kalau kalian boleh puas beberapa kali?

Pun begitu, ini juga bukan bermaksud individu boleh sesuka hati memancutkan air mani sehingga 10 ke 20 kali sehari. Ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat termasuk kesakitan pada zakar!

kesilapan seks
Elakkan kesilapan ketika berhubungan intim.

Tips tahan lama dengan tukar gaya hidup!

Mungkin ramai individu yang belum sedar jika gaya hidup bakal mempengaruhi keupayaan serta ketahanan ketika berhubungan intim. Ia juga merupakan faktor yang utama dan penting.

Sebagai contoh, anda yang kurang bersenam, tidak jaga makan dan minum serta masih membuat tabiat-tabiat buruk termasuk menghisap rokok atau meminum alkohol sudah pasti sedikit ‘lemah’ di ranjang berbanding mereka dengan tubuh badan sihat.

Jadi, ubat tahan lama semasa bersetubuh perlu merangkumi aspek gaya hidup yang sihat. Ini kerana ia sudah pasti boleh mempengaruhi keupayaan dan ketahanan daya seksual masing-masing.

Sekiranya anda ada sebarang masalah berkaitan petua tahan lama tradisional atau moden dan kesihatan tubuh badan , sila segera berjumpa doktor bagi mendapatkan ubatan atau rawatan terutama jika ia terkait isu seksualiti.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Normal sex duration, https://www.news-medical.net/news/2008/04/01/Normal-sex-duration.aspx, Accessed Dec 21 2022.
  2. 9 tips for how to last longer in bed, https://ro.co/health-guide/how-to-last-longer-in-bed/, Accessed Dec 21 2022.
  3. 5 Ways to Help Him Last Longer in Bed, https://www.healthywomen.org/your-health/Sexual-Health/5-ways-help-him-last-longer-bed, Accessed Dec 21 2022.
  4. How many times can a guy ejaculate in one day before it hurts?, https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-,experts/how-many-times-can-a-guy-ejaculate-in-one-day-before-it-hurts, Accessed Dec 21 2022.
  5. Tips to Improve Your Sex Life, https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm, Accessed Dec 21 2022.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan