10 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Ereksi Lemah, Tiada Lagi “Tewas” Awal!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Setiap kali berbicara mengenai ereksi lemah, tidak ramai lelaki yang sanggup untuk mengakuinya. Ini kerana mereka beranggapan bahawa maruah mereka akan tercalar sekiranya sering sahaja tewas awal kepada pasangan di kamar tidur. Persoalannya, apakah yang menyebabkan ereksi lemah dan apakah cara untuk mengatasinya?

Punca ereksi lemah

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Adelaide terhadap 810 lelaki berusia 35 hingga 80 tahun selama 5 tahun, 31% daripada jumlah ini mengalami masalah ereksi.

Menurut Profesor Gary Wittert yang merupakan Ketua Jabatan Perubatan di universiti yang sama, ereksi yang lemah bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan seksual seseorang malahan ia juga mungkin mempunyai kaitan dengan pelbagai kondisi kesihatan yang lain. 

Beliau turut menjelaskan bahawa faktor risiko terjadinya perkara ini adalah lebih berkaitan dengan isu fizikal berbanding isu psikologi seperti usia, obesiti, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan atau gangguan waktu tidur seperti apnea tidur obstruktif.

Berita baiknya, kajian tersebut turut menjelaskan bahawa 29% daripada jumlah lelaki dengan ereksi lemah ini mampu mengatasi masalah tersebut secara semula jadi. Persoalannya, apakah cara untuk mengatasi ereksi lemah?

Disfungi erektil

Selain ereksi lemah, ada satu lagi masalah yang lebih besar dan membimbangkan lelaki iaitu disfungsi erektil atau bahasa mudahnya, mati pucuk!

Untuk pengetahuan anda, kondisi ini berlaku apabila seorang lelaki itu gagal untuk memulakan atau mengekalkan ereksi sehingga ia cukup untuk melakukan hubungan seksual. Gagal untuk zakar mengalami kekerasan atau ketegangan yang optimum adalah perkara yang mungkin boleh dianggap normal bagi lelaki – ereksi lemah.

Namun, jika kondisi ini berlaku secara berterusan, ia boleh jadi punca tekanan lantas menjejaskan keyakinan diri serta mungkin merosakkan rumah tangga anda kelak.

Jadi, apakah punca disfungsi erektil?

Buat anda yang belum tahu, ia terbahagi kepada dua, iaitu punca fizikal dan psikologikal.

Fizikal

Individu mungkin akan mengalami kondisi disfungsi erektil sekiranya mereka mempunyai beberapa kondisi kesihatan berikut:

Psikologikal

Selain itu, kondisi ini juga mungkin didasari oleh faktor psikologikal iaitu otak. Kadangkala, individu yang mengalami disfungsi erektil juga mungkin mengalami:

Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kondisi ereksi lemah atau disfungsi erektil ini agar kehidupan seks seorang lelaki dengan pasangannya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera!

10 Cara Semula Jadi untuk Mengatasi Ereksi Lemah

#1. Berhenti merokok

Buat perokok di luar sana, anda perlu tahu bahawa tabiat buruk ini boleh merosakkan saluran darah lantas menjejaskan aliran darah ke kemaluan. Lebih menakutkan, menghisap rokok juga boleh menyebabkan saluran darah mengecut lalu menghalang terus darah daripada melaluinya. Ini kemudiannya akan menyebabkan mati pucuk.

#2. Kurangkan pengambilan alkohol

Mungkin bagi kebanyakan individu, pengambilan alkohol secara sederhana adalah tidak memudaratkan. Namun begitu, pengambilan alkohol secara berlebihan sebenarnya akan menyebabkan kerosakan organ hati, sistem saraf serta beberapa kondisi lain yang akan mengganggu hormon seks lelaki.

#3. Ambil tahu tentang hormon testosteron anda

Untuk pengetahuan anda, kadar hormon testosteron lelaki akan mula menurun dengan mendadak apabila mencecah usia kira-kira 50 tahun. Selepas anda berusia sekitar 40 tahun, hormon testosteron akan mula merudum sebanyak 1.3 % pada setiap tahun. 

Antara petanda anda mengalami kekurangan hormon testosteron adalah kurang libido, kurang stamina, ketidakstabilan emosi atau sukar membuat keputusan. Oleh itu, pastikan anda kerap berjumpa doktor dan ambil tahu mengenainya.

#4. Kawal stres

Stres sebenarnya akan membuatkan tubuh anda merembeskan hormon adrenalin, yang akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ia seterusnya akan mengakibatkan ereksi menjadi lemah. Jadi, sila kawal stres anda untuk kebaikan kehidupan seks anda dan pasangan.

#5. Jangan cuba posisi seks yang berbahaya

Percaya atau tidak, ereksi lemah juga mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa melakukan seks. Oleh itu, sentiasa ingatkan diri anda untuk melakukan seks secara selamat dan jangan cuba posisi seks yang berbahaya. Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat daripada doktor tentang posisi seks mana yang boleh dan tidak boleh anda dan pasangan lakukan. 

#6. Elak pengambilan steroid anabolik

Kebanyakan atlet dan ahli bina badan selalu menggunakan ubatan ini untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik. Namun begitu, ia sebenarnya mampu menjejaskan kemampuan tubuh badan untuk menghasilkan hormon testosteron serta mengecilkan saiz testis.

#7. Kawal pemakanan anda

Tidak ramai yang tahu bahawa diet pemakanan adalah sangat penting untuk kesihatan individu secara umumnya termasuklah kebolehan untuk ereksi yang kuat. Diet yang kurang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan makanan yang berlemak, atau bergoreng akan menjejaskan saluran darah dalam keseluruhan tubuh badan. Ini sudah tentu akan merosakkan kemampuan ereksi anda.

#8. Kawal pengambilan kolesterol anda

Kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan berupaya merosakkan saluran darah, termasuklah saluran yang terdapat pada kemaluan. Jadi, pastikan anda kawal pengambilan kolesterol untuk mengekalkan tekanan darah anda selain memastikan ereksi anda kekal berada pada prestasi yang terbaik.

#9. Kekalkan berat badan yang sihat

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sangat berisiko menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes jenis 2, yang akan menjejaskan sistem saraf tubuh badan. Jika penyakit ini menyerang saraf kemaluan, kemampuan ereksi anda akan terjejas. Oleh itu, sentiasa kekalkan berat badan yang sihat.

#10. Lakukan senaman dengan kerap

Senaman seperti aerobik, berenang atau berjoging mampu membantu anda mengatasi masalah ereksi lemah. Akan tetapi, pastikan anda elak daripada melakukan senaman yang memberi tekanan berat terhadap perineum (kawasan skrotum dan anus) seperti aktiviti berbasikal. Ini kerana saluran darah dan saraf di kawasan ini mudah terjejas akibat tekanan berat.

Konklusi

Kesimpulannya, ramai lelaki yang mungkin mengalami masalah ereksi lemah atau mati pucuk, cuma malu untuk mengakuinya dan mendapatkan rawatan lanjutan. Seharusnya, perkara seperti ini tidak terjadi kerana tiada apa yang perlu anda malukan. Ia adalah sesuatu yang mungkin normal. Jika anda juga mengalaminya, segera berjumpa doktor okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

    Ketagihan seks adalah masalah yang boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun kaum wanita. Ini perbezaan signifikan yang perlu diketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

    Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Fahami mengapa masalah ini terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Bosan Bersenggama Ketika Berbaring? Apa Kata Cuba ‘Projek’ Secara Berdiri Pula!

    Anda ingin cuba posisi seks berdiri namun tidak tahu bagaimana? Tenang, jom klik artikel ini untuk tip yang boleh bantu kalian menjayakannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selepas Pembedahan Hernia, Bila Baru Boleh Bersama Pasangan? Pertimbangkan 4 Perkara Ini!

    Pasca pembedahan hernia, adakah anda dan pasangan boleh teruskan kehidupan seks seperti biasa? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    seks ghairah

    Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    posisi seks

    Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    masalah seks wanita cedera ketika seks

    Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
    nafsu seks ubat kuat wanita

    Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT Tau! Jom Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan