backup og meta

Senaman Aerobik vs Anaerobik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/09/2019

    Senaman Aerobik vs Anaerobik

    Walaupun bunyinya hampir sama, senaman aerobik dan anaerobik adalah aktiviti fizikal yang berbeza. Jadi, apakah sebenarnya perbezaan di antaranya?

    Aerobik

    Senaman aerobik adalah sejenis aktiviti di mana anda menggunakan tangan dan kaki anda untuk membuat pergerakan. Badan dan otot anda bergerak secara berterusan berdasarkan rima gerak yang mudah dilaksanakan, dalam gerakan berulang-ulang. Kadar denyutan jantung dan pernafasan akan meningkat sejajar dengan senaman fizikal anda. Aerobik bermaksud “dengan oksigen”, yang menunjukkan bahawa semasa senaman anda, oksigen digunakan untuk membakar karbohidrat dan lemak, oleh itu, menghasilkan tenaga untuk seluruh badan.

    Kumpulan Senaman Aerobik 

    Menurut The American College of Sports Medicine, latihan aerobik boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan tahap intensiti. Kumpulan pertama mengandungi aktiviti fizikal yang mudah, seperti berjoging, mendaki tangga, berjalan atau berbasikal. Kumpulan kedua pula lebih kepada tahap sederhana hingga tahap sengit seperti berenang, menari, melangkah bangku dan mendaki. Bagi kumpulan ketiga, hanya aktiviti-aktiviti yang memerlukan kemahiran dan banyak tenaga termasuk di dalamnya, iaitu, tenis, bola tampar atau bola keranjang.

    Anaerobik

    Berbeza dengan aerobik yang melibatkan seluruh badan, anaerobik mensasarkan otot-otot tertentu. Memandangkan anda tidak akan melompat atau menggerakkan seluruh tubuh anda, tidak banyak oksigen diperlukan. Senaman ini hanya akan membakar karbohidrat anda.

    Anaerobik adalah sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk membina otot melalui senaman berat yang sekejap tetapi padu, seperti melakukan tekan tubi pada tahap yang berintensiti tinggi, atau mengangkat berat. Melalui senaman angkat berat dan rintangan yang memanfaatkan graviti dan berat badan anda sendiri atau mesin, senaman fizikal jenis ini dapat membangunkan rangka otot anda, meningkatkan kekuatan dan juga tahap tenaga keseluruhan anda.

    Kumpulan senaman anaerobik

    Senaman anaerobik boleh menawarkan pelbagai manfaat, seperti menguatkan jatung, mengurangkan kadar rehat degupan jantung anda. Dan pada masa yang sama, meningkatka bilangan sel-sel darah merah yang bertanggungjawab untuk mengedarkan oksigen ke seluruh badan anda. Di samping itu senaman anaerobik membantu mengawal berat badan jika digabungkan dengan diet yang sihat dan seimbang serta kalori yang terkawal. Selain itu, senaman anaerobik boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, dan kanser. Tambahan pula, senaman ini menguatkan stamina dan tenaga anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan