6 Jenis Obesiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Obesiti adalah keadaan kesihatan umum yang bukan sahaja dihadapi orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja juga. Walaupun terdapat banyak penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser berpunca daripada diabetes, sesetengah orang masih kurang peduli tentang keadaan kesihatan ini. Artikel ini akan menyediakan pembaca dengan maklumat berguna mengenai obesiti.

Kenali obesiti

Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan pengumpulan terlalu banyak lemak badan yang meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mereka. Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menentukan tisu adipos (tisu yang dipenuhi lemak) yang berlebihan tetapi cara yang paling biasa adalah dengan Indeks Jisim Badan (BMI). Jika BMI anda turun naik antara 25 dan 29.9, anda akan dianggap sebagai mempunyai berat badan berlebihan.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan obesiti

Obesiti dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain:

Genetik

Obesiti mempunyai hubungan yang kuat dengan komponen genetik. Jika ibu bapa anda mempunyai obesiti, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.

Pemakanan yang tidak sihat:

  • Makan makanan segera dalam jumlah yang banyak
  • Minum terlalu banyak alkohol dan minuman bergula
  • Kerap makan di luar. Apabila tidak menyediakan makanan sendiri, anda tidak boleh mengawal pengambilan gula.

Kekurangan aktiviti fizikal

Ramai orang mempunyai pekerjaan yang berkaitan dengan duduk di meja dan bekerja dengan komputer sepanjang hari, menyebabkan masa aktif terhad. Jika anda tidak cukup “bergerak” , tenaga daripada makanan yang anda makan disimpan dalam badan anda dalam bentuk lemak.

Gangguan emosi

Tekanan, kebimbangan, kemurungan atau sakit kronik boleh membawa kepada makan berlebihan. Dalam tempoh ini, ramai yang cenderung untuk makan lebih banyak dengan harapan lebih bahagia.

Keadaan atau masalah kesihatan

Mempunyai beberapa keadaan kesihatan seperti sindrom Cushing atau hipothyroidisme dan mengambil antidepresan (ubat mengurangkan kemurungan) atau kortikosteroid tertentu juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

6 jenis obesiti

Punca yang berbeza membawa kepada pelbagai jenis obesiti. Beberapa penyelidikan telah mengenalpasti 6 jenis utama obesiti; masing-masing dengan punca tertentu, kesan sampingan, dan rawatan.

  • Obesiti aktif. Obesiti jenis ini berkait rapat dengan kekurangan aktiviti fizikal. Dalam obesiti jenis ini, bahagian badan tertentu dengan cepat membentuk lemak dan menjadi tidak sihat.
  • Obesiti makanan. Jika anda ketagihan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan makanan ringan, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai obesiti jeni ini.
  • Obesiti keresahan. Jenis ini dikaitkan dengan tahap tekanan atau kemurungan. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengawal emosi dan perasaan anda.
  • Obesiti gluten. Ia adalah perkara biasa dalam kalangan wanita. Ia sering berlaku semasa tempoh perubahan hormon, seperti akil baligh, kehamilan, dan menopaus.
  • Obesiti vena. Masalah pada aliran darah dalam vena merupakan salah satu penyebab obesiti. Ia adalah masalah genetik, jarang dijumpai dan lebih biasa berlaku semasa kehamilan.
  • Obesiti aterogenik. Ini adalah satu keadaan sangat berbahaya yang berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol. Ia juga boleh menjejaskan organ-organ anda yang lain dan menyebabkan masalah pernafasan.

Obesiti berbahaya kerana akan membawa kepada beberapa kesan sampingan yang negatif ke atas badan anda. Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik dan rawatan sewajarnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cepat Naik Angin Punca Gemuk?

    Keinginan untuk marah itu adalah normal. Tetapi tahukah anda kemarahan itu boleh menjadi punca anda gemuk? Tak percaya? Bacalah artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/10/2019 . 3 minit bacaan

    Kenapa Orang Mengalami Obesiti?

    Obesiti bermakna mempunyai indeks jisim badan (BMI) 30 dan ke atas. BMI ideal adalah antara 18.5 hingga 24.9, manakala seseorang dikira terlebih berat badan jika mempunyai BMI antara 25 dan 29.9. Menurut Tinjauan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Obesiti 26/07/2018 . 2 minit bacaan

    6 Jenis Obesiti

    Obesiti adalah keadaan kesihatan umum yang bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja juga menghadapinta. Walaupun terdapat banyak penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 06/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca gemuk

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    perut buncit

    Selalu Orang Kata Perut Jadi Buncit Kalau Mandi Lepas Makan, Adakah Ia Mengarut Atau Benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    BMI

    Kanak-kanak Obesiti Harus Diberikan Rawatan Pintasan Gastrik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 2 minit bacaan