backup og meta

5 Cara Mencegah Obesiti Paling Mudah, Cepat & Berkesan! Point No. 3 Penting!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/01/2022

    5 Cara Mencegah Obesiti Paling Mudah, Cepat & Berkesan! Point No. 3 Penting!

    Sama ada anda sedar atau tidak, sebenarnya ramai dalam kalangan masyarakat kita ini yang ada masalah berat badan berlebihan tapi tidak tahu tentang cara mencegah obesiti.

    Apa yang lebih menakutkan adalah obesiti juga mungkin boleh jadi punca pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain kondisi yang bahaya.

    Persoalannya, apa yang anda boleh buat sebagai cara mengelak obesiti ini? Jom terus baca artikel!

    Realiti masalah obesiti di Malaysia…

    Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 mendapati bahawa sekitar separuh (50.1%) individu yang mengalami masalah berat badan.

    Angka yang sangat membimbangkan ini merangkumi 30.4% individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan serta 19.7% lagi individu yang berdepan dengan masalah obesiti.

    Ini menunjukkan bahawa lebih daripada separuh penduduk negara kita ini yang ada masalah membimbangkan ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara obes’.

    Disebabkan itu pula, kita semua perlu untuk mengambil langkah dengan belajar bagaimana cara mengelak obesiti agar ia dapat dikawal dan dibendung dari peringkat awal lagi.

    cara mencegah obesiti

    Cara mencegah obesiti yang efektif!

    Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak lagi pandemik yang sedang melanda dunia dan negara kita iaitu masalah obesiti. Berikut adalah antara langkah yang efektif buat anda:

    #1. Amal pola makan ideal

    Pertama, setiap daripada individu itu perlu untuk mengamalkan pola makan ideal kerana pola makan tidak sihat adalah punca utama masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

    Aspek utama pola makan yang perlu anda peka adalah kalori. Jika kalori diambil lebih banyak berbanding ia dibakar di dalam tubuh badan anda, maka lemak akan terkumpul.

    Pengumpulan lemak-lemak di dalam tubuh badan anda akan menyebabkan berat badan menaik sekali gus mengakibatkan risiko obesiti meningkat. Itu perkara yang nyata.

    Disebabkan itu juga, sila kira pengambilan kalori di samping merancang dan memilih menu diet makanan dan minuman harian anda agar pola makan akan jadi lebih ideal.

    cara mencegah obesiti

    #2. Banyak buat aktiviti fizikal

    Pernahkah anda ditegur risiko untuk gemuk itu akan lebih tinggi jika kurang bergerak? Ya, teguran itu amat tepat kerana aktiviti fizikal itu sangat penting untuk anda.

    Pergerakan yang dimaksudkan di atas tadi adalah aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan atau sekadar aktiviti lebih ringan dan seronok seperti yoga, zumba dan poco-poco.

    Mungkin kalian tidak perlu sehingga menghabiskan banyak masa di gimnasium, trek, padang atau pusat sukan untuk beraktiviti kerana aktiviti lebih ringan juga sudah memadai.

    Sebagai contoh, anda mungkin hanya perlu berjalan atau berjoging di sekitar kawasan perumahan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ingat, ia mandatori untuk menghindari gaya hidup sedentari.

    Cara mencegah obesiti #3. Berazam

    Berapa ramai dalam kalangan anda yang memasang azam untuk kurus menjelang sahaja tahun baru? Benar, ia adalah antara cara mencegah obesiti yang tidak boleh diabaikan.

    Ini kerana setiap perkara yang anda ingin cuba dengan jaya itu bermula dengan azam. Ia penting agar fizikal serta mental kalian lebih kuat dalam memenuhi usaha murni anda itu.

    Pun begitu, tidak perlu tunggu hingga tahun baru untuk pasang azam. Mulakan daripada hari ini!

    cara mencegah obesiti

    #4. Pengambilan ubat kurus

    Mungkin ramai individu yang risau serta takut untuk mencari dan membeli ubat kurus di pasaran. Ini kerana banyak juga di antaranya adalah hasil produk palsu, tipu atau scam.

    Tujuan utama penggunaan ubat kurus ini tentu sahaja untuk kurus dengan cara menurunkan selera makan, mengurangkan rasa lapar serta melancarkan sistem metabolisme.

    Dapatkan info dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum ambil terutama jika anda:

    • Mempunyai indeks jisim badan 30 ke atas
    • Mengalami komplikasi obesiti seperti diabetes
    • Sedang hamil atau menyusukan anak
    • Sedang ambil ubatan atau rawatan tertentu
    • Khuatir dengan kesan sampingannya

    #5. Pembedahan buang lemak

    Akhir sekali, anda mungkin mahu untuk mempertimbangkan pembedahan buang lemak (bariatrik) jika telah cuba langkah-langkah di atas tadi tetapi ia masih tidak membuahkan hasil.

    Pembedahan buang lemak ini mungkin perlu dilakukan oleh individu yang ada masalah obesiti kronik dengan gabungan beberapa prosedur yang tinggi dengan kos dan risiko.

    Disebabkan itu juga, ia perlu dijadikan sebagai pilihan terakhir buat anda yang sudah tidak tahu bagaimana cara mencegah obesiti yang lain. Berkonsultasilah dengan doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan