backup og meta

Ini 7 Perkara Yang Buat Anda Mudah Jadi Obes, No. 4 Ramai Orang Selalu Tak Perasan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    Ini 7 Perkara Yang Buat Anda Mudah Jadi Obes, No. 4 Ramai Orang Selalu Tak Perasan!

    Tahukah anda, apakah faktor faktor obesiti yang biasa berlaku terhadap orang dewasa? Selain daripada makanan tinggi lemak, di sini kami senaraikan beberapa kesan obesiti bagi individu dewasa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apakah itu obesiti?

    Obesiti boleh dikatakan sebagai satu penyakit yang kompleks dan juga kronik.

    Ia berpunca daripada pelbagai faktor yang menyebabkan pengumpulan lemak jahat yang berlebihan sehingga menjejaskan tahap kesihatan manusia.

    faktor faktor obesiti
    Air lemon boleh membantu anda kurus.

    Untuk pengetahuan anda, lemak dalam badan sebenarnya bukanlah sejenis penyakit kerana ia juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam sistem tubuh.

    Namun, sekiranya tubuh badan mempunyai terlalu banyak lemak, ia akan memberikan kesan yang sebaliknya. 

    Faktor faktor obesiti: Ini kesan obesiti dalam kalangan orang dewasa

    Walaupun faktor faktor obesiti hampir sama bagi semua peringkat umur, namun wujud sedikit perbezaan yang berlaku kerana ia bergantung kepada tahap umur itu sendiri.

    Secara asasnya, masalah obesiti berpunca daripada pengambilan terlalu banyak kalori makanan berbanding tahap penggunaan yang diperlukan oleh tubuh.

    Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi masalah obesiti yang berlaku.

    Setiap individu juga boleh mengalami obesiti daripada faktor-faktor yang berbeza berbanding individu yang lain.

    Berikut ialah faktor faktor obesiti yang biasa berlaku dalam kalangan individu dewasa:

    #1. Makanan segera

    faktor faktor obesiti
    Donut bergula adalah antara jenis makanan segera.

    Dalam komuniti di mana makanan segera amat mudah untuk diperoleh, pengambilan kalori tambahan boleh berlaku dengan mudah setiap masa.

    Makanan segera amat tinggi dengan kandungan gula, garam dan juga lemak, selain rendah kandungan serat dan nutrien penting yang lain.

    Makanan yang kurang serat mudah menjadikan perut kita cepat lapar, sekali gus mendorong kita untuk makan lebih banyak daripada yang sepatutnya.

    Selain itu, bahan-bahan yang digunakan dalam makanan segera biasanya menggalakkan corak pemakanan yang bersifat ketagihan.

    #2. Gula juga boleh sebabkan kesan obesiti 

    Ramai yang beranggapan bahawa lemak menjadi punca utama obesiti.

    Namun, hakikat sebenarnya ialah, gula sering menjadi kesan obesiti.

    Jika anda membelek kebanyakan produk makanan di rak-rak pasar raya, majoriti bahan utama yang digunakan dalam pembuatan makanan tersebut terdiri daripada gula.

    Makanan-makanan seperti ini bukan sahaja tinggi dengan gula, malah tidak mempunyai sebarang nilai nutrisi makanan yang baik.  

    #3. Faktor hormon

    Punca obesiti?

    Terdapat sejenis hormon dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai leptin.

    Hormon ini bertanggungjawab mengawal selia rasa lapar dan kenyang daripada perut ke otak.

    Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan hormon ini terganggu seperti:

    • keadaan stres
    • kurang tidur
    • variasi genetik manusia

    Jika isyarat hormon ini terjejas, ia boleh menyebabkan kita makan secara berlebihan walaupun perut kita sebenarnya sudah kenyang

    #4. Pengaruh iklan dan pemasaran

    faktor faktor obesiti
    Antara iklan minuman segera.

    Pengilang atau industri makanan menggunakan strategi pengiklanan dan pemasaran untuk membuatkan kita terus membeli produk mereka.

    Walaupun kadangkala produk tersebut tidak begitu diperlukan, namun pengiklanan berjaya membuatkan kita untuk membelinya.

    Pengiklanan dan pemasaran juga membuatkan kesemua produk makanan kelihatan normal atau ‘sihat’ pada pandangan mata kita.

    Oleh sebab itu, kita boleh terpengaruh membeli sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup kita, termasuklah makanan-makanan yang tidak sihat.

    Ini menjadi antara faktor faktor obesiti yang sering berlaku kepada orang dewasa. 

    #5. Kesan sampingan ubat-ubatan juga kesan obesiti

    Kebanyakan ubat-ubatan boleh memberikan kesan sampingan yang menyebabkan pertambahan berat badan.

    Sebagai contoh, ubat antidepresan telah dikaitkan dengan pertambahan berat badan dari semasa ke semasa.

    Selain itu juga, ubat diabetes turut memberikan kesan sampingan yang sama, yang menyebabkan kenaikan berat badan.

    Ubat-ubatan ini boleh mengubah fungsi otak dan badan selain menaikkan selera makan dan mengurangkan kadar metabolisme tubuh.  

    #6. Budaya online

    Kini, hampir kebanyakan aktiviti dilakukan secara atas talian atau online. Ini termasuklah sektor pekerjaan, aktiviti membeli-belah, dan juga aktiviti sosial.

    Disebabkan hal ini, hampir kebanyakan masa kita dihabiskan di hadapan komputer atau telefon pintar.

    Waktu kita lebih banyak dihabiskan di hadapan skrin berbanding aktiviti-aktiviti di luar rumah.

    Maka, ini juga boleh menjadi antara faktor faktor obesiti yang paling kerap berlaku pada masa sekarang. 

    #7. Keletihan

    Kajian ada menunjukkan, apabila kita lebih banyak duduk, maka kita akan menjadi kurang bersemangat dan mudah letih.

    Kerap duduk membuatkan tubuh cepat berasa lenguh dan menyebabkan kesakitan pada otot.

    Kesakitan ini boleh menggalakkan diri kita untuk kurang bergerak dan hanya berehat sepanjang masa.

    Ini kemudiannya menggalakkan kita untuk tidak aktif sepanjang hari dan menyebabkan tubuh mudah menjadi obes. 

    Kesimpulan

    Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit-penyakit kronik pada masa hadapan.
    Antara kesan obesiti ialah penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit berkaitan jantung.
    Sekiranya faktor faktor obesiti ini terus dipandang enteng, maka tidak mustahil anda boleh mengalami pelbagai penyakit kronik dalam masa yang singkat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan