backup og meta

PERHATIAN! Ini 8 Penyebab Obesiti Orang Dewasa & Kanak Kanak Di Malaysia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2021

    PERHATIAN! Ini 8 Penyebab Obesiti Orang Dewasa & Kanak Kanak Di Malaysia

    Ramai orang dalam kalangan masyarakat kita yang ada masalah berat badan ini namun masih terfikir dan tertanya apa sebab obesiti berlaku kepada diri mereka.

    Mungkin akan ada yang mengandaikan bahawa ia pastinya berkaitan dengan faktor diet serta genetik lantas menjerumus kepada masalah berat badan berlebihan.

    Ya, ia sudah tentu adalah antara puncanya. Namun, mungkin ada punca lain lagi sebab obesiti orang dewasa serta sebab obesiti di kalangan kanak-kanak itu berlaku!

    Realiti masalah obesiti di negara kita!

    Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 mendapati bahawa sekitar 50.1% individu mengalami masalah berat badan.

    Angka yang agak membimbangkan ini merangkumi 30.4% individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan serta 19.7% individu yang mengalami obesiti.

    Ini secara tidak langsungnya menunjukkan bahawa masalah obesiti dalam kalangan masyarakat kita adalah sangat membimbangkan dan tidak lagi boleh dibiarkan.

    Perkara paling utama dalam usaha membendung masalah ini adalah dengan mencari sebab obesiti itu berlaku sama ada pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

    sebab obesiti

    Persoalannya, adakah ia sekadar melibatkan faktor diet dan genetik sahaja atau wujud juga sebarang aspek lain? Jom teruskan membaca artikel ini!

    Apa sebab obesiti orang dewasa itu berlaku?

    Bagi orang dewasa, sebenarnya terdapat beberapa sebab obesiti itu boleh berlaku termasuklah:

    #1. Diet

    Tabiat pemakanan yang sangat tinggi dengan kalori namun sangat rendah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan punca utama masalah ini terjadi.

    Bagi mengelakkan masalah berat badan berlebihan terjadi, maka orang dewasa sangat disarankan untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dan seimbang.

    #2. Genetik

    Genetik memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tahap fungsi tubuh badan anda memproses makanan dan minuman kepada tenaga.

    Selain itu, ia juga akan mempengaruhi tubuh badan anda dalam tahap sistem mengawal selera makan serta membakar kalori makanan yang anda ambil.

    sebab obesiti

    #3. Berhenti merokok

    Ketika masih dengan tabiat merokok, ada orang dewasa akan mengalami penurunan berat badan secara mendadak akibat pengambilan bahan kimia berbahaya.

    Namun jika anda sudah berhenti, ada orang dewasa mungkin mengalami pertambahan berat badan secara mendadak sehingga mencecah ke tahap obesiti.

    #4. Mengandung

    Bagi orang dewasa wanita, masalah pertambahan berat badan ini mungkin akan berlaku kepada mereka semasa mengandung atau selepas bersalin.

    Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada semua wanita, namun satu cara untuk mengawalnya adalah menyusukan bayi dengan susu badan.

    #5. Meningkat usia

    Semakin anda meningkat usia, maka risiko masalah ini akan berlaku juga akan meningkat angkara perubahan yang bakal terjadi pada tubuh badan saat tua kelak.

    Antara perubahan tersebut adalah otot badan merosot, fungsi hormon terjejas, sistem metabolisme berkurang dan gaya hidup sedentari yang membawa obesiti.

    Apa sebab obesiti di kalangan kanak-kanak?

    Bagi kanak-kanak pula, sebenarnya terdapat beberapa sebab obesiti itu boleh berlaku termasuklah:

    #1. Diet

    Tabiat pemakanan yang sangat tinggi dengan kalori seperti pengambilan makanan segera, makanan ringan dan snek merupakan punca utama masalah ini terjadi.

    Untuk mengelakkan masalah berat badan berlebihan terjadi, maka kanak-kanak sangat disarankan untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dan seimbang.

     #2. Genetik

    Sama seperti orang dewasa, genetik yang diperolehi daripada ibu bapa yang juga obesiti akan menyebabkan tubuh badan mereka turut mengalami masalah yang sama.

    Dalam pada itu, mereka juga akan dipengaruhi oleh persekitaran di mana sudah sangat terbiasa dengan makanan tinggi kalori serta kurangnya aktiviti fizikal.

    sebab obesiti

    #3. Gangguan persekitaran

    Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang bermasalah berisiko untuk mengalami stres dan makan dengan banyak sebagai jalan keluar.

    Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan dengan wang, mainan dan makanan yang banyak juga mungkin akan menjadi salah satu sebab obesiti di kalangan kanak-kanak.

    Apa lagi faktor risiko obesiti yang lain?

    Selain diet, genetik serta pelbagai lagi sebab obesiti orang dewasa dan kanak-kanak yang telah kami nyatakan di atas tadi, mungkin wujud lagi punca yang lain.

    Antaranya adalah keadaan kesihatan tertentu seperti Sindrom Rader-Willi, Sindrom Cushing dan lain-lain yang memerlukan ubatan tertentu untuk merawatnya.

    Dalam usaha untuk mengekang masalah berat badan dan obesiti ini daripada terus membelenggu masyarakat kita, sila dapatkan lebih informasi tentangnya daripada doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan