Pesakit Diabetes BOLEH Makan 2 Jenis Beras Ini Untuk Kawal Gula Dalam Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita selalu melihat individu yang menghidap kencing manis akan menitikberatkan soal pemilihan makanan. Bagaimana pula dengan beras? Adakah terdapat beras untuk diabetes?

Beras makanan ruji

Sebagai makanan ruji, beras sentiasa menjadi hidangan pilihan dan digemari hampir kebanyakan individu di Malaysia. Ia boleh dibuat nasi lemak, nasi tomato dan pelbagai hidangan masakan lain.

Kebanyakan individu memakan nasi sebagai sumber utama karbohidrat dan tenaga.

Bagi sesetengah individu dengan masalah kesihatan, menikmati beras mungkin menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.

Namun sebenarnya, pemilihan beras yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah, telah terbukti bukan punca penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Beras, selain berfungsi dalam membekalkan tenaga, ia juga mampu mencegah obesiti kerana ia tidak mengandungi lemak jahat dan kolesterol. Malah, kandungan sodium yang rendah membantu mengawal tekanan darah bagi penghidap tekanan darah tinggi.

Di samping itu, beras turut menawarkan fungsi lain seperti dapat memperbaiki pergerakan usus, menstabilkan paras gula dalam darah dan memperlahankan proses penuaan.

Beras juga merupakan antara sumber yang dapat membekalkan vitamin B1 yang penting kepada badan manusia.

kencing manis

Penghidap kencing manis

Mempunyai diabetes atau kencing manis membuatkan anda perlu lebih berhati-hati dalam aspek pengambilan makanan.

Ini perlu dilakukan untuk memastikan paras gula dalam darah akan sentiasa terkawal dan menghindari risiko untuk masalah diabetes menjadi lebih kronik. Antara jenis makanan yang perlu dikawal pengambilannya adalah beras.

Sesetengah individu yang menghidap diabetes akan memilih untuk menghindari beras. Tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk dilakukan bagi individu yang kerap atau sudah terbiasa mengambil nasi setiap hari. 

Jangan risau, sebenarnya, terdapat pilihan beras yang sihat untuk individu dengan kencing manis. Jadi sudah tiada kebimbangan lagi untuk anda mengambil beras (nasi) sebagai makanan ruji harian anda, seperti biasa.

Beras untuk diabetes

Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting untuk diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis beras mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras yang lain.

Keadaan ini dapat mengelakkan gangguan kepada faktor berat badan serta paras gula dalam darah anda.

Terdapat dua jenis beras dengan indeks glisemik yang agak rendah dan selamat untuk diambil oleh individu yang menghidap diabetes, iaitu:

  • Beras Basmati

Beras basmati salah satu jenis beras untuk kencing manis yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini.

Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana. Jadi, beras basmati lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Sekitar 100 gram beras basmati putih dimasak mengandungi 150 kalori, 3 gram protein dan 35 gram karbohidrat.

Sementara itu, 100 gram beras basmati perang mengandungi 162 kalori, 1.5 gram lemak, 3.8 gram protein, 33.8 gram karbohidrat dan 3 gram serat. Kehadiran serat dalam makanan yang anda makan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.

  • Beras perang

Kajian dari Harvard Health Publishing, menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, dikira sebagai kategori rendah. 

Oleh itu, beras dianggap sebagai  sejenis beras untuk kencing manis yang selamat untuk diambil. Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga agak banyak berbanding beras putih.

Ini menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah. Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.

Kawal saiz hidangan

Walaupun beras basmati dan beras perang boleh menjadi beras yang sihat untuk diabetes, anda masih perlu memberi perhatian kepada saiz hidangan.

Ini kerana beras basmati dan beras perang masih berada dalam kumpulan karbohidrat yang boleh menjejaskan tahap gula darah, walaupun tidak seburuk beras putih.

Pertimbangkan juga bahagian makan makanan lain yang mengandungi karbohidrat, seperti roti, kentang, mi, pasta, dan lain-lain. Sekiranya anda telah memakan nasi, anda harus menyingkirkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat.

Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein tanpa tepung, seperti ikan, ayam, tofu, tempe, atau daging.

kawal saiz hidangan

Dalam masa yang sama, pastikan anda juga mengawal pengambilan gula tambahan serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Pilihlah produk makanan bebas kandungan gula atau anda boleh menggantikan pengambilan gula dengan pemanis khas untuk diabetes yang rendah kalori dan tidak mempunyai kandungan gula.

Kesimpulan 

Jika anda sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes, anda tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengelakkan daripada menjadikan beras sebagai hidangan ruji anda.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah untuk mengawal saiz hidangan beras yang diambil, melakukan senaman serta menjaga aspek kesihatan secara keseluruhan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Anda alami luka tetapi sudah berminggu-minggu masih belum baik? Luka lambat sembuh tersebut mungkin tanda bahawa anda alami luka kencing manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

    Ada ketika, anda mungkin terlupa untuk menyuntik dos suntikan insulin anda. Ketahui cara suntik insulin yang betul jika terlupa lakukannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan