backup og meta

Kepentingan Vitamin B12

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    Kepentingan Vitamin B12

    Badan kita memerlukan nutrisi untuk memastikan badan berkembang dan berfungsi dengan baik. Di antara nutrisi ini ialah vitamin B12. Apakah ciri-ciri B12? Bagaimana kita boleh menambah ke dalam makanan harian kita?

    Apakah itu Vitamin B12?

    Vitamin B12 juga dikenali sebagai Kobalamin. Ia adalah vitamin paling kompleks dan hanya boleh dihasilkan oleh bakteria yang dijumpai secara semulajadi di dalam produk haiwan.

    Vitamin ini yang berlebihan akan disimpan di dalam hati untuk digunakan jika bekalan tidak mencukupi, oleh itu, semua orang boleh mengambil vitamin ini dalam dos yang besar.

    Sumber Vitamin B12

    vitamin b12

    Kerang, hati, ikan, ketam, produk soya (tofu, air soya), bijirin, daging merah, produk tenusu rendah lemak, keju, dan telur adalah sumber terbaik vitamin ini.

    Kerang

    • Vitamin ini dalam 100g: 98.9µg (1648%DV).
    • 3oz (85g): 84.1 µg (1401% DV).
    • 20 kerang kecil  (190g) 187.9 µg (3132% DV).

    Hati (lembu)

    • Vitamin ini alam 100g: 83.1 µg (1386% DV).
    • 3oz (85g): 70.7 µg (1178% DV).
    • Setiap keping (81g): 67.3 µg (1122% DV).

    Ikan  (Makerel)

    • Vitamin B12 dalam 100g: 19.0 µg (317% DV).
    • Hidangan 3oz (85g): 16.2 µg (269% DV).
    • setiap Fillet (88g): 16.7 µg (279% DV).

    Kepentingan Vitamin B12

    vitamin b12

    Memberi tenaga

    Vitamin ini mengekalkan makanan, dan kesihatan sel. Tanpanya, sel anda akan berasa lapar dan anda berasa lemah, sepanjang masa.

    Pelindung jantung

    B12 adalah penting untuk nutrisi jantung dan sistem kardiovaskular secara keseluruhan. Fungsinya ialah untuk membuang kesemua protein berbahaya – homocysteine di dalam darah anda. Jika protein ini bebas di dalam darah anda, ia akan merosakkan arteri dan menyebabkan radang dan penyakit jantung.

    Menyokong tulang

    Kajian menemui bahawa vitamin ini diperlukan untuk perkembangan tulang anda. Ia membantu anda mencegah osteoporosis atau masalah tulang yang lain.

    Penghalang proses penuaan

    Terdapat banyak faktor negatif penyebab replikasi DNA, seperti bahan radikal bebas, toksik di dalam darah, gula tinggi dalam darah, dan paras lemak omega-6 tinggi dalam diet anda. B12 menyokong kesihatan DNA, dan membuatkan sel anda kekal muda.

    Pelindung kesihatan otak

    Vitamin ini membantu melindungi sel saraf dan myelin sheath sel otak anda. Faktor ini terlibat dengan penyakit Alzheimer.

    Bagaimanakah untuk menambah vitamin ini ke dalam makanan anda?

    • Ambil lebih produk haiwan
    • Makan sarapan bijirin yang diperkaya dengan vitamin ini
    • Ambil supplemen vitamin B12

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan