backup og meta

Cari Petua Untuk Mudah Buang Air Besar? Amalkan 7 Jenis Makanan Rawat Sembelit!

Cari Petua Untuk Mudah Buang Air Besar? Amalkan 7 Jenis Makanan Rawat Sembelit!

Semua orang pasti pernah merasai dan mengalami pengalaman sukar untuk membuang air besar gara-gara masalah sembelit bukan? Sebenarnya, ada banyak jenis makanan untuk sembelit yang kalian boleh cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Bagaimana masalah sembelit boleh berlaku?

Kenapa tak boleh buang air besar? Kenapa boleh jadi sembelit?

Untuk pengetahuan anda semua, sembelit merupakan kondisi di mana individu itu sukar untuk berak meskipun rasa sakit perut akibat keadaan najis yang mungkin sudah terlalu lama dan keras di dalam usus.

Lazimnya, najis yang normal memiliki tekstur sederhana iaitu tidak keras dan tidak lembut. Apabila ia terlalu lembut, maka akan terjadi kondisi cirit-birit dan sembelit pula berlaku andai keadaan sebaliknya.

Masalah sembelit ini sering kali dikaitkan dengan risiko buasir kerana individu cenderung meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar lantas membawa kepada tekanan di kawasan tersebut.

makanan untuk sembelit
Tip-tip ketika alami sembelit.

Antara punca utama sembelit berlaku adalah angkara diet pemakanan yang kurang air dan serat selain beberapa faktor lain termasuk kehamilan, kelahiran, keadaan kesihatan serta pengambilan perubatan tertentu.

Dalam usaha untuk mengelak atau merawat masalah ini, kalian perlu tahu jenis makanan dan minuman sesuai!

Ini makanan untuk sembelit kalian perlu cuba!

Apabila terkena masalah sembelit, petua untuk mudah buang air besarakan amat diperlukan. Ia juga tidak sukar kerana beberapa kategori makanan dan minuman berikut sudah tentu mampu membantu kondisi anda.

#1. Air kosong atau cecair lain

Pertama dan paling penting, ada sebab kenapa ramai pakar menyarankan anda untuk minum air kosong sekitar 8 gelas dalam sehari. Ini demi mengelakkan masalah dehidrasi yang juga merupakan punca utama sembelit.

Selain air kosong, cecair lain dalam bentuk jus, soda atau macam-macam lagi minuman lain turut mampu mengelakkan anda daripada dehidrasi tetapi air kosong merupakan pilihan yang sangat tepat serta sihat.

Makanan untuk sembelit #2. Pelbagai jenis buah-buahan

Selain minuman sebagai sumber air, anda juga mungkin memerlukan makanan untuk sembelit yang tinggi serat. Contoh yang paling bagus adalah variasi jenis buah-buahan sama ada dari jenis tempatan atau tidak.

Tidak hanya sarat dengan serat, pelbagai jenis vitamin dan mineral juga tinggi di dalam contoh buah seperti di bawah:

  • Pisang
  • Betik
  • Mangga
  • Tembikai
  • Anggur
  • Avokado
  • Epal
  • Pir
  • Prun
  • Kiwi
makanan untuk sembelit
Buah-buahan sangat bagus ketika sembelit.

#3. Aneka sayuran dan bijian juga petua untuk mudah buang air besar

Buah juga bukan satu-satunya kategori makanan daripada tumbuhan yang perlu anda pertimbangkan. Ini kerana sayuran seperti brokoli dan bayam serta bijian selasih dan chia juga baik untuk masalah sukar berak.

Ditambah pula dengan manfaat serat dan vitamin mineral yang tinggi, apa alasan kalian untuk tidak mengambilnya, kan?

#4. Bijirin daripada gandum

Merupakan sumber karbohidrat yang utama, ramai orang tidak tahu jika bijirin juga amat kaya dengan serat sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu senarai makanan untuk sembelit yang berkesan.

Antara contoh bijirin yang paling sihat adalah oat

Fakta menarik!

Secawan oat 30 gram mungkin mengandungi sekitar 4.8 gram serat, lantas akan membantu melancarkan dan melegakan sebarang masalah dalam usus.

Makanan untuk sembelit #5. Kekacang

Ramai orang juga mungkin belum tahu bahawa kebanyakan jenis kekacang tinggi dengan serat boleh larut dan tidak larut di mana kedua-duanya mampu membantu mencegah sembelit dengan cara yang berbeza.

Serat larut menyerap air dan membentuk konsistensi seperti gel untuk melembutkan najis sekali gus mudah dibuang, manakala yang tidak larut akan membantu melancarkan proses pencernaan dan penghadaman.

makanan untuk sembelit
Makan banyak kekacang sangat baik untuk kesihatan.

#6. Produk tenusu juga petua untuk mudah buang air besar

Rasanya majoriti individu akan pernah melalui rasa sakit perut jika minum susu dengan terlampau banyak bukan?

Ini kerana produk tenusu adalah antara makanan yang tinggi dengan serat dan mampu melancarkan lagi perjalanan najis di dalam usus. Kesannya, ia mungkin dapat membantu individu mencegah dan merawat sembelit.

#7. Makanan yang telah difermentasi

Akhir sekali, makanan tinggi serat untuk sembelit juga mungkin harus merangkumi pelbagai jenis makanan yang telah difermentasi, contoh popular tempe, tapai, kimchi serta macam-macam jenis lain.

Alasannya, kebanyakan makanan ini telah bercampur dan berada di dalam lingkungan yang sama dengan banyak jenis bakteria sihat. Kesannya, bakteria-bakteria ini mampu menyihatkan organ perut individu.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Constipation, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation, Accessed Mar 21 2023.
  2. Treatment of Constipation, https://aboutconstipation.org/what-is-constipation/introduction-what-is-constipation/treatment-of-constipation/, Accessed Mar 21 2023.
  3. Constipation and Diet, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/constipation-and-diet/, Accessed Mar 21 2023.
  4. Nutrition Tips for Relieving Constipation, https://www.eatright.org/health/health-conditions/digestive-and-gastrointestinal/nutrition-tips-for-relieving-constipation, Accessed Mar 21 2023.
  5. Foods for Constipation, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/foods-for-constipation, Accessed Mar 21 2023.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!

Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan