Antara faktor risiko yang lain turut merangkumi kehamilan, kekurangan makan serat, berat badan berlebihan atau obesiti, lama berdiri, berbaring, duduk serta sering mengangkat barang berat.
Akibat daripada kondisi ini, berlaku ketidakselesaan yang teruk ketika proses membuang air besar, memakai seluar dalam, duduk, berdiri atau berbaring dan terjadinya pendarahan di sekitar lubang dubur.
Dalam pada itu, tahap keyakinan diri anda juga akan terjejas terutama ketika berada di luar rumah gara-gara pergerakan yang terbatas dan persoalan daripada orang di sekeliling tentang kondisi ini.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda amalkan cara hilangkan sakit buasir supaya ia cepat pulih!
Ini cara hilangkan buasir anda boleh amalkan!
Selain daripada mencari dan mengambil ubat kecutkan buasir di farmasi, klinik atau hospital, kami ada beberapa cara hilangkan buasir yang anda boleh amalkan dalam bentuk pantang larang.

Usah hanya fokus kepada cara hilangkan sakit buasir sahaja, bahkan sila elakkan daripada buat pantang larang di bawah:
#1. Jangan kurang makan serat & minum air
Pertama dan paling penting, anda kena jaga pemakanan untuk cegah buasir terjadi daripada awal lagi.
Apa yang anda mesti lakukan adalah banyakkan makan serat terutama sayur-sayuran serta buah-buahan di samping lebih kerap dan banyak minum air kosong agar dehidrasi tidak terjadi.
#2. Jangan duduk, berdiri, berbaring terlalu lama
Postur badan yang statik terlalu lama sama ada ketika sedang duduk, berdiri atau berbaring bakal memberi tekanan terhadap salur darah vena. Lama-kelamaan, tekanan itu akan membuat salur itu membengkak dan meradang lantas meningkatkan risiko buasir.
Cara hilangkan buasir #3. Jangan tahan buang air besar
Jika kalian rasa seperti wujud keperluan untuk membuang air besar, jangan sesekali menahan atau menunda proses tersebut kerana ia boleh membuat najis menjadi lebih keras dan sukar keluar.
#4. Jangan teran ketika sedang berak
Lanjutan perkara di atas, najis yang keras mungkin akan membuat anda terpaksa meneran ketika berak. Ia kemudian boleh menjadi salah satu punca sebahagian daripada hujung usus besar itu terkeluar.

#5. Jangan biar buasir tanpa rawatan
Ramai yang menyangka bahawa buasir boleh sembuh dengan sendiri. Ya, ia mungkin benar tetapi bakal mengambil masa sangat lama dan akan terus menyiksa diri anda buat sementara itu.
Sebaiknya, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika anda mula ada masalah buasir ya?
Konklusinya, ada banyak petua dan cara hilangkan buasir yang anda boleh cuba amalkan selain daripada pantang larang di atas tadi. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen